.

Friday 22 June 2012

Ada rahsia kes pindah wang Tabung Haji? jom terjah!


KUALA LUMPUR- Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar beranggapan ada sesuatu yang cuba disembunyikan kerajaan berhubung isu pemindahan wang ke akaun Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail.

Ia berikutan persoalan yang dibangkitkan beliau masih tidak dijawab secara terperinci, biarpun berulang-kali didesak berbuat demikian.
"Semalam, saya membangkitkan isu ini dengan menjelaskan butirannya, dan hari ini jawapan tersebut sudah ada di meja saya.

"Namun, masih tiada jawapan yang jelas mengenainya," kata beliau pada sidang media, di Dewan Rakyat, petang tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, desak Mahfuz perlu tampil memberikan penjelasan berkenaan pembayaran sejumlah wang tersebut secara terperinci.

"Saya minta menteri tampil menjelaskan apakah jenis pembayaran tersebut? Adakah ia merupakan emolumen, elaun atau insentif? Penyimpan Tabung Haji ingin tahu, jadi saya minta menteri tampil menjelaskannya," tegas beliau lagi.

Sebelum ini, pada sesi parlimen lepas, Naib Presiden PAS itu telah membangkitkan isu tersebut ketika perbahasan belanjawan 2012.

Beliau sekali lagi membangkitkan dalam soalannya pada sidang parlimen sesi ini, bagaimanapun tidak berpuashati dengan jawapan Jamil Khir.

Susulan itu, Mahfuz mengulangi lagi tuntutan beliau terhadap Jamil Khir untuk menjelaskan secara terperinci butiran pembayaran itu.

Tabung Haji dikatakan memindahkan sejumlah RM308 700 ke akaun Ismee, yang dikatakan dibuat mengikut undang-undang serta termaktub dalam syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung dalam kontrak perkhidmatan Ismee.

--Harakahdaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist