UMUM....Perdana Menteri Najib Razak dijangka mengumumkan pilihanraya Julai akan datang.
Oleh : JAHABAR SADIQ
PILIHANRAYA
umum dijangka mungkin berlaku seawal Julai depan sebelum bulan Ramadhan
kerana Bersih 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat
kepada Barisan Nasional (BN), demikian menurut sumber BN.
The Malaysian
Insider difahamkan pilihanraya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini
kerana Datuk Seri Najib Razak akan bercuti ke luar negara selama dua
minggu bermula pertengahan Mei, walaupun beliau akan menghadiri
perjumpaan 'Rakan BN' di London pada 14 Mei.
"Selepas
sambutan ulang tahun Umno pada 11 Mei, Perdana Menteri akan menghadiri
satu majlis di London, majlis graduasi anak lelaki beliau sebelum ke
Sepanyol untuk bercuti," jelas sumber kepada The Malaysian Insider.
"Berkemungkinan
pilihan raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat
sesuai memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk
menghadapi pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan
sebelum 19 Julai memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih
60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti
politik ketika bulan puasa.
Sumber
lain menjelaskan Pengerusi BN itu telah mula mendapatkan sokongan
daripada rakan-rakan dan penyokongnya di seluruh negara, dengan lawatan
terbaru beliau ke Gua Musang Jumaat lalu yang mana telah mengenepikan
dakwaan piihan raya akan dilanjutkan ekoran insiden keganasan Bersih
3.0.
Malah
beliau menegaskan hanya rakyat yang akan menentukan tarikh sebenar
pilihan raya. Beberapa laporan media antarabangsa menjangkakan Najib
akan menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas insiden Sabtu lalu.
Namun
Perdana Menteri itu, ketika menjawab soalan pemberita di sini,
tersenyum apabila diajukan persoalan tersebut dan menjelaskan "tarikh
pilihan raya tidak akan tergugat dengan perkara itu."
"Ia
terpulang kepada rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan
pandangan rakyat terhadap kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib.
Sumber
itu turut menjelaskan Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
telah melawat ke semua negeri sejak beberapa bulan lalu bersama dengan
ketua BN Sarawak minggu lepas dan timbalannya di Sabah pada hujung
minggu lalu.
"Mereka yakin dan BN negeri turut yakin. Pilihanraya semakin hampir," kata sumber tersebut.
Beliau
menjelaskan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 yang dijalankan
serentak di 11 negeri dan 80 negara di seluruh dunia hanya menguatkan
lagi sokongan pengundi untuk menghadapi pilihanraya.
"BN
masih kuat. Bersih hanya memberikan kesan yang minimum kerana ia
dirosakkan oleh PKR dan keganasan sewaktu protes tersebut telah mengubah
pendirian pengundi atas pagar," tambah sumber.
Rating
Najib telah meningkat mendadak kepada 69 peratus dalam kaji selidik
terbaru telah mewujudkan spekulasi pilihanraya bakal dijalankan pada Jun
depan, walaupun penggal BN memerintah masih lagi berbaki hingga Mac
tahun depan.
Pakatan
kerajaan tersebut menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan
menguasai kesemua negeri kecuali empat diperintah Pakatan Rakyat (PR).
Pilihanraya
seterusnya bakal menyaksikan lebih 2.2 juta pengundi baru, yang telah
mendaftar antara pilihan raya sebelumnya pada 2008 dan penghujung tahun
lalu. Hampir 60 peratus pengundi baru berbangsa Melayu, bangsa dominan
di negara ini.
Statistik
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pertambahan pengundi
tertinggi adalah Selangor dengan 165,222 individu, diikuti Johor
(124,240), Perak (96,710), Sabah (86,927), Kedah (84,704), Kelantan
(69,344), Penang (64,029), Sarawak (63,305), Kuala Lumpur (61,040),
Pahang (59,639), Terengganu (45,190), Negeri Sembilan (42,009), Melaka
(31,827), Perlis (9,881), Labuan (2,863) dan Putrajaya (1,920).
Bersih,
pertubuhan dengan 84 gabungan NGO. telah menolak daftar pemilih SPR dan
menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ketika perhimpunan mereka
sejak 2007, dan terbaru pada 28 April lalu, yang menyaksikan ribuan
masyarakat turun ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan aman duduk
bantah.
Perhimpunan
itu bagaimanapun bertukar ganas setelah perusuh mula meruntuhkan
penghadang yang didirikan bagi mengelakkan mereka memasuki kawasan
Dataran Merdeka.
Pentadbiran
Najib telah melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 pada Julai lalu apabila
membentuk pasukan khas pilihan Parlimen (PSC) berkaitan pilihan raya,
namun Bersih tetap berkeras daftar pemilioh SPR masih lagi tidak bersih
sepenuhnya. (TMI)