Thursday, 17 May 2012

Ahli Parlimen PKR ditawar RM10 juta untuk tinggalkan parti?


'Khir Toyo tawar RM10 juta, saya tidak minta'

oleh: NURULFATIHA MUAH


SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, seperti dakwaan sebuah blog, semalam.

Sebaliknya, Manikavasagam mendakwa, beliau yang sebenarnya dipelawa oleh bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu secara gurauan di sebuah hotel, di sini, hujung 2008.

“Memang saya akui ada bertemu dengannya (Dr Khir), tetapi secara kebetulan. Ketika itu, saya mempunyai urusan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di bangunan bersebelahan hotel berkenaan. Saya kebetulan berjumpa dengan Dr Khir ketika minum kopi bersama rakan di situ.

“Beliau tawar saya (wang) untuk keluar parti, tetapi secara bergurau sebab masa itu isu (penyelewengan) pasir sedang hangat diperkatakan. Bukan saya yang minta. Ramai yang ingat saya akan keluar PKR masa itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog yang mendakwanya memerlukan RM10 juta untuk keluar PKR.

Dalam pada itu, Manikavasagam yang juga Naib Ketua Cabang PKR Kapar turut menafikan dakwaan yang menyatakan beliau ada bertemu dengan Dr Khir beberapa hari sebelum perjumpaan di hotel berkenan.

“Seingat saya, saya tidak pernah berjumpanya (Khir) sebelum pertemuan itu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap penulis blog berkenaan, Manikavasagam berkata, beliau tidak akan berbuat demikian kerana menyifatkan isu itu sudah lama dan hanya membuang masa.

Manikavasagam mengingatkan pihak terlibat supaya tidakmembuang masa ‘membelinya’ kerana beliau akan terus setia bersama PKR./~SH

1 comment:

  1. Saudara-saudara dan Saudari-saudari yang di hormati
    Untuk keadilan dan martabat Buddhist, (Maruah Sami Buddhist dan Kuil SAMNAK SAMBODHI) Kami Ahli Parti Keadilan Rakyat tetap akan memberi segala pertolongan bagi mempertahankan, sekiranya Peguam Yip Kum Fook, MCA Pengerusi Gombak terus kacau Sami Buddha atau cuba memusnahkan kebudayaan Buddhist dengan kurang ajar

    Ladies and gentlemen are in respect
    For justice and values Buddhist, (dignity of monks and the Buddhist Temple of SAMNAK SAMBODHI) We the People's Justice Parti Keadilan Rakyat will continue to give all help to preserve, suppose that lawyer Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman continues to disturbs Buddhist monks or try to destroy Buddhist culture with disrespectful

    为了正义和佛教的尊严,(佛教僧侣和佛寺的荣誉SAMNAK SAMBODHI),我们人民公正党将提供一切帮助保卫,如果马华公会鸱唛区主席叶金福律师(Yip Kum Fook, MCA Gombak) 继续无耻的凌乱僧侣或试图摧毁佛教的文化

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)