.

Thursday 8 March 2012

Ramai ketua cawangan UMNO adalah PATI ? : Ikuti pendedahan ini


SEDUTAN IC PALSU; SEKILAS PANDANG IKAN DI AIR



Oleh : MUTALIB M.D

SEKILAS pandang ikan di air, sudah ditahu jantan betina. Sekelibat wajah terlintas lalu, sudah dikenal pendatang atau anak jati Sabah, Negeri yang sudah dilintas bayu, taufan Greg.

Bak kata Abraham Lincoln, "Anda kadang-kadang boleh memperbodohkan sebahagian daripada rakyat pada sesuatu masa, tetapi tidak semua rakyat sepanjang masa."

Lazimnya para pendatang asing Filipina senang dikenali daripada raut wajah mereka yang kelihatan garang, berkulit agak gelap kerana dibakar matahari dan rambut berkumal. Pandangan mata mereka agak tajam tetapi sedikit meliar. Jarang yang berhidung mancung melainkan yang berdarah kacukan.

Bibir yang agak tebal sering 'menggonggong' rokok berjenama Champion. Gaya percakapan mereka senang ditebak kerana lidah mereka kelat dengan lingua-franca Tagalog dan Tao-sug. Mereka akan terlanjur menyebut 'anu kwan' atau 'sap' sebagai penambah kata setiap kali mereka bercakap bahasa Melayu.

Ramai di antara mereka fasih berbahasa Inggeris tetapi dialek Amerika. Saya pernah bertanya kepada seorang Filipina dan saya petik perbualan berikut;

Mr. Mutalib: Where are you from and how you come to Sabah?

Terjemahan:Dari mana anda datang dan bagaimana ke Sabah?

Mr. Filipina: I am Filipino. I came to Sabah troh (through) bak (back) dorrr (door) via Sibutu and Sampolna (Semporna).

Terjemahan: Saya orang Filipina. Saya datang ke Sabah melalui 'pintu belakang' (jalan samping) dan menyusup masuk dari Sibutu (Filipina) dan Semporna.

Mr. Mutalib: Can you speak Malay?

Terjemahan: Bolehkah anda berbahasa Melayu?

Mr.Filipina: Just verrry little.

Terjemahan: Hanya sedikit sahaja.

Mr.Mutalib: Can you say a few words of Malay language?

Terjemahan: Bolehkah anda bercakap sesuatu dalam bahasa Melayu?

Mr. Filipina: Boleh. Anu kwan...saya mahu sari (cari) apuk (nenek) saya. Dia sap... anu..magbutang (tinggal) Laad Datuk (Lahad Datu)."

Kaum lelaki Filipina terutama suku Suluk dan Visaya terkenal dengan sikap bengis dan suka menimbulkan huru-hara sekiranya hasrat mereka tidak tercapai dan terlatih sebagai pembunuh atau kaki pukul. Lelaki Visaya suka minuman keras dan pakar judi laga ayam.

Sementara itu para pendatang Indonesia terutama bangsa Timor paling mudah dikenali kerana berambut keriting, berkulit gelap, berhidung kemek dan paling mesra apabila dipanggil 'om'.

Kebanyakan mereka bertanam sayur dan menjadi pekerja ladang yang rajin bekerja, tetapi mempunyai kebolehan mistik dan masih menjadi misteri. Ramai anak isteri rakyat tempatan 'jatuh cinta' dan bersuamikan lelaki Timor walau pun tidak ada sebarang keistimewaan.

Tambahan pula kedajalan mereka semakin membahang 'memukau' gadis dan wanita tempatan dan sering menggemari isteri orang. Jika di negara asal mereka, lelaki yang ingin berkahwin perlu menyediakan 'gading gajah', tetapi di Sabah kadang-kala mereka boleh bernikah 'Free' atau kahwin 'CCM' (istilah untuk bayaran ansuran).

Bangsa Bugis yang suatu ketika dahulu sebagai bangsa yang kuat bekerja amat senang dikenali melalui perwatakan mereka yang bermata kuyu, bibir mengepit rokok Gudang Garam Surya atau Banteol dan kebanyakannya bergigi 'mancung', kini menjadi manusia yang malas dan hanya menghuni kedai snooker dan 'guru nombor ekor', terutama setelah mendapat pas atau kad pengenalan melalui 'jalan samping'.

Ramai lelaki Bugis kini menjadi 'kutu lepak' dan hanya memakan usaha anak isteri yang menjadi penjual sayur atau pekerja rumah tangga. Budaya Siri mula kendur dan ajaran Islam yang menganjur amal makruf nahi munkar sudah 'disepak' ke tepi. Budaya sabung ayam dan judi turut menjadi darah daging mereka walaupun telah menunaikan haji atau berketayap putih.

Kaum wanita berketurunan yang Tator (To-Raja) dan Jawa sering menghuni rumah tumpangan dan hotel. Mereka menjalankan perniagaan menjual 'daging mentah' (pelacuran) dan aktiviti maksiat yang lain.

Sementara itu, bangsa India mudah dikenali terutama mereka yang datang daripada Kalinga dan Tamil Nadu. Kulit hitam pekat dan gigi menyeringai putih yang diiringi gelengan kepala mengikut lontaran lidah mengucap kata, menjadi pekerja kedai makan atau restoran dan kedai runcit. Mereka yang baru datang tidak pandai menebar roti canai kerana makanan tersebut bukan berasal daripada India. Mereka hanya pandai membuat Itli, Tosai, Capati, Nan, Vadai dan Nasi Briyani.

Bangsa Pakistan yang mempunyai hidung mancung dan 'boleh menjadi penyangkut baju', merupakan pendatang yang agak ramai selepas bangsa Indonesia dan Filipina.

Mereka datang menggunakan pas lawatan sosial dan seterusnya mendapatkan kad pengenalan di pasaran gelap dan terus bermastautin di sini, terutama setelah mendapat sumandak atau indak tempatan.

Penghijrahan paling ramai bangsa ini ke Sabah di era pemerintahan Berjaya dan di zaman UMNO ramai mereka terpaksa pulang meninggalkan anak isteri tempatan untuk berjumpa anak isteri mereka di Pakistan.

Mereka menjadi penjual kain, barang perhiasan, batu permata dan 'Taukeh Pakistan' yang terkenal. Ramai di antara mereka yang menjadi ceti haram dan menindas rakyat tempatan melalui kadar bunga yang berlipat ganda daripada kadar pinjaman asas BLR (Base Lending Rate) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Para peniaga kecil bumiputera terpaksa bergantung hidup kepada mereka dan ada yang terpaksa menyerahkan 'kehormatan' untuk menebus hutang dan bunga yang tidak dapat dilangsaikan.

Warganegara Malaysia yang 'lembap' dan menganut sindrom 'tidak apa' tersepit di antara rasa kecewa dan hampa dengan kebanjiran para pendatang asing di negara ini terutama sekali di Sabah, sehingga mereka tertinggal dalam serba serbi oleh pendatang asing ini.

Lebih mengecewakan lagi, apabila rakyat tempatan terpaksa berkongsi hak dan kebebasan dengan para pendatang asing, ada di antaranya yang dijamin permit kerja dan pasport oleh mereka suatu ketika dahulu.

Ada di antara mereka menukar nama dan ada yang mengekalkan nama mereka. Saya terpanggil untuk memetik beberapa nama yang suatu masa dahulu pernah memegang pasport Indonesia dan Filipina dan mempunyai nama yang berunsur Inggeris. Nama baru dalam kurungan; Gabriel (Sharif Mhaulaha); Abd. Wahid Hj. Achmad Saloko (Abd. Wahid Ahmad); Mulpi (Halil); Kipli (Zulkipli); Jakpalan (Murusalim); Kisun (Abd Razak); Lopez (Ahmad); Lakudu (Junaidi); Lamajid (Majid); Salih (Merdeka) dan William (Mohd. Rashid).

Saya telah menjalankan gerakerja mengesan para pendatang asing yang berselindung dan bertapa di dalam UMNO berdasarkan ciri-ciri kad pengenalan yang mereka miliki.

Beberapa personel Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Sabah turut menghulurkan bantuan untuk 'memburu' mereka, terutama yang bernaung di dalam 'Hutan Simpan UMNO Silam' yang sukar dicerobohi oleh pihak berkuasa.

Walaupun pada dasarnya mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, namun mereka 'diberi' peluang memiliki kad pengenalan dengan mengemukakan surat akuan sebagaimana yang tercatat di dalam kad pengenalan mereka.

Kebanyakan mereka berasal daripada Filipina dan Indonesia. Mereka mempunyai rekod yang sah di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bagaimanapun semakan hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat Pendaftaran Negara di Petaling Jaya, Selangor kerana JPN Kota Kinabalu tidak menyimpan rekod mereka melainkan yang telah memiliki Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT).


Pendedahan lanjut baca sini


1 comment:

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist