.

Saturday, 21 January 2012

Najib Dan Wasatiyyah.


Najib sudah menubuhkan Institut Wasatiyyah yang beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Lepas itu Universiti Malaya akan diperkudakan dengan penubuhan Kerusi Wasatiyyah Universiti Malaya. Najib bersungguh-sungguh mahu menjadi juara kesederhanaan apabila turut menubuhkan Yayasan Kesederhanaan Global. Kononya Najib mahu mempromosikan kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan dan mahu menentang ekstremis.


Betul ker Najib?. Usah banyak sangat berbohong. Kalau benar mahu kesederhanaan dan keseimbangan, kembalilah kepada ajaran Islam yang syumul. Tak perlu habiskan duit tubuhkan semuanya tu, cukup sekadar menggaji seorang dua ulamak untuk menunjukkan jalan (Bukan ulamak muda UMNO).

Wasatiyyah tak perlu digunakan untuk menunjukkan komitmen kepada kesederhanaan kalau hudud sudah ditolak. Begitu juga usah berang dengan Melayu murtad, atau kembara merdeka seks kalau hudud tidak mahu dikuatkuasakan ke atas orang Islam.

Najib mahu menentang extremis, tetapi extremis yang bagaimana yang mahu Najib tentang?. Ekstremis dalam berbelanja?. Ekstremis dalam berkata-kata?. Kalau ekstremis dalam berbelanja, membeli beg tangan berharga RM26 ribu itu apa dia? Kalau ekstremis dalam berkata-kata, menududh DSAI sebagai gay tu apa dia?

Atau ekstremis yang Najib maksudkan ialah penegasan perlaksanaan hudud ke atas orang Islam? Inikah yang Najib tentang?

Keseimbangan yang bagaimana pula Najib mahu promosikan?. Harga petrol yang tinggi menggila? Minyak masak yang kekurangan di pasaran? Atau masjid yang sepi dan kosong? Imam-imam yang dikesan melakukan kesalahan ketika membaca surah, berwirid dan membaca doa? Atau keseimbangan dengan rambut yang macam bukit, dada dan pinggul yang macam flowerhorn? -umnopenyangak-


ULASAN

Kalau dasar-dasar Islam UMNO/APCO tolak, apa hal cakap fasal wasatiyyah? Guna duit zakat untuk menentang qazaf tu apa benda pulak? Tak payah berlakonlah. Allah tidak akan merahmati kerja orang-orang yang menolak semua hukum-Nya./tintamutiara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist