Kalau kata duit haram, nak beli rasuah politik, janganlah terima daripada kerajaan. Muka tak malu, muka tebal. Ini yang kita kata ‘auta belit’ katanya pada Majlis Jamuan Makan Tegah hari Perdana 1Malaysia.( Petikan dari Sinar Harian Edisi Kelantan Ahad 25 Mac 2012)
Ucapan PM Najib dalam majlis tersebut yang pasti nya ditujukan kepada penyokong Pakatan Rakyat yang juga merupakan rakyat Malaysia yang sama- sama menyumbangkan kearah pembangunan Negara melalui pelbagai carayang termampu masing-masing. Misalnya seorang pembeli waima membeli sekecil- kecil barang tidak terkecuali dari sumbangan beliau kearah memenuhi karung perbendaharan Negara yang sudah tentu diurus oleh kerajaan yang telah mendapat mandat dalam pilihan raya yang lepas.
Ucapan itu tentunya tidak terkena kepada Pemimpin Pakatan Rakyat kerana sebagai syarat kelayakan untuk menerima BR1M ialah pendapatan isi rumah kurang dari RM3000.00. Yang memohon termasuklah penyokong Pakatan Rakyat yang berhak memohon selagi mana ianya datang dari karung perbendaharaan Negara. Jadi PM Najib sebagai Pempin Nombor Satu Negara tidak perlu mengungkit-ungkit soal itu.
Seperti kata Dr. Redhuan Tee parti politik bukan kerajaan, tetapi parti politik yang mendapat mandat rakyat dalam pilihan raya membentuk kerajaan untuk menguruskan hal-hal kerajaan. Maka parti PM Najib telah diberi mandat untuk mengurus hal-hal kerajaan sewajarnya mengurusnya dengan baik tanpa perlu merungut dan mengungkit-ungkit.
Pakatan Rakyat bukan kerajaan. Tentunya ia tidak boleh mengurus hal hal kerajaan. Namanya pun pembangkang. Semestinyalah setiap urusan kerajaan perlu melalui bangkangan. Melalui konsep bangkangan ini maka dapatlah sesuatu itu dibincang dan diperhalusi lagi. Yang tinggal selepas proses bangkangan ialah teras yang padu untuk disampaikan pada rakyat semua.
PM Najib perlu ‘cool’bak kata budak- budak sekarang. Tak usah lah beliau terus mengungkit ungkit pemberian tersebut sehingga terhambur keluar kata-kata tak tahu malu, auta belit dan sebagainya kerana kalau diperhatikan pada gambar yang tertera didalam Akhbar tersebut dikalangan hadirin kemajlis tersebut terdapat kanak- kanak, remaja-remaja dan belia-belia yang belum mencapai umur untuk mengundi. Kita tidak mahu mereka nanti mempunyai tanggapan yang negative terhadap ucapan tadi.
Sesungguhnya rakyat terutamanya dari kalangan berpendapatan rendah amat memerlukan bantuan sebagini. Bila mana bantuan ini diberi menjelang pilihan raya, walau pun tarikhnya belum ditentukan pastinya ia mengundang pelbagai persepsi diantaranya sebagai pemberian politik untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada parti yang diberi mandat menjalankan urusan- urusan kerajaan.
Persepsi begini tidak dapat dielakkan. Ia diperkuatkan lagi dengan menggunakan majlis-majlis penyampaian baucer bantuan BR!M yang dihadiri ribuan rakyat untuk menyampaikan ucapan- ucapan berbaur politik serta mengambil peluang ini untuk menghentam pihak- pihak tertentu disamping ia dijadikan sebagai flatform untuk mempopularkan diri bakal- bakal calon untuk bertanding di PRU13 nanti. Bak kata orang putih “ to take political mileage out of it”.
Begitulah rakyat melihat suasana majlis tersebut, dari poster- poster yang memaparkan wajah- wajah pemimpin dari peringkat perseketuan, negeri dan daerah, banner- banner dan bendera-bendera yang berlambangkan dacing menghiasi sepanjang jalan yang menuju ke tempat majlis tersebut diadakan.
Mungkin rakyat dapat menerima kehadiran menteri-menteri dalam majlis- majlis ini. Mereka menjalankan tugas sebagai penjawat awam, tetapi bagaimana pula yang datang itu hanyalah Ketua Bahagian yang telah kalah dan direjet oleh rakyat dalam PRU yang lepas. Inilah persepsi rakyat maka jangan disalahkan rakyat bila berpersepsi sedemikian.
Sesungguhnya Bantuan BR1M bukan bermusim. Bukan juga semasa sokongan Rakyat terhadap parti yang menjalankan urusan kerajaan merosot tetapi rakyat terutama dikalangan berpendapatan rendah memerlukannya setiap tahun kerana tekanan dari kos sara hidup yang meningkat dirasai sepanjang masa bukan hanya dikala hampir menjelangnya PRU 13 ini. Waima merosot atau padunya sokong rakyat BR1M tetap diperlukan!
Bak kata seorang makcik, memang patut pun kita menerima bantuan ini. Dah lamo doh kito doh beghi…..bayar cukai, bayar api, bayar air, dan macam-macam bayar lagi.
Mandat atau pun penyerahan tugas yang diberi rakyat untuk menjalankan urusan kerajaan adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Mandat ini bukan sesuatu yang eksklusif hanya perlu diberikan kepada parti yang menjalankan urusan kerajaan saja. Maka sebab itu tidak perlu lah diungkit- ungkit setiap tanggungjawap yang dilaksanakan kerana tanggungjawab itu adalah sesuatu yang mesti sebagai menunaikan mandat atau tugas yang diberi oleh rakyat. Sekian wallahu ‘alam.
Oleh Hutan Kweng