.

Saturday 31 March 2012

Pekeliling Baru Gaji SSM 2012 | KSN & KPPA Bakal Letak Jawatan?

Di bawah petikan yg dicopy dari nescafeais

Berikut secara mudah gambaran untuk pengkiraan gaji baru SSM :-

  • Gaji SSM 2012 baru anda pada bulan April = (Gaji pokok semasa x 13%) + gaji pokok sekarang
  • Tunggakkan 3 bulan gaji = Gaji pokok sekarang x 13% x 3 bulan (iaitu daripda bulan Januari – Mac)
  • KGT? Selagi pekeliling SSM baru belum dikeluarkan,yang nimkena tunggu pekeliling rasmi dulu.
  • Berkenaan COLA, AG sedang tunggu pekeliling SSM daripada JPA.

Berdasarkan maklumat yang diterima, gaji SSM 2012 baru pasti akan dibayar bermula bulan April ini berserta, berserta tunggakan 3 bulan seperti yang dijanjikan sebelum ini.

KSN & KPPA AKAN LETAK JAWATAN?

KSN KSU LETAK JAWATAN

  • Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan
  • Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah

Pertubuhan Perkasa antara yang lantang mendesak Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan juga Ketua Pengarah Perkhidmataan Awam (KPPA) letak jawatan. Dan sekarang sudah kedengaran cakap-cakap yang mengatakan kedudukan kedua-dua kepimpinan tertinggi di dalam perkhidmatan awam agak goyah.

Kedua-duanya dikaitkan dengan kontroversi dalam menggubal skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetuskan bantahan banyak pihak sehingga akhirnya dibatalkan. SBPA yang diperkenalkan 1 Januari lalu mengundang kritikan terutama daripada Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam di negara ini. Abu Bakar ketika pula tidak menafi atau mengesahkan spekulasi kedudukan perkhidmatan beliau.

Jika benar perlukah KSN & KPPA Letak Jawatan?Apa pandangan korang?




Akhirnya pekeliling gaji baru ssm 2012 telahpun keluar dan boleh di download. Okey cerita banyak tak guna..korang klik pautan dibawah untuk download pekeliling gaji baru ssm 2012.

  1. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 – Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2012 – Kenaikan Gaji Bagi Perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2012 - Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup

Untuk Pengiraan Pemindahan Gaji dari gaji lama SSM ke Gaji Baru SSM klik pautan dibawah:-

PENGIRAAN PEMINDAHAN GAJI BARU SSM 2012

cuma masukkan gred perkhidmatan korang, masukkan gaji lama korang dan klik KIRA


-sumber

1 comment:

  1. Assalamualaikum kepada semua warga penjawat awam.

    Kegagalan SBPA adalah menjadi tanggong jawab Tan Sri KPPA kerana taklimat pada 27 Disember 2011 kepada ahli-ahli kongres CUEPACS pernah dicadangkan oleh salah seorang ahli kongres supaya dalam tempoh 3 bulan dari tarikh taklimat, CUEPACS akan mengemukakan cadangan balas terhadap beberapa perkara yang menjadi permasalahan kepada anggota sektor awam dalam SBPA. Cadangan balas ini adalah merupakan titik permulaan perundingan antara JPA dan CUEPACS terhadap SBPA. Sehubungan itu ahli kongres yang mencadangkan perkara ini menyarankan agar opsyen SBPA ini dilanjutkan sehingga kedua-dua belah pihak bersetuju. Tapi dengan angkuh Tan Sri KPPA dan Pengarah2 JPA yang lain telah keluar meninggalkan dewan taklimat kerana beranggapan bahawa cadangan tersebut seolah2 menolak SBPA.
    Salepas insiden itu, Presiden CUEPACS dan pegawai-pegawai CUEPACS yang lain serta ahli-ahli kongres yang tidak faham dengan perjuangan kesatuan sekerja menuding jari kepada ahli kongres yang membuat cadangan tersebut sebagai melakukan kesilapan sehingga menyebabkan Tan Sri KPPA dan Pengarah2 JPA yang lain meninggalkan dewan. Presiden CUEPACS, pegawai-pegawai dan ahli kongres CUEPACS yang berkenaan seharusnya mengakui kesilapan dan melatakan jawatan yang disandang dalam CUEPACS oleh kerana kegagalan kerajaan mengadakan SEMAKAN GAJI BAGI ANGGOTA SEKTOR AWAM.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist