PENEROKA FELDA BERHAK MENDAPAT RM50,000 SATU KELUARGA, BUKANNYA RM15,000
Pengumuman
yang dibuat Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa setiap peneroka FELDA
akan mendapat ganjaran RM15,000 selepas penyenaraian FELDA membuktikan
sekali lagi bahawa pentadbiran Barisan Nasional membolot kekayaan sesama
mereka, sedang rakyat diberikan hampas dan imbuhan kecil sahaja.
KEADILAN
telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV)
untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya
diperolehi oleh peneroka FELDA. Proses ini turut melibatkan perbincangan
dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga
setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.
Berdasarkan
prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh FELDA selepas
penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat
suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.
Ini berikutan urusniaga berikut:
1.FELDA akan menjual 59% dari pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru
2.FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru
3.Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65
4.Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion
5.Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion
Jumlah
keluarga peneroka FELDA di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak
mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah-tanah
seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd
adalah milik mereka. Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi
nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh
FELDA atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.
Oleh
yang demikian, KEADILAN berpendapat Dato' Seri Najib Tun Razak harus
berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30% (berjumlah RM15,000
setiap keluarga) dari dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka.
Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.
Bakinya yang
lebih besar (iaitu 70% dari jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942
bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.
Maka, reaksi pertama KEADILAN kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:
1. Dato'
Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh
FELDA kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga,
bukannya RM15,000 yang diumumkan. KEADILAN mencabar beliau mengumumkan
agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan
2. Pentadbiran Barisan
Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan
dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah.
Ini bukanlah kali
pertama Dato' Seri Najib Tun Razak berpura-pura mendahulukan rakyat
sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar
dengan menggunakan nama rakyat.
MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
Tuesday, 8 May 2012
"Durian Runtuh" & "Durian Gugur" | Sepatutnya Penoraka Dapat RM50,000, Bukannya RM15,000....: Rafizi
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Prospektus utk listing FGV dah kuar ker? Berapa pula harga ditawarkan kpd peneroka bagi setiap unit saham, RM 4.65 jugak ker?
ReplyDeleteanime_43@yahoo.com