.

Tuesday 21 February 2012

Dr. Rosmah layak dianugerahkan Doktor Kehormat: Ini hujahnya.... JANGAN main kutuk jer...



Debat Dr Rosmah: Kecewa, sudah tentu; cemburu, tidak sama sekali!


Beberapa hari lalu, dia menyelar pengkritik, iaitu kita semua, rakyat marhaen, kerana "kecewa" dan "cemburu" atas penganugerahan terbarunya iaitu doktor kehormat oleh salah satu universiti terbaik diAustralia. Dia memetik beberapa sebab untuk penghormatan ini. Dia mendakwa dirinya mempunyai kualitikepimpinan. Saya rasa itu memang betul. Terdapat beberapa gambarnya berjalan di hadapan suaminya

pada majlis-majlis rasmi. Dia memimpin dan diikuti. Dia juga mengetuai wanita lain dalam kumpulanmembeli-belah di luar negara. Sesungguhnya dia ternyata seorang pemimpin, bukan? Sekurang-kurangnya universiti itu bersetuju dan merasakan memang tepat bagi mereka untuk menghormatinyaberdasarkan sifat ini.

Ceramah dan Permata

Satu lagi sebab penganugerahan itu adalah ucapannya di negara-negara lain. Apa yang luar biasatentang ucapan seseorang? Cuma naik ke atas pentas dan baca teks itu dan kemudian kembali ketempat duduk sahaja. Saya tidak faham kenapa sebuah universiti harus memberi ijazah doktor falsafah pada dirinya hanya untuk itu. Kasihan pula pada orang-orang yang telah bekerja keras menyiapkan tesis

tapi ada orang lain pula begitu mudah mendapatkan anugerah kedoktoran tanpa perlu menggerakkan jari atau memerahkan otaknya.

Berbalik kepada program kesayangan beliau yang dinamakan Permata, kenapa program ini hanya untuk kumpulan anak kecil cerdik pandai elit sahaja? Bagaimana pula dengan mereka dari golongan

lain seperti - kanak-kanak kurang upaya dalam pembelajaran yang juga layak menerima bantuan dan perhatian yang sama? Bagaimana pula mereka? Apakah rancangannya untuk kanak-kanak malang ini?

Adakah dia akan memberitahu ibu bapa mereka, "Pergi jauh, saya tidak ada apa-apa untuk anak-anak kamu?"

Di negara hanya terdapat beberapa buah sahaja sekolah untuk kanak-kanak khas. Hanya segelintir guru-guru telah dilatih untuk mengendalikan kanak-kanak ini. Ramai daripada kanak-kanak istimewa ini telah dimasukkan ke dalam sekolah arus perdana dan mereka terpaksa mengahadapi beberapa masalah disana, dibuli oleh rakan-rakan lain dan diabaikan oleh para guru. Ada yang hanya dilabelkan

sebagai "nakal", "tiada harapan" atau "bodoh." Pada akhirnya, mereka ketinggalan dan tercicir di sepanjang jalan. Memang dia betul sekali lagi - Saya amat kecewa dengannya kerana tidak melakukan apa-apa untuk kanak-kanak malang ini.

Gadis penan dan suami mata keranjang

Tahun lepas, beberapa NGO telah memintanya untuk melakukan sesuatu untuk gadis-gadis Penan miskin di pedalaman Sarawak yang dianiya tetapi dia mengabaikan mereka. Dengan kedudukannya, banyak yang dia mampu lakukan bagi mereka tetapi dia tidak mahu berbuat apa-apa. Ini menjadikan saya lebih kecewa dengannya.

Alasan untuk cemburu pula, tiada apa yang perlu saya cemburukan. Satu, saya tidak mempunyai suami sepertinya. Suaminya dan dan suami saya bagaikan langit dengan bumi, jadi apa yang perlu dicemburukan? Sebaliknya, dia yang patut cemburu kerana saya mempunyai seorang suami yang bukan mata keranjang!

Dia menabung beli cincin berlian, bagiku, Metro dan Parkson pun ok.

Mungkinkah dia merujuk kepada cincin berliannya? Ingat, dia mula menabung untuk itu sejak kecil lagi.tapi saya tidak. Walaupun pada usia muda, dia mempunyai keazaman yang kuat untuk memiliki cincin berlian yang mahal manakala saya pula asyik dengan barang permainan. Perasaan cemburu tidak

timbul sama sekali! Atau mungkin dia telah membayangkan beg-beg mahal dan pakaian-pakain dari butik yang ditempahnya

sehingga berpuluhan pasang? Saya tidak cemburu sama sekali. Saya masih boleh mendapatkan tawaran-tawaran yang baik di Metrojaya atau pada jualan murah Parkson. Walaupun sangat berbeza dari segi harga dan kualiti berbanding apa yang dia ada, namun pembelian saya memberikan kepuasan

untuk diri sendiri kerana saya tahu saya menggunakan wang hasil titik peluh untuk membelinya. Yang boleh saya katakan dengan bangga adalah saya memakai pakaian membawa beg tangan yang saya beli walaupun ianya bukan dari Paris atau Sydney.

Sekarang sudahkah anda nampak kekecewaan saya dan bukan perasaan cemburu?


-Written by The Scissors Sharpener's Daughter

2 comments:

  1. hebatnya kak mah, bukan calang2 org boleh dpt tu... tahniah!

    ReplyDelete
  2. hehehe...hebat di dunia je... di akhirat belum tentu.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist