.

Friday 27 April 2012

Ini yang membuatkan Najib tak berani bubar Parlimen dalam masa terdekat.


Ramai Melawat Dataran Merdeka Sejak Petang Tadi

Oleh: Mohd Sayuti Omar

Sedikit maklumat mengenai himpunan Bersih esok. Dataran Merdeka yang sekarang ini dilingkungi dengan kawat duri dari semua penjuru menjadi tumpuan orang ramai sejak awal malam tadi. Mereka masing-masing datang untuk meninjau suasana di dataran berkenaan.

Para peserta himpunan dari seluruh negara kebanyakan sudah sampai di ibu kota Kuala Lumpur. Sekumpulan anak muda dari Terengganu memberi tahu perjalanan mereka dari Kuala Terengganu ke Kuala lumpur lancar. tidak ada sekatan jalan raya di sepanjang perjalanan.

Pada masa ini ceramah Bersih sedang berlangsung di Taman Melawar, Gombak. Khabarnya lebih 3,000 sedang mendengar suntikan semangat diberikan beberapa pemimpin.

Sehingga catatan ini ditulis tidak ada apa-apa tangkapan dilakukan oleh polis. Bersih kali ini berbeza dengan Bersih 2.0 yang belum apa-apa sudah memakan beberapa mangsa yang ditangkap kerana menjual barangan dan peralatan himpunan.

T shirt Bersih 3.0 dijual di mana-mana dan mendapat sambutan hangat. Seorang penjual memberi tahu setakat ini dia sudah menjual lebih 10,000 helai t shirat sejak beberapa hari lalu dan me ningkat mendadak dua hari ke belakangan ini.

Sesetengah peniaga pula sudah kehabisan stok sejak semalam lagi. Tunggu laporan selanjutnya esok./MerahtintaMSO

2 comments:

  1. semoga semua selamat. saya khuatir sangat dengan keselamatan mereka. terutama pemimpin pembangkang.PRU dah dekat.

    ReplyDelete
  2. terkilan rasa dhati x dpt bsama2 rakan ke bersih kali ni..tapi doa ttp bersama mereka..smoga bjaya dlm prjuangan..

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist