Datuk Ambiga Sreenevasan, Pengerusi
bersama Bersih 3.0, sudah menjadi seorang yang paling popular dan beliau sudah
pasti menjadi seorang yang ‘of consequence’ dalam politik negara kini. Ambiga
bukan seorang ahli politik dan beliau tidak bercadang dan terfikir untuk berkecimpung dalam arena yang beliau tidak
pandai untuk turut serta.
Beliau merupakan ketua kepada
sebuah NGO yang inginkan pilihanraya diadakan dan dilaksanakan secara bersih.
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, beliau bersama rakan-rakan beliau dan disokong
oleh majoriti rakyat yang inginkan satu pilihanraya bersih, secara tidak
langsung beliau merupakan seorang yang paling berpengaruh dalam negara kita.
Perjuangan beliau di dalam NGO
Bersih itu mendapat pengiktirafan antarabangsa dan beliau telah mendapat
beberapa anugerah di atas peranan beliau dalam membina sebuah masyarakat
yang
‘civil’. Beliau mendapat penghormatan untuk bertemu dengan Presiden
Obama dari Amerika Syarikat yang tidak mudah di perolehi oleh ramai
pemimpin
negara kita. Dr Mahathir sendiri terpaksa menggunakan ‘lobbyist’ ternama
dan
terpaksa membayar ber‘million’ ringgit untuk bertemu dengan Presiden
Amerika
Syarikat suatu ketika dahulu.
Tetapi oleh kerana Ambiga adalah
rakyat Malaysia dan ditadbir oleh UMNO Baru pula, Ambiga menjadi sasaran dan
kecaman dari pihak pemerintah negara kerana di Malaysia ini, sesiapa yang tidak
sehaluan dengan tindakan kerajaan, berpotensi untuk dihina dan dinesta. Yang
terakhir sekali, seorang ahli Legislatif UMNO Baru , Mohamad Aziz, telah
meminta Ambiga digantung kerana bertindak mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 pada
28 hb April yang lalu.
Di negara kita membuat tuntutan
yang asas bagi membina demokrasi yang sebenarnya akan dianggap sebagai
petualang. Pihak pemerintah telah melakukan banyak perkara yang tidak senonoh tetapi mereka tidak boleh
dipanggil petualang. ‘Superlatives’ yang
buruk-buruk itu hanya untuk pemimpin pembangkang dan individu yang tidak
bersetuju dengan kerajaan. ‘Saying right things is totally forbidden under BN rule’
kata seorang sahabat saya yang agak ‘learned’ orangnya.
Kenyataan seorang ahli Legislatif
dari Sri Gading yang mahu Ambiga digantung dua hari yang lepas, mendapat reaksi
yang hangat dari banyak pihak termasuk dari MIC, parti komponen BN sendiri. Presiden
MIC sendiri telah membidas Mohamad Aziz kerana kenyataan beliau itu. Tingkah
laku Mohamad Aziz itu amat buruk sekali dan tidak sepatutnya keluar dari mulut
seorang yang menjadi ahli kepada dewan legislatif yang mulia itu.
Tetapi di dalam Dewan Parlimen
itu bukan Mohamad Aziz sahaja yang mempunyai moral rendah seperti beliau
(Mohamad) tetapi memang kita nampak beberapa orang lain yang duduk di dalam
Parlimen untuk menunjukkan ketololan mereka. Mereka-mereka ini mempunyai mulut
yang terlalu cepat dari keupayaan berfikir. Sikap dan perangai mereka itu
sedikit sebanyak telah merendahkan martabat ahli-ahli Legislatif dari BN itu
sendiri kerana BN lah yang mencalunkan mereka untuk duduk dalam Dewan Parlimen
itu dalam pilihanraya yang lalu.
Saya sendiri begitu ‘conclusive’
dalam memberikan persepsi yang agak ‘drastic’ tentang budaya dalam UMNO Baru itu.
Di dalam UMNO Baru itu bukan tidak ramai yang bertaraf bijak pandai. Ada peguam yang bertaraf
Phd dan ramai lagi yang setaraf dengannya. Tetapi jika kita lihat sepandai mana
pun mereka atau setinggi mana pun kelulusan mereka itu mereka akan menjadi lesu
dan kadangkala menjadi bodoh apabila bergiat di dalamnya.
Seorang yang berfikiran tajam
akan bertukar menjadi seorang yang mempunyai daya pemikiran yang tumpul apabila menyertai
UMNO Baru dan diberi pula jawatan-jawatan yang besar-besar di dalam kerajaan.
Tetapi pemikiran rakyat telah
berkembang jauh kehadapan dari pemikiran ahli-ahli UMNO Baru lebih-lebih lagi kepada
pemimpin-pemimpin mereka. UMNO Baru selama ini tidak berusaha untuk mencari
kepimpinan yang bersih kerana pimpinan yang bersih tidak akan membenarkan
mereka melakukan perkara-perkara yang berbentuk jenayah terhadap rakyat yang
terus-menerus berlaku sehingga kehari ini.
Di dalam sanubari rakyat sekarang
mereka berkata-kata, ‘enough is enough. And let's go for a change, a complete
change’ Rakyat dahagakan perubahan. Dalam rakyat mahu melihat perubahan maka
adalah ‘natural’ seseorang yang telus dan berani seperti Ambiga itu akan menjadi
termasyur dan menjadi contoh kepada mereka (yang inginkan perubahan).
Jika ada ketidakadilan yang
dilakukan terhadap Ambiga, penentangan rakyat terhadap pihak yang
berkuasa akan terus
bertambah dan bercambah. Selagi Ambiga masih bertegas untuk mendapatkan
pilihanraya yang adil dan saksama, orang ramai akan tetap menyokong
beliau.