Oleh:
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Husam Musa mencadangkan agar TV3
menganjurkan forum terbuka antara beliau dengan Datuk Dr Awang Adek
Husein mengenai Kelantan Golden Trade (KGT).
Cadangan ini dibuat Husam ekoran serangan terkini terhadap dinar dan
dirham serta Kelantan Golden Trade (KGT) menerusi TV3 baru-baru ini.
Isu sama berulang sejak seminggu lalu tanpa apa-apa maklumat konkrit, kata Husam.
"Jika TV3 boleh menyiarkan tuduhan itu, saya juga memohon untuk muncul
memberikan penjelasan di TV3 melalui siaran langsung pada bila-bila
masa.
"Di harap TV3 bersedia memberikan keadilan jika ia berpihak kepada kebenaran," kata Husam yang juga Naib Presiden PAS.
Husam juga mencadangkan TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung
antara beliau dengan Awang Adek, Timbalan Menteri Kewangan mengenai isu
ini.
"Saya berharap Dr Awang boleh bersetuju dan saya memberikan tempoh 21
hari untuk menyatakan persetujuan," kata Husam dalam satu kenyataannya
kepada Harakahdaily.
Sebelum TV3 dan Awang Adek campur tangan, akhbar Umno, Utusan Malaysia menyiarkan dakwaan seorang blogger terhadap KGT.
Dakwaan blogger itu sudah dijawab Husam dan juga pengurusan KGT sebelum ini.
Namun ia tidak berhenti di situ apabila Awang Adek pula campur tangan.
Ketika serangan terhadap KGT berjalan, jualan dirham dan dinar mencatat
sejarah dalam Exco Perdagangan di Kota Bharu apabila jualannya mencecah
RM500,000.
KGT berjaya menjual dinar dan dirhamnya hampir RM500,000 dalam tempoh
enam hari beroperasi sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan
Konvensyen Halal berasaskan dinar dan dirham bermula 15 Jun lalu.
Pengarah Ekspo, Zulkifli Mamat mendakwa rekod jualan terbaru
membanggakan berbanding jualan pada Ekspo Cheng Hoo yang lalu kira-kira
RM200,000.
Sementara di Kota Bharu, Husam menyifatkan kenyataan yang mendakwa
syarikat pengeluar mata wang dinar dan dirham, Golden Trade Sdn Bhd
terlibat dengan kemelut salah laku yang membabitkan seorang pegawai
kanan syarikat itu adalah karut.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
negeri, Datuk Husam Musa berkata, dakwaan itu seratus peratus tidak
benar kerana pihaknya tidak pernah dipanggil polis memberi kenyataan
berhubung salah laku seperti yang dikatakan.
"Laporan polis yang dikatakan sehingga ke hari ini tidak ada mana-mana
pegawai kita diminta polis untuk memberikan apa-apa kenyataan dan yang
saya langsung tidak mengenali kedua-dua nama yang disebutkan," katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar
Dirham di Kelantan Trade Center (KTC) hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tentang laporan sebuah akhbar hari
ini yang mendakwa KTG terlibat dengan skandal salah laku.
Sehubungan itu, Husam berkata, pihaknya akan mempertimbangkan tindakan
menyaman akhbar terbabit serta bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang
menyiarkan dakwaan itu blognya.
Sendiri pasang CCTV, sendiri dirakam mencuri
22 minutes ago