Monday, 9 April 2012

USTAZ AL-AZHAR ATAU JELMAAN TAGHUT?


YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman,

MUNGKIN tidak ada sesiapa yang menduga tindakan seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar Mesir sanggup menconteng Surah Yassin untuk menulis janji yang dibuat kepada penduduk kampung bagi meyakinkan pengundi yang mula muak dengan janji manisnya?

Tetapi itulah hakikat yang terpaksa kami terima kerana ADUN kami, (Adun Tungku) Ustaz Suhaili Mohd Said yang sanggup menjual agamanya demi survival politiknya ketika rakyat memberontak, kerana sudah tiga penggal mewakili Tungku; tetapi masih gagal menyelesaikan pelbagai isu dengan sering menggadaikan nama Tuhan iaitu 'InsyaAllah' tetapi enggan berusaha memenuhi janji 'Taghut'nya!

Untuk makluman YAB Datuk Seri,

Beberapa hari menjelang hari pembuangan undi pada pilihanraya umum 2008, Ustaz Suhaili datang berkempen di kampung kami di Astaka Pantai, Kampung Tanjung Labian.

Sebelum Ustaz Suhaili berucap, pemimpin peringkat muda kampung kami, Assafal Panglima Alian mengemukakan permintaan agar dibina Mini Dewan Kg Tanjung Labian. Selepas itu Ketua Kampung Lok Buani, Roslan Abdul Hamid mendesak agar Ustaz Suhaili membantu mendapatkan kembali tanah adat yang telah diluluskan kepada Datuk Ramli Yusuff dan Datuk Mohd Yusof Amat Jamlee.

Beberapa permohonan lain turut diajukan termasuklah jalan, masjid dan surau dan ketika tiba giliran Ustaz Suhaili berucap, saya terkesima dan semua penduduk kampung terpegun kerana Ustaz Suhaili menulis semua permintaan Assafal, Roslan beberapa penduduk kampung di atas Surah Yassin dan menunjukkan kepada para hadirin.

"Janganlah kamu risau. Saudara Roslan dan Assafal serta penduduk 13 kampung ini, saya berjanji akan membereskan semua permintaan kamu jika saya menang dalam pilihanraya kali ini. Saya sudah tulis dalam buku Yassin ini," ujar Ustaz Suhaili sehingga semua penduduk, termasuk saya meremang bulu roma kerana 'keceluparan' Ustaz lulusan Al-Azhar berani menconteng Surah Yassin yang selama ini dimuliakan penduduk kampung dan penganut agam Islam di Sabah.

Namun setelah memenangi pilihanraya berkenaan, Ustaz Suhaili jarang muncul ke kampung kami; jika munculpun secara senyap untuk melawat tapak projek bersama kontraktor.

PARIT.....Parit digali FELDA sejak 2008 dan sehingga kini masih belum ditutup tetapi Suhaili hanya membungkamkan diri sambil menambah besarkan perutnya anak beranak. Ketua Kampung Lok Buani, Roslan berdiri di dalam parit.

Akibatnya, Assafal dan penduduk kampung terpaksa melantik peguam mereka sendiri kerana Ustaz Suhaili semakin munafik dan berjanji ala 'Taghut' sedangkan beliau ialah Ahli Lembaga Pengarah FELDA.

Sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Ustaz Suhaili tidak berani melarang FELDA menggali parit besar di semua sempadan tanah FELDA dengan penduduk kampung; sehingga menyukarkan perhubungan penduduk kampung dan gagal menyelesaikan masalah tuntutan bertindih antara FELDA dan penduduk kampung.

Dengan kerja keras penduduk kampung sendiri dan wakil mereka menemui YAB Datuk Seri dan Datuk Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, maka mereka berjaya mendapat Geran Komunal yang sebelum ini juga turut dipohon atas nama anak beranak Ustaz Suhaili sejak 2003 lagi.

BUKTI....Borang permohonan tanah anak Suhaili iaitu Mohammad Bukhari iaitu di kawasan tanah adat yang dikeluarkan FELDA sejak 1996.

BOLOT....Borang permohonan tanah seorang lagi anak Suhaili iaitu Aeisyah iaitu di kawasan tanah adat yang dikeluarkan FELDA sejak 1996.

Kami turut terkilan kerana Ustaz Suhaili dan orangnya ada memungut RM30 daripada setiap pemohon tanah adat di Zon Tanjung Labian termasuk Zon Keselamatan dan Sahabat Pinggir yang telah dieksais keluar daripada tanah FELDA.

Sehingga kini kami tidak tahu ke mana perginya lebih RM80,000 yang dikutip daripada kami dan kami pernah berjumpa dengan Pengurus Kanan Wilayah FELDA Sahabat, (nama kami rahsiakan) dan beliau mengakui Ustaz Suhaili tidak pernah menimbulkan isu tanah adat di kawasan FELDA sebagaimana yang dijanjikannya selama ini.

Sehubungan itu, kami rayu agar YAB Datuk Seri tidak lagi menghukum kami dengan mencalonkan kembali beliau sebagai Wakil Rakyat Tungku kerana kami bimbang tidak lagi dapat memberikan undi kepada beliau kerana pengkhianatan kepada kami selama ini.

Salam Hormat,

A.K. SALIM

-sumber

3 comments:

  1. Kasihan orang kampung, ditipu idup2,,,,

    ReplyDelete
  2. jom tonton pelbagai saluran tv dari dalam dan luar negara seperti Discovery Turbo.Discovery World Hd.Discovery Channel.History Channel.Astro Ria.Astro Prima. Astro Oasis.Tv3.Tv2.Bernama Tv.Al Hijarah Tv .ESPN,STAR SPOTS ,EUROSPORTS dan banyak lagi secara percuma di > http://setcast.blogspot.com/2012/04/live-streaming-malaysia-tv-tv-online.html ,anda jugak boleh mendengar pelbagai siaran radio Online malaysia di > http://setcast.blogspot.com/2012/03/malaysia-radio-online-listen-live.html secara percuma ,jom terjah

    ReplyDelete
  3. ini janji apa pula ni janji manis ke atau janji pahit

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)