.

Saturday 7 January 2012

Ustaz Azhar Idrus Ejen Iblis, Yahudi Kerana Bermain Gitar?


Rasanya ramai dah tahu yang pendakwah dan penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus baru-baru ini telah menunjukkan bakat dalam bidang muzik dengan bermain gitar dalam program Jom Santai Bersama GeMS di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam pada malam tahun baru tempoh hari.

Program sempena sambutan tahun baru 2012 anjuran kerajaan Negeri itu menggabungkan Azhar, yang pernah menjadi guru muzik, bersama pelakun, pelawak dan pengacara terkenal, Zizan dalam sesi itu.

Khabarnya berpuluh ribu orang telah hadir menyaksikan persembahan tersebut.

Namun rupa-rupanya tindakan Ustaz Azhar bermain gitar telah menyebabkan beliau dihentam teruk dalam internet, kononnya perbuatan tersebut haram dan beliau sebenarnya ejen Yahudi.





Penulis memandang berat tuduhan sebegitu kerana ia dibuat tanpa disertakan nas serta hujah yang meyakinkan.

Mungkin benar ada pendapat Ustaz Azhar yang mungkin tidak selari dengan pandangan sesetengah pihak namun untuk terus menganggapnya ejen Yahudi sebagai contoh, adalah satu tuduhan yang melampau.

Benar, Ustaz Azhar bukan lulusan Al-Azhar, bukan mempunyai sijil agama yang berlambak-lambak, namun yang pasti beliau mempunyai ilmu yang tinggi berkat kesungguhannya menuntut ilmu agama dengan tok-tok guru dan ulama yang terkenal

Kalau betul beliau salah, kalau betul beliau sesat, sudah tentu dah lama beliau disenaraihitamkan oleh jabatan agama, sudah tentu beliau dilarang menyampaikan kuliahnya di merata-rata tempat di seluruh negara.

Berbalik kepada isu bermain gitar ini, seperti yang kita sedia maklum, Ustaz Azhar menggunakan medium baru bagi berdakwah untuk menarik golongan muda mendekati Islam.

Di sebalik dia main gitar ada nasihat yang disampaikan.


Inikan lebih baik daripada menyambut tahun baru dengan konsert hiburan, menari, dan lain-lain yang boleh melalaikan kita.

Hasilnya lebih 80 ribu orang yang hadir ke Dataran Shah Alam dan 88% daripadanya adalah golongan muda.

Menurut faham muzik Islami, muzik bukan sahaja suatu sains tapi juga seni; seni yang menghibur, menyuburkan hati, menenangkan jiwa, dan yang terpenting, dalam bahasa sufi ia menjadi wasilah bagi menyatakan keasyikan dan kerinduan terhadap Yang Maha Suci.

Al-Ghazali menegaskan dalam Ihya’nya bahawa muzik (sama’) mampu mendatang keasyikan rabbani, melaluinya tercapai hakikat. Beliau cuba menjelaskannya dengan kata-kata berikut:

“Hati dan pemikiran halus adalah seumpama lombong rahsia dan khazanah batu-batu berharga. Di dalamnya terdapat jawhar seumpama percikan api yang terdapat dalam besi…Tiada jalan lain mengeluarkan rahsianya melainkan dengan mendengar muzik, kerana tiada jalan yang menghubungkan hati selain dari telinga…kerana sebaik sahaja semangat muzik menyentuh jiwa, ia menzahirkan apa sahaja yang menguasainya.”

Rasulullah dikhabarkan amat menyukai suara merdu Abu Musa al-Ash’ari dan telah berkata: “Kamu telah dikurniakan salah satu dari seruling Nabi Daud.”

Seperti yang diketahui umum, Nabi Daud memiliki suara yang amat merdu, yang menarik perhatian bukan sahaja manusia bahkan haiwan sekalipun apabila baginda menyanyi.

Ini bermakna bahawa Rasulullah mengetahui nilai dan menghargai bunyi-bunyian yang indah, yang tidak lain dari muzik.

Dari sudut sejarah, kaum Muslimin mula membina falsafah muzik sekitar kurun ketiga Hijrah. Ia tidak lain dari kesinambungan terhadap sejarah awal muzik yang bermula dengan kedatangan agama Islam itu sendiri.

Bermula dengan nyanyian penunggang unta, seterusnya berkembang menjadi nyanyian yang diiringi alat-alat muzik bertali yang dinamakan muwattar, termasuklah alatan yang kelihatan seperti harp dipanggil mi’zafah, dan daff (sejenis tamborin).

Pada zaman awal tamadun Islam, penyanyi dan pemuzik yang paling dikenali ialah Tuways (m. 705). Sejajar dengan penaklukan yang semakin berkembang alatan baru berserta dengan jenis-jenis muzik turut dikenali oleh dunia Islam.

Ahli muzik kaum Muslimin mula mempelajari nyanyian dan alat-alat muzik yang baru termasuklah lute ciptaan (alat muzik bertali seumpama gitar).

Al-Farabi sendiri adalah ahli muzik-falsafah Muslim yang pertama menulis suatu karangan lengkap berkenaan falsafah dan teori muzik Islami.

Jadi atas huraian tersebut, penulis tidak nampak di mana salahnya Ustaz Azhar kerana bermain gitar tersebut.

Yang salah mungkin kita yang tak habis-habis ada sifat dengki dan iri hati sesama manusia, Wallahualam – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)




5 comments:

  1. Assalamualaikum....
    sapa la yg cakap macam tu? ulama mana tu?
    inilah kalau dah orang2 yang jahil agama bercakap hal agama....
    kalau orang UMNO yang bercakap macam tu, suruh la menteri-menteri UMNO haramkan RTM, haramkan siri-siri realiti anjuran RTM, haramkan semua bentok muzik dimedia masa dan elektronik, haramkan program Sure Heboh dan sebagainya....

    bodooo.........

    ReplyDelete
  2. kalu nak harap orang muda, orang ramai mari kearah Islam , memang payah zaman sekarang. tapi skrg kita kena pergi ke arah mereka dan tanya mende hok mung suka, sedikit sebanyak dapat menarik mereka dgn karisma yg ada pada UAI. tarikan itu taklah sampai melalaikan seperti di Dataran Merdeka, dah tak tahu halal haram.

    ReplyDelete
  3. ni lah dia org pas, bende macam ni pun dikaitkan dgn politik, menteri,entah bila nak jadi dewasa

    ReplyDelete
  4. I drop a leave a response whenever I especially enjoy a article on a website or if I have
    something to valuable to contribute to the discussion. It's triggered by
    the fire communicated in the post I browsed. And after this post "Ustaz Azhar Idrus Ejen Iblis, Yahudi Kerana Bermain Gitar?".

    I was actually excited enough to drop a comment :-) I do have a couple of questions for you if it's
    allright. Could it be only me or do a few of the responses appear like they are
    coming from brain dead folks? :-P And, if you are
    posting on other online sites, I'd like to follow you.
    Would you list the complete urls of your community sites
    like your linkedin profile, Facebook page or twitter feed?



    Feel free to visit my blog - video music awards brooklyn

    ReplyDelete
  5. Ԍrretings from Οhio! I'm bored to tears at ѡork so I decided to
    check oout your blog on my iphone during lunch break. I really like the knowledge yoou provide ɦere and can't wait to take a look when I get
    home. I'm shօcked at hoԝ fast your bllg loaded on my mobile ..
    I'm not even using WIFI, just 3G .. Anyways, very good blog!


    My page :: maloe extra pіlls inn india ()

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist