.

Thursday 26 January 2012

NABI ADAM BERBANGSA MELAYU-PROTO?

Geran sebanyak RM1.4 juta telah disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk membiayai penyelidikan bahawa Melayu sememangnya berasal daripada Tanah Melayu. Kajian tersebut dijalankan oleh saintis daripada Universiti Sains Malaysia, Zafarina Zainuddin.

Menurut Zafarina, pencarian "Melayu berasal daripada Tanah Melayu" akan menyemarakkan kembali semangat Melayu dan seterusnya orang Melayu berasa bangga menjadi Melayu.

Kajian tersebut juga kononnya membuktikan bahawa Melayu-Proto adalah nenek moyang populasi umat manusia hari ini. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Timbalan Pengerusi Persidangan Asal Usul Melayu: Induknya di Alam Melayu, Zaharah Sulaiman. Persidangan ini dirasmikan oleh TPM.

Namun seorang pakar genetik Universiti Oxford, Dr. Stephen Oppenheimer berkata beliau terkejut apabila melihat betapa kajian asal usul warga pribumi di negara ini dijalankan mengikut pertimbangan politik! Patutlah dapat geran RM1.4 juta! Tak kisah la tu ....

Yang musykilnya apabila dikatakan Melayu-Proto adalah nenek moyang populasi manusia kini? Jadi adakah mereka ingin menyatakan bahawa Nabi Adan a.s. itu berbangsa Melayu-Proto? Apa yang kita sebagai umat Islam sentiasa bercaya dan berpegang bahawa Nabi Adam a.s. adalah nenek moyang kepada semua umat manusia di dunia ini!/Tinta Tajam

5 comments:

  1. Pakcu Rantau Panjang.26 January 2012 at 10:17

    Sejarah adalah satu fakta yang lojik yang tak mungkin ditimbus dengan kekaburan apa lagi dengan mana-mana dakyah politik yang sedang dipanaskan. Jadi jangan menambah kekusutan dengan melibatkan kemuliaan seorang Nabi mahu pun ambia yang Allah utuskan di muka Bumi ini.....istirfar lah.......

    ReplyDelete
  2. sejarah tu sejarahla...tapi hakikat yang perlu kita percaya dengan penuh keimanan adalah Nabi Adam adalah nenek moyang dan asal kejadian manusia. Kajian sains perlu selaras dengan agama yang kita berpegang.

    ReplyDelete
  3. saya rasa ramai yang salah faham tentang kajian ni..Kita masih berasal dari adam dan hawa, itu pasti, bukan dari monnyet.itu pasti. tapi kajian ini menjelaskan migrasi manusia berlaku slepas adam dan hawa beranak pinak ..bermula dari afrika merebak ke asia melalui jalan darat dan berkembang-berkembang-berkembang,selama beribu-ribu,puluh tahun. kemudian, bila berlaku bencana alam, ada sebahagian manusia terselamat,antaranya yang berlindung di sunda, yang digelar melayu proto kerana secara geografi amat terlindung dari gempa bumi, gunung berapi dll..benda ni bukan berlaku sehari dua kalian oiii...

    ReplyDelete
  4. bukankah jika kita baca sejarah adam dan hawa, anak-anak baginda mewakili pelbagai bangsa, kita tak mungkin kembali ke masa silam untuk menyaksikannya, tapi kalau nak tengok juga logik akal..kalau di mix bangsa cina dan india, sudah jadi seakan muka melayu..ni contoh...jgn korang pepandai putar belit cakap melayu berasal dari bangsa cina+india...namun contoh ini utk memudahkan pemahaman, pelbagai ras bangsa/etnik/kaum telah berlaku hanya dari 2 manusia unggul bernama adam dan hawa...hasil dari percampuran hanya beberapa orang anak nabi adam

    ReplyDelete
  5. sebahagian manusia yang termasuk melayu proto inilah yang didakwa menyambung legasi hayat manusia dan menghasilkan manusia pelbagai etnik lain..inilah yang dimaksudkan oleh kajian itu..tp dalam hal ini saya no komen...saya terangkan pasal kajian itu supaya masy melayu terutamanya jgn cepat melenting sebelum semakan rapi dibuat..tolong selidik sebelum komen kerana ia menggambarkan mentaliti anda semua.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist