.

Thursday, 15 March 2012

Arak turut dihidang dalam majlis tunang anak Najib?

Lima gelen air yang berasingan dari buffet untuk tetamu dalam majlis pertunangan anak Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan, kata Koordinator Jingga 13, Faris Musa.

Ini kerana katanya, kebiasaanya hidangan untuk buffet dipakejkan sekali dengan minuman.

"Persoalannya mengapa 5 gelen air itu diasingkan dari hidangan buffet untuk tetamu?

"Adakah air 5 gelen itu air arak yang dihidang untuk tetamu dalam majlis pertunangan anak Najib?" soalnya.

Berdasarkan pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli sebelum ini, majlis pertunangan itu menyatakan Najib membayar RM20,700 untuk hidangan buffet 100 tetamu.

Manakala lima gelen air itu diasingkan dengan harga keseluruhan RM750.

"Kita menuntut Najib tampil memberi penjelasan adakah benar arak turut dihidang dalam majlis pertunangan anak beliau," soalnya.

Sementara itu, dalam sidang medianya, Faris memberitahu Jingga 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat surat dari pengurusan Hotel Shangrila yang menyatakan bil untuk majlis pertunangan anaknya itu dicaj kepada Najib.

Segala dokumen itu turut diserahkan pihaknya kepada SPRM selain isu penggunaan wang rakyat melibatkan majlis hari lahir Najib pada 24 Julai tahun lalu.

"Jingga 13 mendesak SPRM menyiasat isu ini dengan telus, profesional dan adil bagi memastikan tiada satu sen pun wang rakyat diseleweng Najib dan keluarganya," tegasnya.

Pada 9 Mac lalu, Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli mendedahkan bahawa Najib didakwa mengguna dana rakyat M409,767 untuk menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya, di Seri Perdana 17 Jun tahun lalu.

Kos merangkumi tempahan majlis bankuet di Hotel Shangri La yang menyedia perkhidmatan katering dan dicaj kepada Pejabat Najib di Putrajaya.

Terbaru, beliau mendedahkan perbelanjaan mewah hari jadi Najib Razak pada 24 Julai 2011 berjumlah RM79,053.

Majlis itu menyajikan 47 juadah istimewa termasuk daging panggang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Berdasarkan ‘Banquet of Order’, majlis dibuat Pejabat Perdana Menteri, walaupun jelas ia majlis peribadi Najib, kata Rafizi yang mendedahkan perkara itu.

Purata perbelanjaan untuk 100 tetamu itu ialah RM207, RM7,000 bagi undangan kugiran Syed Sobri dan undangan kugiran ‘Batak’ (RM5,000) serta RM750 bagi 5 gelen minuman.

Manakala RM30,000 untuk gubahan bunga dan RM12,000 caj pengendalian cukai menjadikan jumlah keseluruhan RM79,053.


PANAS!! Bertunang, Kahwin Anak Pakai Duit Rakyat Malaysia!! - 18 Jun 2011

Anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

Bernama melaporkan, majlis pertunangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga, rakan-rakan selain orang kenamaan Malaysia dan luar negara.

Malah hanya media terpilih sahaja yang dibenarkan membuat liputan.

Antaranya, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah; Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.

Sebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Kazakh Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.

Di sebalik jawapan Wisma Putra, Dr Dzulkefly bertegas mempertahankan kenyataannya akan membawakan hal itu ke Parlimen.

Majlis tertutup malam semalam itu hanya dihadiri oleh jemputan khas terpilih sahaja termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi, menteri kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan pusat dan negeri.

Hadir sama ibu Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamad Noah.

Kenamaan asing yang turut dijemput termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.

Nooryana Najwa, 22 tahun merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat sementara Daniyar, 22 menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Dr Dzul sebelum ini turut membidas Najib dan keluarganya kerana semasa anak gadisnya itu menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika mereka sekeluarga dikatakan ke negara itu juga dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.

Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri mengendalikan urusan peribadinya seperti merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam./jalan pulang

4 comments:

  1. Anda buat blog ni. Anda la tangung segalanya.amin.

    ReplyDelete
  2. Discover More Here look at this website his explanation more tips here Visit Website his explanation

    ReplyDelete
  3. see it here z0e06x0j08 louis vuitton replica handbags replica bags karachi a1v12j5d13 more tips here m6o02g2m62 Ysl replica bags replica bags london e0m21t9p14 7a replica bags philippines this hyperlink j9u77v7s92 replica bags in china

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist