PILIHANRAYA umum akan datang tidak akan menyaksikan tsunami seperti yang diharapkan oleh Pakatan Rakyat bagi membawa mereka ke Putrajaya, demikian ramalan ahli sains politik, Ong Kian Ming (gambar).
Bagaimanapun, katanya, keputusan berkenaan akan menyediakan pentas bagi Pakatan mengambil alih kerajaan pada pilihan raya umum ke-14.
"BN tidak akan mendapat majoriti dua pertiga (pada PRU13), mereka juga akan kehilangan kerusi di Johor, Sabah dan Sarawak, akan menang 55 hingga 63 peratus kerusi.
"Saya jangkakan senario selepas pilihan raya di mana PM Najib Razak akan dicabar oleh TPM Muhyiddin Yassin kerana Najib tidak mampu merampas kembali Selangor atau memenangi dua pertiga majoriti di parlimen," katanya.
Bercakap pada satu forum di Bangsar, katanya jika Muhyiddin mengambil alih sebagai Perdana Menteri, BN akan menjadi lebih 'eksklusif daripada inklusif'.
"Ini dan ekonomi yang semakin teruk akan menyaksikan 60 peratus daripada kerusi BN akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-14.
"Pilihan raya umum ke-13 adalah permulaan bagi BN kehilangan kuasanya," kata Ong. (MKINI)
p/s- Boleh pakai ker cakap mamat nih?.... Pendapat anda pula bagaimana???