.

Friday 20 January 2012

Pengecut di Putrajaya: Mengapa Najib takut berhadapan dengan Anwar?

Sabtu lalu, Najib telah untuk kali ke-tiga dicabar oleh Anwar untuk berdebat. Tiada jawapan daripada Najib. Najib nampaknya lebih berminat untuk menyendiri disebalik bayangannya dan melemparkan batu. Ada nama untuk orang begitu: pengecut.

Najib yang dikelilingi penyokong dan pempropaganda daripada media arus perdana seperti The Star, NST dan Utusan telah memberanikan diri bersuara mengenai polisi yang dicadangkan Pakatan. Beliau dengan tiada rasa bersalah, mengenepikan rasa hormat diri dan maruah dan bertindak seperti budak sekolah nakal serta melaungkan kata-kata hinakepada Anwar dari tempat yang selamat. Tetapi Najib enggan bersemuka dengan Anwar dalam suatu debat terbuka kerana beliau tidak ada kekuatan untuk melakukan yang demikian.

Berselindung bermaksud pengecut

Adalah sesuatu yang menyedihkan untuk rakyat Malaysia kerana mendapat seorang Perdana Menteri pengecut. Jika Najib mempunyai keyakinan pada polisi beliau, tiada sebab beliau takut untuk ia diperiksa dengan melakukan perdebatan. Kesimpulan yang kita boleh buat mengenai polisi Najib adalah ia tidak akan dapat berhadapan dengan zaman kritikal reformasi politik dan ekonomi

Tiada reformasi sebenar yang ditegakkan dalam kebebasan politik itu. Najib dan pasukan beliau sedang bermain-main dengan perundangan dan semantik sedang mereka sebenarnya masih mencengkam kebebasan rakyat. Najib akan mengekalkan Akta Perhimpuanan Aman beliau. Tidak perlu beliau menyajikan kita dengan pengumuman penuh sandiwara beliau seperti dilakukan pada Hari Malaysia. Tiada yang kukuh dalam apa yang dilaungkan beliau. Najib hanyalah seorang penipu.

Penipuan

Dari segi ekonomilah Najib paling banyak berbohong kepada rakyat. Beliau enggan mengakui bahawa polisi ekonomi beliau telah gagal dan pertumbuhannya akan menjadi perlahan pada 2012. Beliau tidak memberitahu nilai inflasi sebenar dan ia bukanlah pada 3.3% seperti yang dicanangkan Bank Negara. Beliau enggan mengakui impak kelembapan globalisasi dan Asian terhadap export Malaysia dan berbuat seolah-oleh ia tiada kesan terhadap kita.

Projek ETP Najib tidak berbaloi dan GTP beliau juga suatu penipuan. Ada di antara program ETP beliau itu tidak pun di Malaysia. Apalah gunanya projek sistem penerbangan MRO (Maintenance, Repair and Overhaul) di Hyderbad untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia? Pemandu dibawah Idri Jala adalah lebih sedikit daripada mencantikkan nombor yang membolehkan ia berjumlah kepada apa sahaja yang dikehendaki. Idris Jala adalah yang terakhir mentadbir MAS di mana beliau telah menunjukkan banyak peningkatan sehinggalah dia meninggalkan MAS. Beliau menjana keuntungan bukan dengan menambahbaik operasi atau jualan tetapi menghentikan penerbangan ke desitnasi-destinasi tertentu dan menjual bangunan. Apabila beliau meninggalkan MAS, segala langkah-langkah pemulihan beliau tidak bertahan dan MAS kembali kepada keadaan asal. Perkara yang sama akan berlaku kepada Malaysia sekiranya Najib dibiarkan terus mentadbir ekonomi negara selepas pilihanraya.

Sekiranya Najib tidak bersetuju dengan analisis ini, berdebatlah dengan Anwar. Beliau akan berpeluang untuk menyoal Anwar mengenai polisi Anwar juga. Tetapi Najib tidak akan melakukan perkara ini dan Malaysia akan menjadi lebih miskin sekiranya kita terus memilih beliau mentadbir untuk 5 tahun yang seterusnya.

Malaysia Chronicle

1 comment:

  1. Anwar sanggup buat apa sahaja dengan mewujudkan cerita palsu. Bagi saya tak perlulah berdebat dengan dia. Orang kata kalau kita bertengkar dengan kurang waras kita dianggapkan kurang waras.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist