.

Thursday, 17 May 2012

Patutkah guru tunjukkan punggung kepada Mahyuddin?


24,053 guru dinaikan pangkat Jun ini: Guru patut tunjuk punggung kpd Mahyuddin!!
 
Oleh CuccXs
 
Malam tadi semua media UMNO/BN menyiarkan sambutan Hari Guru oleh Menteri pendidikan Muhyiddin Yassin Peringkat Kebangsaan Ke-41 di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar . Kononnya guru dapat "Durian Runtuh".

Muhyiddin mengumunkan apa yang sememangnya guru sudah dapat, bukannya bulan Jun 2012. Kononnya seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dinaikan pangkat mulai Jun hingga hujung tahun ini. Ini cerita bodoh, semua orang dah tahu!!


Mahyiddin sepatutnya sedar Pakatan Rakyat (Pakatan) bertekad mengotakan janji yang ditawarkan dalam Buku Jingga termasuk menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang sebagai permulaan.

Pakatan Rakyat menegaskan, tawaran itu sebagai menghargai peranan guru yang konsisten meneruskan tugas dan tanggungjawab membina anak bangsa Madani.

“Dalam kita berdepan dengan gelombang globalisasi, kebajikan guru mestilah dipelihara, termasuk memantap skim pengajian dan elaun guru meliputi kesihatan, keselamatan, keluarga dan persaraan mereka. Pakatan Rakyat melihat kerjaya pendidik pekerjaan mulia dan mesti dipergiat untuk golongan muda agar minat kepada tenaga pengajar lebih mendalam di samping membantu ekonomi diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Guru adalah pencorak minda dan nilai kemanusian sepertimana dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 269 bermaksud ‘Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNYA (menurut aturan yang ditentukanNYA).

Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akan fikirannya.

Pakatan juga bertekad memastikan apa yang ditawarkan dalam Buku Jingga dikota dan laksana dengan formula pentadbiran telus dan mantap.

Imbuhan RM500 sebulan kepada setiap guru itu merupakan satu dari 10 tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia untuk dilaksana dalam masa 100 hari selepas diberi mandat sebagai Kerajaan Persekutuan baru pada pilihan raya umum akan datang. Tawaran itu turut diisytihar dan dicatat dalam Buku Jingga sempena Konvensyen Pakatan Rakyat pada November 2010.

MUHYIDDIN MAT YASIN JANGAN PERBODOHKAN GURU!!!

-Kredit

6 comments:

  1. Hek elehhh! apa daaa DSM ni. Tak beritahu pun semua guru dah tahu. Jun ni mmg ramai guru tukar DG kerana time base.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betoi yop, cikgu ni dari dulu kini dan selamaye dibangangkan...

      Delete
  2. itulah umno guru anak sendiri pun dibodohkan.. dasar penipu..

    ReplyDelete
  3. Itulah nasib guru, sebenarnya Pengarah, Pegawai2 JPN/Pegawai PPD/Pengetua2/GB2/dan guru2 seharunya sedar bahawa Kesatuan Guru yang memperjuangkan hak mereka, malangnya jasa pemimpin2 guru tidak pedulikan oleh mereka.

    ReplyDelete
  4. kelentonggggg ank Pak Yasssinnn jeee

    ReplyDelete
  5. iyer ke nii! tipu belaka lah yer!

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist