Harap-harap laporan sebuah protal berita yang memetik akhbar The New York Pos
hari ini mengenai bakal menantu isteri perdana menteri Rosmah Mansor
tidak benar dan hanyalah satu gimik atau berita palsu yang sengaja
diadakan-adakan untuk memalukan isteri perdana menteri dan keluarganya.
Berita dimaksudkan itu ialah mengenai lelaki warga Kazakhtan Daniyar
Nazarbayev, dikatakan terlibat dengan satu penipuan bapa tirinya untuk
memiliki seunit kondominum bernilai AS20 juta (RM62 juta) serta
memaslukan dokumen untuk memasuki universiti luar negara.
Maklumat itu terkandung dalam dokumen yang
difailkan di Mahkamah Agung Manhattan.
Berita ini ini benar-benar mengejutkan dan menjatuhkan air muka isteri
persana menteri dan juga suaminya Ha Najib Razak. Secara tidak langsung
juga berita berkenaan turut sama mengaibkan rakyat negera ini kerana
beliau (Daniyer) bakal menjadi menantu kepada perdana menteri.
Dari sudut lain berita ini seakan memberi paku buah keras kepada Rosmah
Mansor yang sebelum ini dikatakan tidak menyukai menantunya seorang
warga Malasyia kerana mempunyai status dan kedudukan tidak setaraf
dengan anaknya yang menuntut di luar negara.
Beliau tidak menghadiri majlis perkahwinan anaknya dan juga telah
melarang rakan-rakannya terdiri dari isteri vvip daripada menghadiri
majlis perkahwinan yang dilangsungkan di PWTC itu.
Mana-mana para jemputan terdiri daripada vvip dikatakan menerima sms
daripada Rosmah yang meminta jangan hadir majlis perkahwinan anaknya
dengan pemuda tempatan itu. Mana-mana tetamu yang enggan mematuhi
larangan itu diganggu di mana kereta mereka ada yang digores dan
dirosakkan.
Isteri perdana menteri itu merasakan anaknya tidak layak berkahwin
dengan anak seorang kuat Umno yang hanya berkelulusan dalam negeri dan
merupakan seorang artis, penyanyi. Katanya Rosmah telah melarang dan
marah kepada anaknya tetapi kerana cinta suci anaknya tidak menghiraukan
larangan itu menyebabkan Rosmah tidak menghadiri majlis perkahwinan
anaknya itu.
Tampaknya sekiranya berita dilaporan The New York itu benar ia
bakal menjadi pengajaran kepada Rosmah Mansor dan ibu-ibu yang ego dan
sombong agar tidak merendah-rendah atau memperlekehkan warga tempatan.
Adalah diharap berita itu tidak benar dan isteri perdana menteri akan
membuat penjelasan dengan segera./~merahtintaMSO
Hantar anak ke balai polis kerana tak siapkan kerja sekolah
58 minutes ago