.

Monday, 12 March 2012

Warga Emas Tak Dapat Tidur Sejak 39 Tahun Lalu


Setiap individu dewasa yang normal memerlukan tidur sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari bagi memastikan tubuh dan organ-organ badan mendapat rehat yang mencukupi bagi meneruskan kehidupan pada hari seterusnya.

Namun, amat mengejutkan dunia apabila seorang warga emas di Vietnam dilaporkan tidak tidur sejak tahun 1973, bersamaan dengan 39 tahun sehingga kini!

Warga emas itu yang dikenali sebagai Thai Ngoc atau Hai Ngoc, 70, sudah puas mencari jalan untuk tidur sejak 39 tahun dahulu dan usaha tersebut masih gagal dilakukan meskipun seminit sehingga menyebabkan dia khuatir dengan dirinya.

Lebih mengejutkan, lelaki tua itu jarang-jarang sakit dan hidup dalam keadaan normal sebagaimana individu yang lain.

“Sebelum tahun 1975, saya menyedari bahawa saya tidak tidur dan tidak pernah terlintas dalam fikiran saya jika keadaan ini dapat mempengaruhi kesihatan saya.

“Bagi saya, tidur atau tidak sama saja, dan saya dakan bekerja pada siang atau malam hari,” katanya yang dipetik dari media Vietnam, vietnamnet.vn, baru-baru ini.

Ngoc menjelaskan bahawa dia menghabiskan masa dengan menjaga kebun miliknya di waktu malam dan di dalam jangka masa tiga bulan dia mampu mengorek serta membesarkan dua kolam ikan yang terletak di kebunnya itu.

Walaupun pernah ditawarkan untuk menjalani rawatan di luar negara, Ngoc yang memiliki enam orang anak itu menolak tawaran tersebut dengan memberi alasan dia tidak pernah meninggalkan kampungnya selama 60 tahun serta mahu terus berada disitu.

Ngoc juga mengaku takut untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan kepadanya itu.

Menceritakan pengalamannya yang tidak dapat tidur itu, Ngoc memberitahu pada tahun 2006 ketika berusia 64 tahun, dia sering berulang-alik sejauh empat kilometer sambil memikul guni baja seberat 50 kilogram setiap hari!

Isteri Ngoc, Nguyen Thi Bay turut berkongsi pengalaman tentang ‘kehebatan’ suaminya dan menyatakan bahawa minuman beralkohol pun tidak mampu membantu suaminya itu untuk tidur.

“Suami saya dulu boleh tidur dengan baik, tetapi sekarang bahkan minuman keras pun tak boleh membuatnya tertidur,” jelas wanita itu.

Menariknya, memandangkan lelaki dari Que Trung Commune, Quang Nam, itu tidak tidur, orang-orang kampungnya mengakui jasa Ngoc yang sering meluangkan waktunya untuk melakukan kerja-kerja yang membawa manfaat kepada keluarga dan masyarakat kampung mereka. – Mynewshub.my

1 comment:

  1. Saya ada testimoni seorang yang tidak boleh tidur lebih dua tahun. Perempuan umur 60an. Tetapi setelah berterapi selama 8x iaitu 1jam sehari, dia pulih sepenuhnya. Saya rasa ini adalah berkait dengan saraf.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist