Ramai Melawat Dataran Merdeka Sejak Petang Tadi
Oleh: Mohd Sayuti Omar
Sedikit maklumat mengenai himpunan Bersih esok. Dataran Merdeka
yang sekarang ini dilingkungi dengan kawat duri dari semua penjuru
menjadi tumpuan orang ramai sejak awal malam tadi. Mereka masing-masing
datang untuk meninjau suasana di dataran berkenaan.
Para peserta himpunan dari seluruh negara kebanyakan sudah sampai di ibu
kota Kuala Lumpur. Sekumpulan anak muda dari Terengganu memberi tahu
perjalanan mereka dari Kuala Terengganu ke Kuala lumpur lancar. tidak
ada sekatan jalan raya di sepanjang perjalanan.
Pada masa ini ceramah Bersih sedang berlangsung di Taman Melawar,
Gombak. Khabarnya lebih 3,000 sedang mendengar suntikan semangat
diberikan beberapa pemimpin.
Sehingga catatan ini ditulis tidak ada apa-apa tangkapan dilakukan oleh
polis. Bersih kali ini berbeza dengan Bersih 2.0 yang belum apa-apa
sudah memakan beberapa mangsa yang ditangkap kerana menjual barangan dan
peralatan himpunan.
T shirt Bersih 3.0 dijual di mana-mana dan mendapat sambutan hangat.
Seorang penjual memberi tahu setakat ini dia sudah menjual lebih 10,000
helai t shirat sejak beberapa hari lalu dan me ningkat mendadak dua hari
ke belakangan ini.
Sesetengah peniaga pula sudah kehabisan stok sejak semalam lagi. Tunggu laporan selanjutnya esok./MerahtintaMSO
semoga semua selamat. saya khuatir sangat dengan keselamatan mereka. terutama pemimpin pembangkang.PRU dah dekat.
ReplyDeleteterkilan rasa dhati x dpt bsama2 rakan ke bersih kali ni..tapi doa ttp bersama mereka..smoga bjaya dlm prjuangan..
ReplyDelete