Rempuh Khemah Mahasiswa di Pagi hari , Cerita Dari Saksi
Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis pagi ini menahan dua orang lelaki yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka.
Dianggarkan
40 pegawai DBKL dan polis itu mengepung tapak perkhemahan berkenaan dan
merampas khemah tersebut pada kira-kira jam 8 pagi ini, menurut seorang saksi, Wong Tay Sy, 27.
Wanita
muda itu berkata, pasukan berkenaan menunggu sehingga peserta
perkhemahan tersebut bangkit tidur dan merampas serta memunggah sebanyak
61 daripada 61 khemah itu ke dalam trak DBKL.
Wong
yang berkhemah di lokasi tersebut sejak Jumaat lalu berkata, dua orang
berkenaan – aktivis Fahmi Reza dan siswa bernama Umar Mohd Azmi – ditahan dan dibawa ke sebuah kenderaan tidak bertanda.
"Fahmi terus bertanya sekiranya beliau ditahan namun mereka tidak menjawab. Sekarang beliau berada di balai polis Dang Wangi," katanya lagi.
Kumpulan
siswa berkenaan berkhemah di Dataran Merdeka sejak lebih seminggu lalu
dengan mesej tuntutan untuk menghapus pinjaman melalui Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional dan juga tuntutan untuk pendidikan tinggi
percuma.
Kumpulan
yang berkhemah bersama aktivis Occupy Dataran memberi ruang kepada
konsert diraja untuk diadakan di Dataran namun kembali berkhemah selepas
konsert itu berakhir malam tadi.
Ketika dihubungi, Fahmi berkata beliau ditahan oleh anggota polis ketika pegawai DBKL sedang menurunkan khemah yang didirikan mereka.
Katanya, polis berkenaan mahu bercakap dengannya namun Fahmi berkata beliau ingin berbincang dengan rakannya terlebih dahulu.
Fahmi
berkata beliau ditahan polis selepas ditanya sekiranya benar beliau
ditahan, manakala seorang lagi ditahan apabila mendekati polis dan
bertanya sebab penahanan Fahmi./tukanglawan