Oleh : LIM KIT SIANG
PERDANA
Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengetuai kempen propaganda BN
untuk kawalan kerosakan atau damage control untuk mengurangkan
ketidaksehaluan dalam penyahkendalian perhimpunan 'duduk-bantah' Bersih
3.0 di Dataran Merdeka yang menuntut pilihan raya yang bebas dan adil
dengan tohmahan melulu bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan percubaan
untuk menggulingkan kerajaan BN.
Setiap hari berlalu,
apa yang tidak boleh dinafikan BERSIH 3.0 suatu malapetaka dalam
perhubungan awam Najib dan imejnya sebagai 'reformis' dan 'transformis'.
Suhakam
menyatakan bahawa berlaku "penindasan dan perlakuan sebarangan". Pihak
polis menggunakan "kekerasan dan kuasa secara tidak wajar terhadap
peserta perhimpunan serta rakan media" dalam perhimpunan BERSIH 3.0 -
"kelakuan yang tidak boleh diterima".
Sementara
Majlis Peguam menyatakan bahawa keganasan polis yang disaksikan semasa
BERSIH 3.0 lebih buruk jika dibandingkan dengan kejadian dalam
perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lepas.
Sebelum
ini, Suhakam mengumumkan penemuan mereka bahawa pihak polis mencabuli
hak asasi manusia apabila menembak gas pemedih mata ke perkarangan
kawasan kemudahan awam seperti Hospital Tung Shin, hospital bersalin
Cina dan dan Stesen KL Sentral yang menyebabkan keselamatan orang awam
tergugat.
Wajarkah
wujud kesangsian terhadap hasil penyiasatan awam yang kredibel dalam
pencabulan hak asasi manusia dan dengan keganasan pihak polis
menggunakan kuasa tidak wajar dan keterlaluan sama ada berbentuk
tembakan gas pemedih mata, semburan air bercampur bahan kimia, brutaliti
polis dan keganasan terhadap peserta yang berhimpun secara aman,
termasuklah wakil media?
Ketua
Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, beliau mahukan keadilan
diberikan kepada semua pihak terlibat, termasuklah ahli media dan
anggota polis yang tercedera.
Saya
bersetuju dengan ketua polis negara yang berkata "hanya kerana beberapa
yang berkelakuan seperti samseng, tidak bermakna kesemua anggota polis
berperangai sebegitu".
Ini
satu sebab mengapa penyiasatan penuh yang kredibel diperlukan untuk
menegakkan keadilan bagi semua peserta BERSIH 3.0 yang menjadi mangsa
keganasan - sama ada pihak polis, wakil media atau peserta sendiri.
Saya
juga bersetuju bahawa pihak polis bertindak dengan terkawal dan
profesional sehingga kira-kira pukul 3 petang pada Sabtu lepas atau
setengah jam selepas pengumuman penganjur BERSIH 3.0 bahawa perhimpunan
tamat dan peserta diminta bersurai.
Selepas jam 3 petang, kelihatan benteng pengawalan dan sikap profesionalisme pihak polis roboh dan keganasan polis bermula.
Lapan persoalan yang wajib dijawab melalui penyiasatan penuh dan kredibel dalam keganasan BERSIH 3.0 atau '428':
(1)
Mengapa keganasan dan kekerasan polis wujud sama ada dengan menembak
gas pemedih mata, penyemburan air dengan bahan kimia atau keganasan
fizikal dan brutaliti terhadap perserta perhimpunan aman selepas jam 3
petang, yang berlanjutan untuk tempoh 5 jam pada hari itu?
(2)
Bagi yang telah menembusi sekatan yang didirikan, mengapa pihak polis
tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan itu sahaja tetapi menghukum
kesemua peserta yang lain yang berhimpun secara aman dan yang ingin
bersurai secara aman?
(3) Mengapa ada beberapa kakitangan polis yang tiada nombor pengenalan ataupun tag nama pengenalan?
(4)
Mengapa wakil media dan wakil akhbar disasarkan dan diserang oleh pihak
polis dengan rampasan kad memori kamera mereka dan pemecahan kamera
mereka?
(5)
Mengapa beberapa stesen LRT diarahkan untuk ditutup selepas gas pemedih
mata dan air yang dicampur bahan kimia mula ditembak? Adakah ini hasrat
pihak polis untuk "mengepung" para peserta atau "memberi pengajaran"
kepada mereka?
(6)
Adakah benar transmisi sengaja disekat supaya apa-apa komunikasi
dihalang yang akan menyebabkan lebih kekeliruan dalam keadaan yang sudah
pun tegang dan genting pada masa itu?
(7)
Siapa dari pihak polis atau dari Kementerian Dalam Negeri yang
bertanggungjawab memberi kebenaran atau lampu hijau supaya berlaku
pencabulan hak asasi manusia dan tidak menghiraukan prinsip dan garis
panduan penggunanan kekerasan dan senjata api oleh kakitangan polis?
(8)
Persoalan sama ada masa sudah sampai bagi pengimplimentasian penuh
cadangan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Polis Dzaiddin untuk membentuk
perkhidmatan polis yang bertaraf dunia yang efisien, profesional dan
tidak berasuah - yang memfokus kepada tiga fungsi utama untuk mencegah
jenayah dan memastikan kadar jenayah sentiasa rendah, membasmi korupsi
dan menegakkan keadilan hak asasi manusia - dengan penubuhan Suruhanjaya
Bebas Keganasan dan Penyalahgunaan Kuasa Pihak Polis?
Berdasarkan
jadual waktu sesi parlimen, sesi berikut dijangka akan bersidang untuk
12 hari dari 11 Jun sehingga 28 Jun, sementara bajet Parlimen 2013
dijangka bermula pada 24 September dan akan berlangsung untuk tempoh 34
hari sehingga 27 November. Hari pengumuman belanjawan akan dilakukan
pada hari Jumaat, 28 September 2012.
Najib
perlu memberi kata putus dalam beberapa hari ini sama ada pilihan raya
umum akan berlangsung pada bulan Jun atau pada tarikh yang lebih lambat?
PRU ke 13 - 3/6/2012 confirm
ReplyDeleteGEROMBOLAN MULA KELENTONG BERITA KEZALIMAN PADA PESERTA BERSIH3.0 DENGAN MENGALIH TUMPUAN KONON BERSIH 3.0 MAHU GULING KERAJAN ! DITAMBAH PULA LAGI OLEH BARUA-BARUA PENGAMPU UMNO-APCO-BN TERMASUK PDRM,JUGA MAMAK KUTTY PENGKHIANAT TERSOHOR KONON PR TAKUT KALAH & MAHU BUAT KEKACAUAN ! MUSIBAT BETUL MEREKA PENYELEWENG-PENYELEWENG TEGAR INI ! ABU !
ReplyDeleteBERSIH membawa agenda asing untuk menghuru-harakan negara.
ReplyDelete