Katanya, serangan terhadapnya oleh lelaki dalam ceramah Pakatan Rakyat di Felda Lepar Hilir I pada malam itu hampir-hampir mengenainya
“Ia hanya beberapa inci (hampir mengenai), kamu pasti tidak mahu ukur, ia sangat tidak menyenangkan,” kata Nurul Izzah, dipetik Malaysia Kini.
Menurutnya lagi, penyerang yang memakai baju merah perlahan-lahan memasuki tempat ceramah di sebuah kedai kopi sebelum melancarkan serangan.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah berkata sekiranya tiada penyokong yang menahannya, beliau pasti menerima nasib seperti Anwar yang dipukul menjelang perbicaraan kes liwat pertamanya lebih 10 tahun lalu.
Nurul Izzah mendedahkan, polis tempatan berjaya mengenali identiti penyerang itu sebagai Asrullah Affendi Abdullah. Bagaimanapun, maklumat lain masih belum diketahui setakat ini.
Nurul Izzah turut menunjukkan kepada pemberita beberapa keping gambar ketika kejadian bagi menyokong dakwaannya.
Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin didesak memberi penjelasan berhubung provokasi melampau yang dilakukan samseng Umno di Felda Lepar Hilir, Gambang, Kuantan malam semalam.
“Kita minta Khairy beri penjelasan sebab budak-budak ini memang penyokong Umno kerana mereka membawa bendera Umno dan BN.
“Mereka hafal lagu Umno dan menyanyikannya dalam provokasi malam itu,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan di balai polis Merchant Square, Petaling Jaya hari ini.Keadilandaily
-arusperjuangan
Kadang-kadang agak pelik memikirkan betapa tidak perihatinnya angkatan pemuda PAS dan PKR.Ceramah Nurul Izzah ni bukanlah ceramah pertama yang diganggu samseng-samseng UMNO.Sepatutnya semua ceramah yang dihadiri oleh pemimpin-pemimpin pusat wajar dilindungi dan dikawal dengan rapi oleh pemuda tempatan.Samseng-samseng UMNO tu bukannya ramai sangat sebab UMNO tak mampu nak bayar ramai samseng.Depa dah jual,belilah,tunggu apa lagi.Sekali dah kena,depa akan beringat,wang upahan yang diterima tak berbaloi kalau tangan patah atau mata buta.
ReplyDeleteBawak bersabar Wahai Warga PAKATAN RAKYAT....
ReplyDeleteWalau apapun insiden sebegini tetap akan berulang di masa akan datang,harap Nurul izzah lebih berhati hati. lebih lebih lagi kemuncak PRU13 semakin hampir, Kita sama sama amalkan budaya anti keganasan seperti Datuk Anwar...cool dan relax je..biar mereka maki kita,biar mereka buli kita, biar mereka pukul kita tetapi jangan kita sesekali terikut emosi dan perasaan balas pukulanya. biar kita berjuang secara aman sehingga PUTRAJAYA. Ini adalah taktik kotor kerajaan BN-UMNO yg suka mencetuskan rusuhan secara sengaja dan terancang dimana apabila ianya tukar menjadi insiden serupa Mei 13 1969,bolehlah dgn senang wenangnya Najib dan Kroni membekukan Parlimen dan Istiharkan darurat supaya dia teruk berkuasa tanpa perlu adakan Pilihanraya. jadi untuk semua warga PAKATAN RAKYAT, berhati hati lah mengawal emosi.
russell westbrook shoes
ReplyDeleteyeezy boost 350
Jordan Travis Scott
jordans
nike dunks
alexander mcqueen outlet
supreme hoodie
kyrie 7
nike sb dunks
cheap jordans