.

Friday 23 March 2012

Habislah UMNO!: Najib hilang kawalan ke atas Wanita: Kemarahan membara terhadap Shahrizat

Lebihkurang 2 minggu lepas,Najib memuji keputusan Shahrizad untuk meletak jawatan sebagai menteri kabinet tetapi mengekalkan jawatan ketua wanita,dengan mengatakan ianya langkah yang wajar. Beliau membeza kan kedau jawatan tersebut dan menyeru ahli Wanita terus menyokong Shahrizat.

“Berkenaan kes NFC, debat nya ialah jawatan beliau sebagai menteri dalam kabinet,” Bernama melaporkan Najib berkata demikian pada 11 Mac. “ Berikan beliau sokongan dan kerjasama kerana beliau (Shahrizat) telah memberi komitmen dengan memimpin Wanita Umno dan merubah pergerakan itu kepada sebuah jentera penting untuk pilihanraya umum.”

Kembali menyerang balas

Komen Najib mencetus korus segera dan maklumbalas dari pak turut, malahan dari timbalan Shahrizat sendiri,Kamilia Ibrahim, yang baru-baru mengecam beliau kerana mencemari Umno,terus menunggu giliran dalam barisan.Bagimanapun, ini berlaku sehari sebelum perjumpaan khas dimana Shahrizat dan Najib sepatutnya berucap kepada 7,000 perwakilan wanita. Kamilia kembali menyerang balas.

“Bila dana rakyat digunakan, ia membabitkan rakyat.Rakyat melihat nya sebagai isu nasional yang mencemar imej kerajaan.Rakyat mula mempersoalkan bagaiman NF Corp boleh memperolehi pinjaman sebesar itu dengan hanya 2% kadar faedah dan lima tahun tempoh sebelum membayar semula bila sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman,” The Star melaporkan Kamilia berkata demikian.

“Dan mereka mempersoalkan bagaimana NF Corp bolleh membeli kereta dan unit2 konda dengan pinjaman yang sepatutnya digunakan membeli lembu2. Kredibiliti kita dalam bahaya’”Saya telah turun ke akar umbi dan inilah yang diperkatakan oleh mereka. Mereka sukar berjumpa orang ramai bila imej pemimpin (Shahrizat) telah tercemar.Rakyat mempersendakan Wnaita dan memanggil kami lembu,” Wanita kar umbi berkata susah nak kerja.Dan pembangkang memberitahu kami supaya tidak buat apa apa mengenai nya kerana ia memudahkan kerja mereka (untuk pilihanraya akan datang).Sebagai pemimpin,kami mesti mendengar apa yang dikatakna akar umbi,”

Keluarga Shahrizat diberi projek pembiakan lembu NFC oleh kerajaan Umno BN pada tahun 2006. Suami nya didakwa kerana jenayah pecah amanan dan tuduhan beliau dan 3 anaknya menyalahgunakan kuasa dan melaburkan keluar wang dari RM250 juta pinjaman kerajaan kepada akaun peribadi dan mendapatkan pinjaman untuk memberli kondo mewah dan pajakan pasaraya.

Keengganan Najib mengambil tindakan segera memburukkan keadaan sementara pemimpin PKR seperti Rafizi Ramli dan Zuraida Kamaruddin terus mendedahkan dakwaan demi dakwaan terhadap keluarag Shahrizat,dengan Rafizi berkata maklumat yang diterimanya dari pemberi maklumat yang rasa malu dengan gaya hidup mewah keluarga Shahrizat bakal mengambil masa 2 tahun untuk didedahkan sepenuhnya.

Situasi semakin buruk bila didedahkan pengarah NFC telah membeli kondo mewah benilai RM 1.7 juta di Kazakhstan, menimbulkan spekulasi ia ialah hadiah perkahwinan anak perempuan, yang baru2 ini berkahwin dengan seorang ahli kelaurga berpengaruh dari Kazakhstan. Kaitan kepada Najib mengharuskan tindakan segera dan dalam beberapa hari saja, Salleh Ismail,suami Sharizat dan pengerusi NFC, akhirnya didakwa jenayah pecah amanah.

Najib kini hilang sokongan dari Wanita

Para pemerhati Umno menyatakan Najib kini bimbang tentang rasa tak pus hati yang bertambah dikalangan ahli Wanita dan akibat negatif terhadap beliau dan keluarga kerana hartanah di kazakhstan. Malahan beliau mungkin silap jangkaan kawalannya terhadap Wanita , yang di masa lepas adalah penyumbang utama kepada bank pengundi BN.

Akhbar kawalan kerajaan,The Star melaporkan beberapa ketua bahagian Umno sudah bosan dengan kes NFC dan mereka meminta ketua ketua Wanita tidak menghadiri perjumpaan Jumaat ini. Akibatnya, ibupejabat Wanita Umno mengarahkan semua bahagian menghantar sekurang kurangnya 40 wanita untuk meramaikan kehadiran.

Sekarang,Kamilia menggesa Sharizat supaya meletak jawatan bila jawatan dalam Kabinet nya tamat tempoh pada 8 April ini, daripada menunggu sehingga Umno mengadakan pemilihan dan pilihanraya umum pada tahun ini. Bagaimana pun beliau segera meyakinkan yang beliau akan patuh kepada keputusan Najib.

“Saya akan sokong PM> Beliau ialah presiden parti.Saya akan patuh kepada keputusan nya dan mainan peranan saya dan fokus pada pilihanraya umum,” kata Kamilia.

Bila tangan yang menghayun buain itu tiada kesedaran diri

Pemerhati Umno agak sinis dalam maklumbalas mereka, dan percaya bahawa satu drama lagi akan meletuskan bisul jika ianya meletus Jumaat ini dan memalukan najib. Ini lah sebab Kamilia mengecam Shahrizat-untuk memuaskan hati golongan yang marah dengan Shahrizat dan akan menenangkan mereka.

“Silapnya sendiri kerana merendah-rendah kan Wanita Umno.Shahrizat tidak akan letak jawatan.Perlantikan sebagai Senator akan tamat 8 April bersama dengann jawatan kabinetnya.Jadi jangan jadi bodoh dengan drama yang disokong oleh Najib dan selurun majlis tertinggi Umno untuk mengaburi mata akarumbi,” kata Timbalan Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

“Lebih baik bagi Umno dan rakyat Malaysia dikecualikan dari dimalukan jika Najib meminta Shharizat menyerahkan jawatan Kabinet nya sebaik saja PKR membuat laporan kepad SPRM dan menghantar bukti dokumen2 bersama dakwaan tersebut. Najib patut menyerahkan kepada Wanita untuk memutuskan sendiri apa yang patut dilakukan kepada Sharizat, daripada cuba memanipulasi mereka ke situasi politik terbaik untuk beliau dan Shahrizat.Sekarang rakyat berkata Wanita di kawal oleh lelaki dan tiada kesedaran dan suara sendiri.”

Malaysia Chronicle

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist