Oleh: Suara Pakatan Rakyat
APA pun masalah yang timbul lanjutan daripada isu tindakan tatatertib yang diambil ke atas 5 orang pelajar Kolej Universiti Isaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), Prof Dr Abdul Aziz Bari tidak tidak sama sekali wajar untuk menggesa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak untuk melepaskan jawatannya.
Tidak cukup setakat itu Aziz Bari juga menyifatkan Azizan sebagai ‘menyerupai’ Barisan Nasional (BN) apabila mengambil keputusan tersebut.
Pada penulis, itu adalah kenyataan paling kurang ajar yang pernah dikeluarkan oleh seorang yang baru nak berjinak-jinak dalam politik keatas seorang pemimpin parti PAS merangkap Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat yang telah lama berjasa kepada parti sehingga berjaya merampas Kedah buat kali pertama dari tangan BN pada 2008.
Aziz Baru fikir dia siapa dengan mengeluarkan kenyataan tersebut? Who are you?
Sudah cukup baik media dan blogger pro Pakatan Rakyat memberikan gelaran ‘pakar perlembagaan’ kepada Aziz Bari dikala tidak ada satu pun yang boleh dijadikan asas untuk menggelarkannya dengan gelaran itu. Tidak seperti akauntan dan jurutera yang mempunyai badan-badan seperti Malaysia Institute of Accountant (MIA) dan Board of Engineers (BoE) yang berkelayakan untuk mengiktiraf individu kepada profession itu, pakar perlembagaan tidak ada.
Malah tidak keterlaluan kalau penulis katakan, reputasi itu diberikan Pakatan Rakyat kepada Aziz Bari bagi mengangkat tinggi sebarang kenyataannya mengenai perlembagaan negara yang sering kali disalah tafsir oleh kerajaan BN/UMNO serta juak-juak mereka.
Justeru, tidak usahlah Aziz Bari nak merasakan dirinya tinggi daripada Ustaz Azizan, anda masih belum ke mana dalam politik dibandingkan dengan Ustaz Azizan yang telah lama bergelumang dengan politik dan membuktikan kebolehannya, sehingga dilantik ke jawatan Menteri Besar.
Dalam masa yang sama, penulis menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat agar mengambil tindakan ke atas Aziz Bari. Jika dia masih belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, maka itu tindakan displin tidak boleh diambil ke atasnya, maka Aziz Bari perlu dipulau dari sebarang aktiviti yang membabitkan Pakatan Rakyat.
Lagipun Aziz Bari tidak punya apa sekarang, setelah mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa. Penulis mendengar, dia bergantug sepenuhnya kepada aktiviti-aktiviti dimana Pakatan Rakyat mempunyai kepentingan untuk mendapatkan wang tambahan atas khidmat sebagai konsultan.
Tanpa Pakatan Rakyat, Aziz Bari hanyalah pesara kerajaan yang berharap kepada pencen untuk hidup (itupun jika dia memilih opsyen tersebut).
Inilah yang penulis bimbangkan bila Aziz Bari menawarkan dirinya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang. Aziz Bari mungkin layak dari segi akademik tapi dari segi politik, dia tidak ubah seperti budak baru belajar berjalan. Bagaimana dia mahu berjaya dalam politik kalau sudut pandangnya terikat dengan akedemik semata-mata.
Sunday, 29 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dulu Zaid Ibrahim masuk PKR nampak macam hero. Lepas tu kencing PKR. Sekarang nak masuk pula Dr Aziz Bari. Tengok gaya percakapan boleh jadi Zaid Ibrahim ke 2.
ReplyDeleteTerimalah teguran dan kritikan dengan hati yang terbuka.
ReplyDeleteKes di KUIN bukan sahaja Mahasiswa di gantung, tetapi juga ada pensyarah telah dipecat. Difahamkan juga, mahasiswa berkenaan ingin berjumpa dengan MB tetapi ditolak, Sebagai MB dan juga pengerusi KUIN sepatutnya perkara seperti ini diperhalusi terlebih dahulu sebelum tindakan yang pengantungan dilakukan.
ReplyDeletebelajarlah terima teguran wahai Azizan,,masa mula dulu tak mau komen apa pun,sekarang salahkan orang ramai yang tertanya-tanya,,
ReplyDeletePas perlu banyak muhasabah. Kalau banyak masalah yang masih tak selesai bagaimana nak menghadapi PRU13. Rakyat sedang menilai, jangan sampai kecundang disebabkan oleh sikap yang ego,tidak boleh ditegur dan mahu bersikap seperti UMNO. Buatlah musyawarah dalam Majlis Syura. Jangan keluarkan kenyataan dalam media tanpa berfikir kesannya...fikir, fikirkan...
ReplyDeleteTegur menegur tu tak salah. Tapi open di media berperang macam ni kurang cerdik sikit, tambah pula hampir dgn pru13. Lagi pula kita tahu musuh sentiasa memasang jerat. mengapa sengaja beri peluru percuma ?. Tak da jalan lain ke?
ReplyDeletePelawat Sesat.
memangpun kurang cerdik...takkan tak boleh nak jumpa dan berbincang semuanya nak keluarkan kenyataan untuk tatapan orang ramai. perkara2 macam ni akan membuatkan orang meluat dan seterusnya menjauhkan diri dengan PR.Dalam masa yang sama BN main peranan dan masuk jarum.Sebenarnya masih banyak cara nak tegur pemimpin bukan hanya dengan publish artikel dan bagi semua orang baca...Saya fikir Ustaz Azizan bukannya orang yang terlalu keras hati untuk menerima teguran kalau kena dengan caranya.
ReplyDeleteSebenarnya semua pihak termasuk bloggers, orang yang dikatakan pakar sangat dalam perlembagaan dan pemimpin semuanya nak tunjuk pandai.Akhir sekali ayam terlepas tangan bau taik...
ini bab undang2 dan Aziz Bari lebih ariff. Dia bukan cakap dari segi politik. Tak perlulah nak kritik tenang pendapatan. Kalau hang ingat Allah hang tak tulis macam ini. Rezeki tu kerja Allah. Aku dapat maklumat dia banyak dapat tawaran dgn pendapatan lumayan. Appa2 pun selidik dulu.
ReplyDeleteBukalah minda tu jangan menyokong sampai rebah.
salam,
ReplyDeletesaya sangat bersetuju dengan aziz bari. dia bercakap sebagai seorang profesional. ahli politik akan berbelit2. akan cuba menonjolkan kehebatan berpolitik, walau pun baru setahun jagung menjawat mb. azizan mungkin lama berpolitik tapi dari segi memegang jawatan dia masuh muda. dalam hubungan ini, pengalaman berpolitik tidak boleh disamakan dengan pengalaman menawat jawatan mb.
azizan telah melampaui persefahaman pr berkaitan auku. apa beza azizan dengan hassang ali yang menongkah arus dengan pendirian parti? aziz bari lebih kefahaman politiknya berbanding azizan yang penuh dengan pengalaman politik. aziz lebih melihat 4 pr 2 move forward in ensuring the road to putrajaya is smooth as possible but what azizan is doing is not only putting obstacles on the road but contributing ammo for umno to hit back at pr. as a politician azizan fails to grasp this. In this stuation who is better politician between azizan and aziz?
wallhu'alam
Hmm aku igt org2 PAS DAH MOVE FORWARD..n be more profesional..n open minded forward..tp ikut ent3 ni la..backward ada le..ni le entry yg paling bangang ..n jumud yg penah aku bc.hadoi le..pa salah org bg pendapt? n pandangn ? .. mana plak hak'freedom of xpression yg dilaung2kan selama ni?mb tak setuju cra kritik ..tapi tak yah le g personal play dirty n kick nock below the belt" last2 tunjuk sikap sendiri yg ugly..je..pa beza kurang ajar ngan ,uncourth & l/breeding? adeeh pas2. susah sgt ke nak agree to dis agree..ni if u dont agree with us u r against us...hapa la...Thanks GOD 4 TGNA n ulama2 n civillise professionals.....else sorry g baik i p tido dr p undi pa beza ngan umngok kalo da cmni?
ReplyDeleteOrang yg terlebih pandai sangat merbahaya..awas PR. Jangan jadi Hasan Ali ke2.
ReplyDelete