Mutakhir ini isu Salman Rushdie menjadi pilihan media UMNO dalam cubaan mereka untuk terus menyerang karektor peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim. Kehadiran Dato Seri Anwar Ibrahim diatas jemputan penganjur India Today Conclave 2012 pada 16 March, 2012 telah dimanipulasi ekoran kehadiran sama Salman Rushdie.
Ingin diperjelaskan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim mempunyai slot yang berbeza dengan Salman dan beliau diundang untuk memberi ucapan sehari sebelum slot yang menampilkan Salman.
Dato Seri Anwar Ibrahim telah memboikot acara yang melibatkan Salman Rushdie pada keesokan harinya iaitu 17 March 2012 bagi tanda memprotes tulisan kontroversinya yang menghina peribadi Rasullullah SAW.
Berikut adalah Keratan Akhbar dari Asiaweek bertarikh 17 November 1993 yang menjelaskan pendirian Dato Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Salman Rushdie.
Soalan yang terkandung dalam petikan tersebut antaranya menyebut begini:
Should the Ayatollah Khomeinei’s death sentence on Salman Rushdie be lifted?
Jawapan Dato Seri Anwar Ibrahim:
I have read the Satanic Verses. I also read Midnight’s Children much earlier. I think he’s a profound writer. I disagree with him in The Satanic Verses, but you have to deal with this situation. First it is a literary piece. And second I think any ruling on any ill doing by any person must be determined by a court of law. I dont believe it’s legitimate for someone to make a pronouncement to condemn any person. If countries dispute the writings of Salman, it should be brought to trial. …