Saya akan hapuskan semua bangunan tinggi.
Saya ganti dengan rumah buloh kampung beratap rumbia. Saya akan susun 28 juta penduduk untuk memenuhi tanah-tanah di Malaysia, supaya tidak hanya tertumpu di bandar-bandar besar. Semua orang akan memiliki tanah, kawasan untuk bercucuk tanam, menternak dan perigi. Tak perlu bayar bil dan pergi GIANT atau pun TESCO hujung minggu. Takkan ada pengangguran lagi.
Saya akan hukum buang negara pada semua pencemar sungai, tasik dan laut.
Saya mahu rakyat Malaysia memancing ikan sendiri dan minum air sungai.
Saya juga akan hukum buang negara pada semua perasuah dan pemakan rasuah.
Saya mahu rakyat Malaysia yang ada jatidiri dan maruah yang tinggi.
Saya akan haramkan kenderaan berenjin
Saya ganti dengan kuda dan lembu. Semua pelumba kereta boleh berambus ke negara lain. Mahathir boleh pergi bunuh diri dengan CEO Proton. Segala Mat Rempit dan Mat Evo boleh tukar jadi Mat Kuda. Badan lebih mantap kerana naik kuda, badan penunggangnya pun turut diaktifkan secara keseluruhannya. Tak payah pergi gym, tak payah protes mengenai kenaikan harga minyak.
Saya akan haramkan wang kertas
Saya ganti dengan wang dinar dan dirham. Tak perlu lagi anak-anak muda merantau cari matawang besar. Kerana apabila kita guna dinar dan dirham maknanya kita guna emas dan perak yang lebih kuat dari pound sterling. Jadi kita dapat hapuskan masalah brain drain dan manipulasi matawang.
Saya akan haramkan penggunaan Bahasa Inggeris
Saya akan letakkan kelas-kelas Bahasa Melayu berkembar dengan pondok kastam. Selagi tak boleh cakap Bahasa Melayu, selagi itu tak boleh masuk Malaysia.
Saya akan tutup semua pusat judi
Saya ganti dengan sawah padi dan ladang lembu. Nak kaya, tanamlah padi dan belalah lembu. Kalau lapar makanlah nasi.
Saya akan tutup semua pusat pelacuran
Saya ganti dengan akta mengharamkan hantaran kahwin dan mempermudahkan lelaki Malaysia untuk kahwin empat. Bantuan seperti bekalan beras dan daging lembu akan diberi kepada suami yang beristeri empat. Untuk pendatang asing, mereka yang mahu bekerja di Malaysia perlulah berkahwin di negara sendiri dahulu sebelum masuk Malaysia.
Saya lucutkan jawatan para pemimpin yang beristeri satu
Saya wajibkan ke atas semua para pemimpin untuk kahwin 4. Usaha ini dapat membendung masalah moral di kalangan pemimpin. Tanpa pemimpin yang bermoral, rakyat juga tidak akan ada moral.
Saya akan tutup semua kolej dan universiti swasta
Saya ganti dengan kolej dan universiti kerajaan yang percuma tanpa perlu bayar satu sen pun. Tempat letak kuda dan makanan kuda juga percuma untuk semua pelajar. Para pensyarah dari kolej dan universiti yang ditutup akan dipertimbang untuk dimasukkan ke dalam kolej dan universiti kerajaan. Makanan dan tempat tinggal percuma untuk pensyarah dan pelajar.
Dengan memberi pendidikan percuma, pelajar juga diwajibkan untuk belajar hingga faham dan mahir, bukan belajar untuk dapat Gred A, B, C, D dan lain-lain. Sekiranya orang itu belajar dan dapat Gred C, maknanya tak semua yang dia belajar, dia faham dan mahir. Jika tak faham dan tak mahir, boleh ulang lagi pengajian sehingga akhir hayat. Di sini kita dapat buang budaya malu dalam menuntut ilmu dan budaya menyimpan graduan pura-pura faham dan pura-pura mahir.
Dengan memberi pendidikan percuma, pelajar juga diwajibkan untuk belajar hingga faham dan mahir, bukan belajar untuk dapat Gred A, B, C, D dan lain-lain. Sekiranya orang itu belajar dan dapat Gred C, maknanya tak semua yang dia belajar, dia faham dan mahir. Jika tak faham dan tak mahir, boleh ulang lagi pengajian sehingga akhir hayat. Di sini kita dapat buang budaya malu dalam menuntut ilmu dan budaya menyimpan graduan pura-pura faham dan pura-pura mahir.
Saya akan rampas semua harta dan kekayaan CEO, kroni dan menteri
Saya berikan pada fakir miskin untuk buka sawah padi dan ladang lembu. Jika ada lebihan ia akan diedarkan bagi sesiapa yang memerlukan.
Saya akan tutup semua padang golf di Malaysia
Saya ganti dengan sawah padi dan ladang lembu. Ini selaras dengan hasrat saya untuk mewujudkan sumber makanan berlebihan dan sekali gus menjadikan Malaysia miskin sifar.
Dengan ini percayalah, jika saya jadi PM, anda akan dapat memantat dengan sah di sisi Islam pada usia yang muda belia, anda akan memiliki sawah padi dan lembu serta kuda di tepi rumah anda dan anda boleh minum air sungai.
Apa lagi yang anda mahukan?/hanief
P/S- Tertarik bila baca artikel dari member nih, sebahagian besarnya masuk jugak kat kepala hotak aku.. Bayangkan hidup yang lebih mudah, aman, tenteram, damai... Korang pulak bagaimana?
Teringin nak tunggang kuda...kih kih kih!