.

Tuesday 31 January 2012

Negara Israel: Duta Palestin Keliru Atau Dikelirukan?

Oleh : Suara Pakatan Rakyat


BERNAMA semalam memetik kenyataan Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush (gambar sebelah kiri) yang dikatakan mempertikai kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual denganThe Wall Street Journal (TWSJ) pada 26 Januari.

Abdelaziz dipetik sebagai berkata, ”We are shocked and suprised by the weird statement in which he (Anwar) supported the security of Israel“. Tambahnya lagi, ”We do not know who needs the security actually, Israel has more than 200 types of nuclear weapons and an army armed with all the lethal weapon”.

Dari kenyataan itu, jelas pada mata penulis bahawa Duta Palestin ini telah keliru atau dikelirukan oleh pihak-pihak berkepentingan (dalam hal ini Kerajaan Malaysia) yang seboleh-bolehnya cuba menjatuhkan imej Anwar di peringkat antarabangsa, terutamanya dalam isu Israel-Palestin ini.

Penulis yakin, sebagai seorang duta, Abdelaziz sudah tentu mempunyai kebolehan memahami teks Inggeris dengan baik, tanpa dibantu oleh sesiapa.

Oleh itu penulis juga ‘pelik’ bagaimana beliau menafsir Anwar sebagai ‘aneh dan pelik’ hanya berdasarkan satu perenggan atau lebih teruk satu baris ayat dalam temuramahnya dengan TWSJ?

Atau mungkin juga standard seorang duta dari negara seperti Palestin ini tidak sehebat negara-negara lain yang lebih stabil sistem pentadbiran dan pendidikannya.

Jika itu benar, maka ia amat memalukan dunia diplomatik kerana Taliban yang pernah mentadbir Afghanistan pada satu ketika pun boleh menghantar duta yang memahami Inggeris dengan baik di serata negara di dunia yang mengiktiraf kerajaannya.

Alasan penulis untuk berkata demikian mudah, seperti yang sering disebutkan sebelum ini, keseluruhan temuramah yang dijadikan isu itu ialah berkenaan melindungi hak rakyat Palestin yang ditindas oleh regim Israel.

Manakala, sebaris ayat yang ditafsirkan sebagai ’sebarang usaha untuk melindungi keselamatan Israel’, seperti yang dijelaskan Datuk Seri Anwar sendiri adalah merujuk kepada Inisiatif Keamanan Arab dan konsep ‘Two States Solutions” dalam menyelesaikan konflik Palestin-Israel ini.

Abdelaziz mungkin terlupa bahawa Anwar pernah mengetuai perarakan lebih 50 ribu orang rakyat Malaysia di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Jun 2010 untuk membantah tindakan kejam komando Israel ke atas flotila keamanan Gaza.



Adakah itu tidak cukup baik untuk menunjukkan pendirian Anwar dalam isu Israel-Palestin ini?

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, penulis rasa Datuk Seri Anwar sendiri perlu mengadakan pertemuan dengan Duta Palestin ini bagi menjelaskan isu sebenar yang cuba disampaikan dalam temuramah dengan TWSJ tersebut.

Seperti yang kita semua sedia maklum, pertemuan antara Anwar dengan duta-duta asing di negara ini bukanlah satu perkara baru, malah telah dilakukan sejak lama dahulu untuk menjelaskan keadaan semasa di Malaysia dari sudut pandang berbeza.

Akhir sekali, penulis sangat-sangat berharap, kenyataan berat sebelah Duta Palestin ini tidak akan sama sekali menggugat hubungan baik antara Malaysia dan Palestin di masa hadapan, terutama jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pentadbiran negara ini dari BN.

2 comments:

  1. tu yahudi nak tengok betapa bodoh ke anwar dlm menegani isu yahud ni tapi lebih gentlemen berdepan dari depan tak sokong belakang jilat gila

    ReplyDelete
  2. duta palestin itu dari parti mana? bukanlkah dari parti fatah..fatah tu adek beradek umngok

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist