.

Monday 16 April 2012

Satu-satunya yang bersih dlm Umno? Ku Li nekad utk kekal walaupun digugurkan sebagai calon

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh telah menepis spekulasi bahawa beliau akan meninggalkan Umno dan bertanding sebagai calon bebas sekiranya beliau digugurkan sebagai calon BN pada PRU 13 nanti.

“Jangan persoalkan kesetiaan saya kepada parti. Saya sudah bersama UMNO selama 50 tahun.” Bernama melaporkan Ku Li, yang juga seorang putera Kelantan sebagai berkata.

Satu-satunya kawasan bersih dalam Umno?

Sememangnya suatu tindakan yang bodoh sekiranya presiden Umno, Najib Razak tidak memilih Ku Li untuk bertanding memandangkan beliau sudah menjadi MP Gua Musang selama 43 tahun. Kerana sekiranya Najib melakukan yang demikian, maknanya beliau telah memberikan kemenangan percuma kepada PAS di kawasan itu

yang sudahpun mendominasi Kelantan.

Semenjak Amanah ditubuhkan beberapa bulan yang lalu, ada spekulasi bahawa Ku Li dan pengikutnya akan keluar dari Umno dan menyertai Pakatan Rakyat yang diterajui oleh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Perletakan jawatan Kadir Sheikh Fadzir yang juga timbalan Ku Li dalam Amanah telah menyemarakkan lagi cakap-cakap bahawa Ahli Parlimen Gua Musang itu juga akan mengikut jejak langkah yang sama. Kumpulan Ku Li ini dilihat sebagai satu-satunya golongan yang berani untuk mengkritik kepimpinan UMNO atas kegagalan mereka membentras rasuah dalam parti.

Sememangnya pada tahun 80-an dahulu, Ku Li dan Menteri Penerangan Rais Yatim telah keluar Umno selepas bertelingkah dengan bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Mereka telah menyertai Umno semula beberapa tahun selepas itu disebabkan parti Semangat 46 yang mereka tubuhkan gagal meraih sokongan pengundi.

Sesudah puas mendapat ujian, keadaan seperti berpihak kepada Pakatan

Bagi PRU 13, kelihatan seperti keadaan berpihak kepada Pakatan setelah melalui ujian getir dengan UMNO-BN yang tidak berhenti menghujani pihak pembangkang dengan tuduhan melalui berita-berita dan tuduhan palsu.

Walaubagaimanapun, 4 tahun sudah berlalu semenjak Anwar dan Pakatan memenangi undian rakyat pada Mac 2008, 4 buah negeri yang ditadbir pakatan mempunyai prestasi yang agak baik terutamanya Selangor yang diterajui PKR dan Pulau Pinang yang diterajui DAP.

Banyak dikalangan pemerhati yang menjangka Pakatan akan berjaya kali ini disebabkan oleh keingkaran Umno untuk meninggalkan amalan rasuah- yang jelas memakan parti itu dan juga negara.

Kemarahan yang timbul semula

Di Kelantan, seperti juga Terengganu, telah wujud kemarahan baru yang sama seperti yang berlaku semasa zaman pemerintahan Mahathir dan kini ia disebabkan oleh Najib yang enggan membayar 2 negeri itu royalti minyak mereka disebabkan mereka ditadbir oleh PAS. Hanya kerana ini, kedua-dua negeri tersebut kekal miskin dan kurang membangun.

Kelantan sudahpun menjadi kubu kuat PAS sejak 2 dekad lalu manakala Terengganu juga pernah diterajui PAS dari tahun 1999 hingga 2004. Kemarahan ini dijangka akan membuatkan Terengganu jatuh semula ke tangan Pakatan pada PRU 13 nanti.

Persaingan pada pilihanraya umum yang akan datang dijangka sengit dan Umno Kelantan juga berpeluang untuk mengukir kemenangan di Kelantan akan tetapi, terdapat perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu di negeri itu termasuklah isu royalti minyak dan beberapa lagi isu peringkat kebangsaaan yang lain,” tegas Ku Li.

Malaysia Chronicle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist