.

Tuesday 1 May 2012

Skandal Seks Dalam Tandas : Kenyataan Penuh Penafian Azmin Ali

Saya mengecam sekeras – kerasnya fitnah yang ditohmah ke atas diri saya bertujuan untuk mengaibkan saya dan keluarga. Fitnah jelek ini disebarkan oleh media yang dikuasai UMNO yang memetik sumber blog pro UMNO. Fitnah ini memaparkan seorang lelaki yang mereka tohmah sebagai saya bersama seorang wanita di dalam tandas.

Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut. Ianya adalah fitnah ulangan menggunakan modus operandi yang sama yang digunakan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Saya amat kesal memandangkan tindakan ini adalah fitnah bersiri terhadap saya dan keluarga selepas fitnah jijik ke atas isteri dan anak saya, disusuli dengan dakwaan pemilikan saham kemudiannya saya dituduh menghina Raja – Raja Melayu dan baru- baru ini saya ditohmah mencetuskan provokasi dalam Himpunan Aman Bersih 3.0.

Sebelum ini saya dan isteri serta anak kecil saya telahpun melakukan ujian DNA sebanyak dua kali dalam bulan Julai 1998. Kedua-dua keputusan ujian tersebut menempelak fitnah ke atas saya, isteri dan keluarga. Hasil ujian jelas menyebut serta mengesahkan saya dan isteri merupakan ‘biological parent’ kepada anak kami. Ujian DNA tersebut sekaligus memelihara maruah saya dan keluarga.

“The results from all three genetic loci show that the donor of blood specimen marked ‘X’ (putative father) is the biological father of the donor of the blood specimen marked ‘Y’ (child).”

Namun UMNO masih mengulangi fitnah kejam tersebut sepanjang 14 tahun ini walaupun bukti sudah jelas lagi nyata bahawa tuduhan mereka terhadap saya dan keluarga merupakan pembohongan semata-mata.
Setelah kesemua fitnah tidak berjaya, mereka mengulangi skrip usang fitnah seks yang memualkan untuk mengaib dan mematahkan semangat saya. Fitnah jahat seperti ini diulang – ulang untuk membentuk persepsi rakyat terhadap maruah dan kredibiliti saya menjelang pilihan raya.

Munculnya fitnah ini tatkala UMNO dihimpit krisis keyakinan dan menjadi sasaran kemarahan rakyat selepas perhimpunan BERSIH adalah untuk mengalih pandangan rakyat dari isu sebenar iaitu isu penipuan pilihanraya dan penyelewengan dana awam.

Saya ingin menegaskan bahawa saya tetap tuntas dengan perjuangan membawa obor reformasi demi rakyat. Saya menyeru kepada pimpinan UMNO supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

Saya akan terus bersama – sama pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat untuk menjana Perubahan dan membawa kemenangan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

Mohamed Azmin Bin Ali

12 comments:

  1. Awat la sengkek sgt otak org umporno ni. hangpa cari tpt baik sikit. klu bohjan dgn mat rempit blh la gn cara ni. bingai btl puak datuk k..e ni.

    ReplyDelete
  2. agaknya depa yg slalu buat macam tu ialah depa pon asai dari parti tong tahik

    ReplyDelete
  3. gambar dikaburkan supaya x nampak bayang2 didinding samada betulke Azmin dlm bilik air tu...kalau boleh kita tlg dapatkan gambar2 Azmin yg lama seperti dibawah, mana tau pencacai UMNO ni amik gambar Azmin lalu buat cut & paste

    ReplyDelete
  4. Ingat.!!! DOSA FITNAH umpama berzina dengan Ibu sendiri. sesiapa yang terlibat membuat fitnah...ingatlah sebagaimana besok menjadi hari ini..., begitulah akan datang hari pengadilan yang asalnya besok.... akan menjadi hari ini.....

    ketika itu Neraka Jahannam akan menunjukkan wajah yang sebenar dengan Izin Allah

    ReplyDelete
  5. Saya menyeru kepada pimpinan PKR-PAS supaya menghentikan budaya politik fitnah yang boleh menghancurkan negara dan masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg suka buat fitnah siang malam ni puak umno....

      Delete
  6. org2 umno mana tahu dosa/pahala atau syurga neraka. bila org cakap dosa/pahala dan syurga neraka mereka kata itu politik. mereka ni baca al fatihah pun tak betul mana tahu apa itu balasan akhirat.

    ReplyDelete
  7. TAK HENTI-HENTI BETUL UMNO HAMPEH NIE BUAT FITNAH ..... BUKAN AZMIN JER YG MALU ... AKU PUN MALU KAT ANAK-ANAK AKU ATAS KEJE SIAL LUCAH .. OLEH ... UMNO .. AKU PASRAH KELUAR UMNO ..

    ReplyDelete
  8. Umno kalau tak fitnah bukan nama umno. Kalau mcm ni babi lebih mulia

    ReplyDelete
  9. Kenapalah bangang ni? Public toilet mana yang ada shower macam ni? Ni sure toilet hotel murah. Dah kalau check in hotel.....nak buat apa buat kerja dalam toilet? Buat ler atas katil......bangang...bangang...Nak tipu orang kampun gler tu....

    ReplyDelete
  10. Bangkai gajah boleh dtutup. Baunya ttp semerbak. Dah sah2 muka mamat tu. Taksub punya psl semua nk dinafikn. Fitnah la. Cut&paste la. Mcm2 alasan yg dbuat2. Dah kantoi tobat jela. Masih nk menipu dn menmbah dosa. Petunjuk dah dpn mata pun korg xsedar2 lg?

    ReplyDelete
  11. perlukah azmin buat kerja jahat dalam tandas? kalau ya..pun umno carilah tempat yg ada kelas sikit nak menipu. ini kerja mat gian didikan umno. jahat jahat menteri tua tu pun tak buat dalam tandas dgn orang gaji dia.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist