Tahniah kami ucapkan kepada kedua-dua pendebat. Semak butiran dan isi penting sepanjang debat Lim Guang Eng VS Chua Soi Lek ini berlangsung tempoh hari. Tajuk debat ini ialah : Kaum Cina di persimpangan”……………………
Debat Lim Guan Eng VS Chua Soi Lek (isi-isi penting)
Kredit kepada Malaysiakini yang memberikan laporan debat Lim Guang Eng VS Chua Soi Lek ini
4.55PM : Masing-masing mula mengambil tempat
- Dewan gamat apabila penyokong kedua belah pihak melaungkan nama pedebat masing-masing ketika mereka mengambil tempat di pentas.
5.00pm : Pembukaan Debat Lim Guang Eng VS Chua Soi Lek
- Moderator Tan Ah Chai, ketua pegawai eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur -Selangor, memulakan sesi debat dengan menjelaskan peraturannya.
- Bagi ucapan pembukaan, pedebat masing-masing dibenarkan bercakap selama lapan minit.
5.02pm : Pemilihan pendebat yang pertama
- Kedua-dua pedebat menghampiri podium moderator untuk memilih pendebat pertama berucap. Chua akan berucap dahulu.
5.05pm : Hujah Chua Soi Lek
- Selepas 8 Mac, 2008. DAP mengamalkan politik kebencian, kata Chua. Beliau menambah DAP telah berubah dan kini bekerjasama dengan PAS, yang mahu melaksanakan sebuah negara teokratik. Beliau berkata, DAP tidak boleh menghalang PAS.
- “DAP hanya bercakap besar,” kata Chua, disambut tepukan gemuruh hadirin dari pihak MCA.
- Dia menyokong hujahnya dengan menyatakan bahawa Kedah mengamalkan pengasingan gender manakala PAS membantah pawagam di Bangi, Selangor.
5.07pm : Hujah Chua Soi Lek
- DAP suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang, kata Chua.
- Chua berkata DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.
5:10pm: Hujah Chua Soi Lek
- Chua mengatakan bahawa dalam negara berbilang budaya, rakyat Malaysia tidak boleh menyokong PAS kerana agenda negara Islamnya.
- “Siapakah sekutu terbesar PAS?” tanya Chua, dan penyokong MCA menjerit serentak “DAP!”.
5.12pm : Hujah Lim Guang Eng
- Kini tiba giliran Guan Eng.
- Beliau berterima kasih kepada pihak penganjur debat tersebut tetapi berkata apa yang orang ramai mahu lihat ialah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5.14pm : Hujah Lim Guang Eng
- “Kami dalam Pakatan Rakyat tidak mempergunakan satu sama lain. Yang penting bagi kami ialah bagaimana orang ramai menggunakan kami.
- “Kami tidak menentang orang Melayu. Kami tidak menentang orang Cina. Kami menentang rasuah,” kata Lim, disambut tepukan gemuruh penyokong Pakatan.
5:16pm : Hujah Lim Guan Eng
- “DAP tidak mengiktiraf ketuanan Melayu. Kami mengiktiraf ketuanan rakyat,” kata Lim.
- Lim menambah bahawa Pakatan bersedia untuk melakukan apa yang BN enggan laku, seperti mengisytiharkan aset mereka dan memerangi rasuah.
- “Ini adalah apa yang kita panggil sistem dua parti,” kata Lim, diikuti tepukan penyokongnya.
5.20pm: Acara Debat Memasuki Pusingan Kedua (Hujah Chua)
- Debat masuk pusingan kedua, dengan moderator mengemukakan soalan: Keputusan pilihan raya lalu menunjukkan bahawa masyarakat berpecah kepada dua pemikiran. Bagaimana anda mengatasi masalah ini?
- Chua pertama menjawab dengan berkata DAP tidak akan memberi perkhidmatan di kawasan pilihan raya yang tidak dimenanginya. Malah, pejabat mereka juga akan hilang, kata Chua, dan para penyokongnya menyahut “ya” secara serentak.
- Chua menyimpulkan bahawa sistem dua parti adalah slogan politik semata-mata.
5.25pm : Soalan daripada hadirin dalam dewan
- Moderator Tan Ah Chai menerima soalan dari hadirin. Kebanyakan soalan dilihat datang dari kalangan penyokong MCA tetapi Lim melontarkan senyuman.
5:28pm: Keadaan di dalam dewan mula "tegang"
- kontroversi kecil meletus ketika penyokong Pakatan beratur di mikrofon di sebelah tepi dewan mengadu kepada moderator kerana tidak mengambil soalan dari pihak mereka.
- Moderator meminta Chua menjawab soalan awal yang ditanya oleh penyokong MCA.
5:36pm: LimGuan Eng bertanyakan soalan. Hujah Chua
- Moderator mengumum membenarkan 10 minit lagi untuk menerima soalan dari hadirin.
- Sesi seterusnya melibatkan penceramah mengemukakan soalan kepada satu sama lain. Lim bertanya apa yang pandangan MCA apabila pemimpinnya ditangkap berhubung skandal PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang) dan bukannya pemimpin Umno.
- Chua menjawab bahawa Lim mengambil laluan perkauman.
- “Dia bertanya mengapa orang Cina ditangkap tetapi tidak orang Melayu?” kata Chua.
- Chua berkata berbeza dari yang lain, MCA tidak akan menggunakan demonstrasi jalanan untuk membela seseorang kerana ia percaya bahawa sistem kehakiman adalah adil.
5.40pm : Chua Soi Lek bertanyakan soalan. Hujah Lim
- Giliran Chua mengemukakan soalan. Dia ingin tahu sama ada dasar ekonomi Pakatan boleh membantu Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang berpendapatan tinggi.
- Lim berkata, dengan mengambil Pulau Pinang sebagai contoh, ia memastikan bahawa kerajaan negeri buat duit. Antara lain, Lim berkata, ialah urus tadbir berhemah dan ia mengamalkan sistem tender terbuka.
- “Ini telah membolehkan kita buat duit setiap tahun, yang diagihkan kembali kepada rakyat,” kata Lim.
- Beliau berkata, jika Malaysia benar-benar boleh menangani rasuah, maka lebih banyak wang boleh disimpan, dan Pulau Pinang merupakan contoh utamanya.
5.45pm : Keadaan mula tegang kembali
- Pusingan kedua hadirian mengemukakan soalan, termasuk beberapa soalan dari penyokong Pakatan.
- Penyokong Pakatan Rakyat masih tidak berpuas hati kerana kebanyakan soalan datang dari penyokong MCA yang menyerang Lim dengan pelbagai soalan, berhubung dasar PAS dan prestasi Pulau Pinang.
5.55pm: Hujah Chua Soi lek
- Sekarang giliran Chua menjawab soalan dari hadirin dan membuat penggulungan. Bagaimanapun, Chua memilih untuk menjawab perkara yang dibangkitkan Lim dalam ucapan penggulungannya. Lim berkata soalan yang perlu ditanya adalah sama ada MCA sanggup berdepan dengan Umno, dengan menegaskan bahawa Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat pernah berkata bahawa MCA ditinggalkan serbuk dari Umno.
- Chua menolak kenyataan yang dibuat oleh Ong itu, dengan menegaskan bahawa dia (Ong) tidak relevan kepada MCA.
- “Kami turun dia dalam masa kurang daripada setahun (dia berkuasa),” kata Chua, disambut tepukan gemuruh penyokong kedua belah pihak.
6.05pm: Acara debat berakhir
- Debat tersebut berakhir dengan Chua mengambil inisiatif untuk berjabat tangan Lim. Apabila debat itu selesai, hadirin sekali lagi berluangkan nama pendebat masing-masing
Penambaikan Selepas Debat Lim Guang Eng VS Chua Soi Lek
Kami harap selepas ini jika diadakan debat yang seterusnya, buatlah dalam bahasa Malaysia. Kita sekarang di Malaysia bukan di negara lain. Bahasa Malaysia bukan untuk orang Melayu, tetapi untuk semua. Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan. Sepatutnya tidak timbul masalah seperti tidak faham bahasa Malaysia, tidak pandai cakap bahasa Malaysia.
Kami yang mendengar perbahasan itu pun terkulat-kulat untuk memahami isi sepanjang perbahasan tersebut, mujur ada penterjemah. Walaubagaimanapun, apa yang boleh kami katakan ini adalah satu permulaan yang baik. Di mana sebelum ini acara debat bukanlah satu kelaziman dan merupakan suatu yang asing di Malaysia terutamanya apabila mempertemukan pemimpin politik yang berani bersemuka antara satu sama lain dan membentangkan kepada semua rakyat Malaysia bagi bersama-sama membentangkan polisi untuk kebaikan negara kita dan menjawab beberapa isu-isu semasa yang berbangkit berdasarkan pemerhatian dan pandangan pendebat itu sendiri.
“Tidak hanya baling batu sembunyi tangan”
Kredit kepada Astro Awani, anda berani untuk terus dilihat terbuka dikalangan penonton anda. Tahniah diucapkan. Teruskan memberikan “contoh” kepada siaran TV yang lain.
Kami harap selepas ini mungkin moderator yang dipilih diharapkan datangnya daripada kalangan profesor yang acapkali mengkaji iklim politik Malaysia contohnya. Mereka lebih tahu apa persoalan dan isu-isu yang sering berbangkit berkaitan dengan politik Malaysia hari ini. Dan moderator inilah yang akan mengutarakan beberapa soalan yang seringkali mengundang persepsi di kalangan masyarakat hari ini. Apa pendirian mereka tentang
Dua isu ini kerapkali dimainkan di Malaysia dan kami mahu lihat dan dengar pendirian setiap pendebat mengenai kedua-dua isu ini. Ini kerana kami melihat politik hari ini memperlihatkan masyarakat Malaysia “mudah terjebak” dengan :
- politik persepsi
- politik ragu-ragu
- politik curiga
Dan untuk pendebat kami lebih suka untuk mereka membentangkan cadangan, idea dan pandangan untuk memajukan negara. Itu lebih baik daripada :
- pendebat A kutuk pendebat B
- pendebat B kutuk pendebat A
Kalau begitulah caranya, masalah tidak akan selesai. Dan di sinilah tugas moderator bagi menentukan arah tuju dan format bagi acara debat tersebut.
Debat bukannya platform menentukan pendebat mana yang akan menang. Pastinya penyokong setiap pendebat akan mahumengangkat wakilnya sebagai pemenang. Itu sebablah apabila mahu bercakap siapa pemenangnya, ia terlalu subjektif. Apa yang lebih penting, kita mahu dengar apa hujah dan pendapat setiap wakil pendebat. Ini kerana ahli politik mesti tahu apa kerja yang perlu dilakukannya, mesti pandai berhujah dan berani berdepan dan membentangkannya kepada rakyat apatah lagi timbulnya isu berbangkit
“Keyakinan untuk berhujah dengan baik tidak akan datang dengan sendiri jika kita tidak membuat sesuatu kerja dengan baik & amanah”
Kalau boleh tajuk debat elakkan terlalu umum, akhirnya beberapa jawapan yang dilontarkan baik daripada pihak Lim Guan Eng mahupun Chua Soi Lek adakalanya dilihat kalangan di antara mereka seperti mengelak untuk menjawab dan jawapan yang diberikan agak mengecewakan.
Spesifikkan tajuk debat dan insyaallah kualiti perdebatan akan bertambah baik. Mungkin boleh mengikuti contoh-contoh tajuk yang seringkali dipilih oleh pihak Sinar Harian ketika mengadakan forum mengenai isu semasa di Malaysia.
P/S : Apa pandangan anda dengan debat Lim Guang Eng VS Chua Soi Lek ini?
-Berita Semasa
Satu perkembangan intelek politik yg sangat sihat, sekian lama tertutup angkara kedurjanaan KERAjaan umnoapco. kini PR membukanya utk kesejahteraan rakyat Malaysia.
ReplyDelete