Thursday, 2 February 2012

SAYA AKAN MASUK BILA ROH DAN JASAD SAYA BERSATU KE DALAM PAS - CATRIONA ROSS



Seorang lagi selebriti dijangka akan bersama-sama dengan PAS dan kali ini ialah artis Catriona Norhayati Rose Bahrain Ross ataupun lebih dikenali sebagai Catriona Ross atau Cat.

Menurut beliau, ke mana-mana beliau pergi beliau sering ditanya sama ada beliau telah menjadi ahli PAS berikutan dengan perubahan keterampilan dirinya yang menonjolkan imej Islamik.

"Saya tidak kisah untuk menjawabnya, saya akan masuk bila roh dan jasad saya bersatu ke dalam PAS. Saya akan masuk PAS apabila saya yakin untuk menyumbang sesuatu kepada parti, saya tak nak sekadar isi borang kemudian tak buat apa-apa, itu tak guna juga," tegas pelakon jelita ini dalam satu majlis forum bersama dengan seorang lagi selebriti yang kini telah menjadi ahli PAS, Bob Lokman.

Kenyataan beliau itu lantas disambut Bob Lokman, "Saya sebagai seorang ahli PAS yang berdaftar serta seluruh ahli PAS yang hadir pada hari ini menjemput Catriona Ross untuk masuk PAS."

"Insya Allah, insya Allah," balas Cat.

Mudah-mudahan hasrat Catriona Ross akan menjadi kenyataan dan beliau tidak diganggu dan difitnah lagi./tinta tajam

7 comments:

  1. masukler klau itu pilihan dia...xder masalah pon

    ReplyDelete
  2. Tak ada siapa yg untung pun kalu dia masuk,tak yah la dok gah sangat!!!

    ReplyDelete
  3. tak usah masuk pas dulu allahyarham dr. zulkifli pernah berpesan kalau nak pas biar le belajar agama islam dulu bandingkan hasan ali belajar kat amerika manakala ustaz azhar khatam kat guru guru pondok di malaysia je

    ReplyDelete
  4. apasai melayu raya neik angin semacam je......agak2nya klu masuk umno angin mlayu raya ok le kot!

    mungkin artis ni tak nak join umno pasai dia ingat cakap dr madet dulu.....umno busuk hingga usus tu!........sapa nak!

    ReplyDelete
  5. elok la korang, melayu vs melayu, bangsa lain dok tunggu peluang jaa..

    ReplyDelete
  6. apa yg hang dok sibok melayu vs melayu woii..ni la x faham agama..kalu melayu x btoi ada ka nak bela??arab vs arab pun gaduh..hang ingat rasulullah dulu berjuang atas bangsa arab atau
    berjuang atas aqidah islam...??

    ReplyDelete
  7. @anon 07:13
    ni mentaliti melayu yg diperbodohkan umno...engko masih x sedar lg ke selama ni melayu umno yg duk ganyang sama melayu@ambil kesempatan isap darah org melayu sampai segala benda habis tergadai...len kali jangan duk baca paper/tengok berita tv pencacai je...luaskan medan info seiring dgn perkembangan teknologi terkini...baru le otak engko buleh berkembang ckit...bangang punye melayu!

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)