Monday, 2 April 2012

PANAS! : KISAH ADUN BN YANG RAMAI 'GUNDIK'

ADUN KASANOVA KESAYANGAN SOFEA


BERUNTUNG....Rumah Sofea di Ujana King Fisher yang dibelikan Datuk S. Nombor rumah terpaksa dipadam untuk mengelakkan sabotaj.

Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

SELEPAS episod pengenalan tersiar, Paparazzi menerima banyak teguran dan juga ancaman yang dihantar melalui email rasmi sabahkini.net iaitu sabahkini.net@gmail.com; membuatkan Paparazzi bingung dan agak gementar; tetapi terus menggali lebih mendalam lagi rahsia Sofea (Bukan Nama Sebenar) iaitu Isteri 'Angkat' @ 'Gundik' Datuk S.

Ramai mencabar Paparazzi agar mendedahkan nama ADUN Kasanova terbabit, tetapi Paparazzi merasakan belum tiba masanya kerana masih banyak lagi maklumat yang ingin disampaikan mengenai Datuk S dan semua isteri serta 'Gundik-Gundiknya'.

Sikap hidung belang Datuk S memang sudah diketahui umum, terutama setelah dilantik sebagai Pengerusi Badan Berkanun Kerajaan Negeri kerana disediakan bilik penginapan sehingga terbabit dengan Skandal Seks bersama seorang Pegawai bersuami di Hyyatt bernama Shania (Bukan Nama Sebenar).

Paparazzi diberitahu oleh rakan Shania, punca perpisahan mereka kerana suami Shania dapat menghidu kejalangan isterinya bersama Datuk S sehingga menyebabkan Shania terpaksa meletakkan jawatan dan memutuskan hubungan dengan Datuk S.

Datuk S menjalin cinta mi segera dengan berpuluh wanita terutama 'Pekerja Seks' atau 'Cinta Semalam' ke Istana Hinggap dan dalam masa yang sama meneruskan hubungan dan mengusung Sofea ke sana sehingga menjadi isteri 'angkatnya'.

Sofea agak bertuah daripada 'spare tyre' Datuk S yang lain kerana beliau dibelikan kereta, rumah dan salon untuk meneruskan kehidupannya di 'Sabah' kerana Paparazzi mendapat tahu bahawa Sofea ialah Warganegara Filipina yang mendapat IC Projek atas bantuan Datuk S.

Paparazzi hairan daripada mana Sofea memperolehi wang tunai RM50,000 untuk membayar deposit rumah yang dibeli Datuk S atas namanya (Sofea) bernilai RM300,000 di Ujana King Fisher melalui pinjaman di Maybank; tidak termasuk RM100,000 sebagai modal salonnya di Tingkat 2, Centre Point, Kota Kinabalu.

HEBAT....Salon Sofea di Tingkat 2, Centre Point. Nama salon terpaksa disamarkan untuk mengelakkan sabotaj.

Jika dibandingkan dengan pendapatan bulanannya sebagai ADUN dan Pengerusi Badan Berkanun, tidak mungkin Datuk S mampu membeli Toyota Rush SAB 5** berwarna silver, rumah dan salon untuk Sofea?

Siapakah Sofea sebenarnya? Kenapa begitu istimewa berbanding Datin J dan Datin N? Benarkah Sofea anak saudara kepada Pembesar Negeri yang sukakan warna Diraja? Ikuti kisah selanjutnya dalam Episod 'Gundikku PATI'.



-sabahkini.net

4 comments:

  1. dah tua nak mampos tu... yg kelakarnya persoalan wa ialah boleh bangun lagi ke bende dotdot dia tu.atau main cuit-cuit aja... kahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lohh ni macam-macam ubat ada kat pasaran..kalu nak lama guna gambir sarawak je...kahkahkah

      Delete
  2. Minum kopi pacak kot

    ReplyDelete
  3. http://signup.wazzub.info/?lrRef=b8710

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)