KUALA LUMPUR 14 Jun: Kaji selidik dan analisis dalaman oleh Pakatan
Rakyat (PR) menunjukkan mereka mempunyai keupayaan untuk menang di 100
kerusi Parlimen jika pilihan raya dilaksanakan kelak, namun Pembangkang
menjangka Belanjawan 2013 Datuk Seri Najib Razak yang dijangka pada 28
September menjadi satu “pertukaran permainan” yang boleh menjejaskan
kemenangan Pembangkang.
Difahamkan bahawa satu susunan unjuran oleh tiga komponen Pakatan
Pembangkang sebahagian besarnya menandingi konsensus Perisikan Barisan
Nasional (BN) yang melihat gabungan pemerintah menjamin 80 kerusi dengan
kemungkinan menang 50.
“Analisis dari kedua-dua pihak sangat rapat. Satu-satunya perbezaan
besar ialah kami lebih optimistik di Johor, Sabah dan Sarawak yang mana
membolehkan kami menghasilkan 20 kerusi,” kata Ahli Strategi Kanan PR
kepada The Malaysian Insider.
Walaupun tinjauan BN menunjukkan mereka mampu meletakkan sehingga 146
Ahli Parlimen, hanya kurang dua lagi untuk dua pertiga “supermajority”,
kata sumber dipetik.
Analisis ini dibuat sebaik sahaja selepas pemberian wang tunai RM500
untuk keluarga berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M).
Satu lagi kajian baru-baru ini oleh Cawangan Khas menunjukkan
keputusan bahawa mereka hanya boleh membolot sehingga 118 kerusi pusat,
membangkitkan ahli strategi BN mencari satu ikhtiar untuk melewatkan
pilihan raya itu.
Kadar sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat dengan mendadak
kepada 69 peratus sebaik sahaja selepas RM2.6 bilion dalam tunai telah
dibelanjakan tetapi menurun bulan berikutnya selepas pertempuran oleh
polis terhadap peserta di perhimpunan Bersih pada 28 April untuk
menuntut pilihan raya bebas and adil.
Najib tidak mungkin mengadakan pilihan raya umum dijangka pertengahan
2013 melainkan beliau yakin memperbaiki kedudukan 140 Ahli Parlimen BN
pada Mac 2008.
Beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri setahun kemudian,
kononnya bagi memperbaiki gabungan paling teruk pernah melalui pilihan
raya.
Pengerusi BN itu baru-baru ini berkata, beliau akan mengumumkan
belanjawan tahun depan pada 28 September, dijangka merangkumi satu lagi
siri pemberian BR1M, yang mana telah diakui pemimpin Umno yang mana
kemungkinan itu bakal berlaku.
Keadilan Daily juga melaporkan pada Selasa lalu Ahli
Parlimen BN telah diberi RM1.5 juta untuk diagihkan di kawasan mereka
pada mesyuarat Isnin.
Turut difahamkan, RM300,000 akan tersedia minggu ini untuk pembayaran-pembayaran tunai manakala yang selebihnya apabila dimohon.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, awal tahun ini PR akan
hanya perlu 100 Ahli Parlimen yang akan menyaksikan “Umno meletup”, dan
Ahli Strategi PR lain turut menyuarakan pendirian sama.
Sekarang masa terbaik pilihan raya – Saifuddin
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik
memberitahu “pucuk pimpinan tidak mungkin bersetuju, tetapi pandangan
peribadi saya adalah sekarang ialah masa terbaik untuk pilihan raya.”
“Tetapi saya rasa Najib mahu mengumumkan bajet pilihan raya pertama.
Itu satu-satunya permainan beliau sekarang selain mengharapkan
pertelingkahan dalaman dalam parti-parti PR dan serangan-serangan
terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali,” katanya, merujuk
kepada Ketua Umum KEADILAN dan Timbalan Presidennya.
Pengumuman Najib Belanjawan 2013 akan dibentangkan pada 28 September
telah mendesak pakar strategi parti melihat satu tarikh yang seterusnya
untuk memastikan bajet gula-gula itu dirasai di peringkat akar umbi.
Ibadah Haji pada 26 Oktober, Deepavali pada 13 November dan usaha BN
memikat belia dan undian Cina mungkin melengahkan pilihan raya hingga
November, jelas sumber, dan menambah bahawa Pengerusi BN itu tetap akan
meneliti senarai calon-calon bagi memastikan satu kemenangan lebih
besar.
Sumber-sumber BN pula mengatakan, beberapa kajian baru-baru ini
menunjukkan gabungan itu perlu bekerja dengan lebih keras untuk
mendapatkan satu kemenangan meyakinkan terutama dengan 2.2 juta para
pengundi membuang undi buat kali pertama.
Najib mengambil alih pemerintahan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi
pada April 2009, yang kononnya bagi memperbaiki prestasi yang paling
teruk pilihan raya yang pernah dilalui BN pada Mac 2008, di mana parti
itu hilang dua pertiga majoriti dalam Parlimen dan lima kerajaan negeri.
Bagaimanapun, satu daripadanya dirampas BN.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31580
Thursday, 14 June 2012
Bajet gula2 Najib boleh jejaskan kemenangan Pakatan
2012-06-14T21:32:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-