.

Wednesday 14 March 2012

Guru Sokong Pembangkang? HITAM!!!



Guru HITAM – Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH – Patuh Kepada Kerajaan?




Kalau sebelum ini, biasanya “orang hitam” sahaja yang sering diburu oleh pihak polis. Tetapi sekarang ini, “guru hitam” pula yang bakal diburu oleh orang-orang yang berkepentingan. Terbaru-baru guru-guru di sekolah cuba dinilai dan dan dikategorikan mengikut tahap-tahap yang telah ditetapkan, samada ada guru sokong kerajaan atau sokong pembangkang.

Guru Sokong Pembangkang Guru HITAM   Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH   Patuh Kepada Kerajaan?

Guru Sokong Kerajaan Guru HITAM   Sokong Pembangkang VS Guru PUTIH   Patuh Kepada Kerajaan?

Sumber : Ameno World

Di bawah ini adalah kenyataan empunya diri yang menurunkan tandangan selaku Pegawai Pelajaran daerah Tawau.

Darman Shah berkata arahan itu adalah inisiatif Pejabat Pendidikan Tawau dan tiada kaitan dengan Kementerian Pelajaran atau Jabatan Pelajaran Sabah dalam apa jua cara. “Ia adalah satu kesilapan dan surat itu tidak sepatutnya dihantar. Ia ditulis oleh kakitangan saya dan saya tidak semak betul-betul.

“Hasrat kami adalah semata-mata untuk menasihat guru-guru supaya memberi tumpuan kepada pengajaran dan tidak terlibat dalam politik,” katanya. (Sumber : Malaysiakini)

Katanya tak semak betul-betul? Erm…..tak tahulah kami nak cakap apa lagi. Seorang PPD boleh memberikan alasan sebegitu rupa. Semudah & “semurah” itu beliau menurunkan tandatangan? Bukankah lebih baik beliau menumpukan perhatian dan tumpuan terhadap bidang tugasnya seperti membuat semakan prestasi kerja “anak buahnya” ataupun mengkaji dan meneliti prestasi dan mutu pendidikan di Tawau contohnya, kenapa hal-hal politik pula yang diberikan keutamaan? Adakah surat seperti di atas ini termasuk dalam skop kerja Jabatan Pendidikan?

“Biarkan orang politik yang mengambil alih tugas tersebut”

P/S : Adakah surat-surat seperti ini ada juga diterima oleh guru-guru di sekolah lain di Malaysia?


-Berita Semasa

4 comments:

  1. Peliknya demokrasi di negara ini. Adalah lebih baik jadi negara kuku besi.

    ReplyDelete
  2. kantoi...kantoi..kah..kah..kah..ingat guru bodoh ke tak tau nilai mana baik mana buruk!!!

    ReplyDelete
  3. inilah kerja-kerja B angkrapkan N egara,B angkai N egara dan B angang N egara..minta mamak PM MOHON pd YG D AGONG mansuhkan demokrasi dan parlimen dijadikan para lembu-lembu ngok tidur dengan tenang hingga hari kiamat

    ReplyDelete
  4. kalau dah guru tu buat ajelah tugas guru. walau siapa memerintah nanti kau tetap guru. kalau nak jadi orang politik, berhenti jadi guru, masuk bertandinglah mana-mana parti yang kau suka. profesionallah sikit. jangan jadi tukang ampu.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist