Bersih 3.0 akan dianjurkan bulan Mei setelah perubahan pengundian ditolak oleh Najib
Gerakan untuk pilihanraya bebas dan adil, Bersih dijangka menganjurkan rali Bersih 3.0 yang ketiga dalam bulan Mei, ekoran kegagalan Jawatankuasa Pilihan Parlimen untuk menyelesaikan keprihatinan rakyat dan juga keengganan nya untuk mengamalkan praktik terbaik dan cadangan perubahan.
“Besar kemungkinan dalam bulan Mei,” satu sumber memberitahu Malaysia Chronicle.
Sehari yang lepas, Naib Presiden PKR Azmin Ali mengecam PSC sebagai gagal, dan mengusulkan satu notis kepada Speaker Parlimen untuk pindaan dibuat kepada lapuran akhir PSC.
“Ini supaya Spekar boleh ambil perhatian kepada niat kita untuk meminda usul yang akan di bentangkan berkenaan lapuran PSC, dan melampirkan lapuran kecil kepadanya,” kata Azmin.
Watershed
On July 9, 2011, Bersih 2.0 had held a landmark Walk for Democracy, triumphing despite a slew of obstacles and unprecedented police crackdowns ordered by Prime Minister Najib Razak.
Pada 9 Julai 2011, Bersih berjaya menganjurkan kan satu rali Walk for Democracy, walau menghadapi berbagai halangan dan sekatan dari polis atas arahan PM Najib Razak.
Kerajaan Umno BN begitu takut untuk membersihkan proses pilihanraya,
yang termasukla Suruhanjaya Pilihanraya yang berat sebelah, pengundi hantu, penipuan meluas dan senarai pengundi meragukan yangmana Najib sendiri enggan membenarkan ia di audit secara bebas, hingga PM mengharamkan pemakaian t shir kuning Bersih.
Najib menghukum 6 orang ahli Parti Socialis Malaysia termasuk M Sungai Siput Michael Jeyaraj kerana kononnya berfahaman komunis dan berpakat dengan kuasa luar untuk menjatuhkan kerajaan BN.
Walau banyak sekatang di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, semangat rakyat Malaysia membara , mengatasi rasa takut kepada kerajaan. Lebih 50,000 rakyat mengejutkan dunia dengan semangat cekal. Gambar penunjuk perasaan duduk tdi tengah jalan
berdepan dengan pihak polis bersenjata, enggan berganjak, walau di sembur air asid, menjadi tajuk muka depan akhbar-akhbar seluruh dunia.
Pemerintahan Najib di kecam kerana tidak hiraukan rakyat, mendapat kritikan dari badan NGO antarabangsa, suruhanjaya hak asasi
UN dan Jabatan Negara US. Malah, Ratu England menunjukkan sokongan kepada penunjuk perasaan Bersih dengan memakai pakaina warna kuning ketika menerima Najib dalam satu lawatan rasmi sebaik sahaja selepas protes tersebut.
Bersih 2.0 juga merupakan titik tolak kepada rakyat Malaysia luar negara, yang mengadakan rali kecil-kecilan di merata negara tempat mereka tinggal. Bagaimana kan nanti Bersih 3.0 masih jadi tanda tanya, tapi tidak mungkin Najib berani buat kesilapan
bodoh yang sama sekali lagi.
Satu kejutan
Bagi rakyat Malaysia, Bersih 2.0 sama seperti pilihanraya umum 8 Mac 2008,satu kejutan besar. Sesuatu dalam jiwa masyarakat kita bergolak. Bosan dengan 55 tahun pemerintahan BN, satu –satunya kerajaan yang mereka tahu sejak merdeka dari penjajah Britis, rakyat inginkan perubahan.Mereka mahukan pembaharuan.
Apapun berlaku dalam pilihanraya umum ke 23, yang dijangka tahun ini, rakyat akan terus menyatakan hasrat mereka untuk perubahan dan pembaharuan di peti undi.
PRU 13, dimana Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim mempunyai lebih peluang untuk menang, jadi dijangka menjadi
pilihanraya yang paling kotor dan hangat dipertandingkan.
Pemerhati berkata tepant sekali kenapa Bersih 3.0 perlu dianjurkan demi untuk menyedarkan rakyat bahawa penipuan berleluasa oleh kerajaan sekarang akan menghalan niat rakyat dari di catit dengan tepat dan ditunaikan.
Malaysia Chronicle
Tak guna berarak.tak ada respon.berkumpul di stadium,buat solat hajat ramai ramai.penganut agama bukan islam berdoa ikut agama masing masing.semua berdoa supaya yg menipu,cuba menipu dlm pilihanraya diberi petunjuk samada cara baik mahupun cara buruk
ReplyDelete