PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini
mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan
semua akaunnya (Muhyiddin) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM).
“Saya cabar beliau dedahkan akaunnya. Saya akan buka setiap dokumen
saya untuk disiasat oleh SPRM,” kata Anwar yang pernah dituduh mempunyai
20 akaun dalam tahun 1999.
Beliau berkata begitu ketika mengulas tohmahan Muhyiddin terbaru bahawa dirinya mempunyai 20 akaun.
Sebelum itu, beliau berucap dalam sesi dialog bertajuk Anwar Ibrahim
berkenaan Agenda Ekonomi Malaysia anjuran Persatuan Syarikat Perniagaan dan Perindustrian Selangor di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Antara perubahan ekonomi yang beliau rancang ialah penswastaan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
“Urusan kerajaan bukan berkaitan perniagaan atau mengambil alih
perniagaan. Peranan kerajaan hanyalah untuk memerhati dan membantu urus
sahaja.
“Sekarang negara ini mempunyai kemampuan maka kita seharusnya
menggalakkan sektor swasta dalam perniagaan. GLC sepatutnya
diperkecilkan atau diswastakan,” jelas Anwar kepada lebih kurang 1,000
hadirin.
Majlis ini turut dihadiri para pemimpin PKR seperti Presiden PKR
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR merangkap Ahli
Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; bekas Timbalan Presiden PKR
Syed Husin Ali; ahli exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Ahli
Dewan Negeri Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar.
Sementara itu Bernama melaporkan ketika di Muar Muhyiddin menggesa
Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk
induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti
terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk
Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.
“Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya.
“Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu…pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun
mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.
“Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank
Negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program
Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di Muar hari
ini./~FMT
Sunday, 10 June 2012
Anwar: Saya cabar Muhyiddin turut dedah akaunnya
2012-06-10T11:39:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-