.

Thursday 12 January 2012

Anwar Patut Teruskan Saman Keatas Saiful


DILAPORKAN dalam banyak blog pro Pakatan Rakyat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memaafkan sesiapa yang memfitnahnya dan dipercayai beliau merujuk kepada Saiful Bukhari.

KeadilanDaily.com melaporkan Anwar sebagai berkata:

Menurut Anwar, beliau tidak berhasrat memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku, malah sedia memaafkan pihak yang memfitnahnya selama ini.

“Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam, malah sedia memaafkan.


Agak mengejutkan juga bila penulis mendapat berita dari sumber yang sama bahawa Anwar telah mengarahkan para peguamnya untuk menggugurkan tuntutan saman ke atas Saiful seawalnya pada Isnin depan.

Ideanya ialah untuk menumpukan pada perbicaraan qazaf ke atas Saiful di Mahkamah Syariah.

Sementara penulis sedar bahawa hak untuk menyaman sesiapa adalah milik mutlak Datuk Seri Anwar, penulis juga berpendapat amatlah tidak wajar untuk menggugurkan saman tersebut dikala proses pengadilan berhubung dakwaan liwat itu masih belum tamat.

Pendakwaan masih mempunyai masa sehingga 25 Januari depan untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Walaupun dengan meneruskan saman di peringkat sivil, tidak ada sebarang peruntukan undang-undang yang menghalang proses qazaf dijalankan serentak kerana ia melibatkan 2 sistem mahkamah yang berbeza.

Apatah lagi apabila penulis turut dimaklumkan bahawa penghakiman penuh oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidi Md Diah adalah sangat berbeza dengan penghakiman ringkas yang dibacakan pada pagi 9 Januari yang lepas.

Dimana yang berbeza, apa yang berbeza, semua itu masih lagi jadi tanda tanya besar. Paling tidak, penghakiman penuh ini sangat dinantikan oleh para penyokong BN untuk meneruskan fitnah jahat ke atas Anwar.

Ada yang memaklumkan penulis bahawa tindakan menarik balik saman ini adalah untuk mengelakkan Saiful dari mendedahkan kes-kes liwat yang berlaku selain daripada dalam pendakwaan asal iaitu pada 26 Jun 2008.

(Saiful pernah mendakwa telah diliwat beberapa kali oleh Datuk Seri Anwar sebelum kejadian pada 26 Jun 2008, dengan beberapa kejadian itu berlaku di luar negara).

Penulis agak skeptikal dengan pandangan tersebut sebab kerana keyakinan penulis bahawa Datuk Seri Anwar memang tidak terlibat dengan kegiatan sedemikian, tapi dengan politik persepsi melebihi fakta, adalah menjadi kesilapan besar kalau kita tidak mengambil tindakan awal mematikan hujahan sedemikian.

Penulis harap Datuk Seri Anwar tidak mengulangi kesilapan pada 2004 apabila tidak mengambil tindakan saman ke atas pengadu Azizan Abu Bakar dan Umi Hafilda seterus membiarkan persoalan ini berlegar tanpa jawapan.

Sedikit sebanyak, kegagalan tersebut menyebabkan masih ada segelintir masyarakat yang percaya Anwar terlibat dengan menjadikan komen hakim Mahkamah Rayuan yang mengesahkan penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual sebagai senjata utama.

Semua kejadian yang berlaku ini sepatutnya memberikan iktibar kepada kita untuk belajar sesuatu darinya dan tidak mengulangi kesilapan yang sama dimasa-masa akan datang.


2 comments:

  1. Saya tak setuju dgn pandangan setiap perkara perlu dibersihkan di mahkamah. Perkiraan perlu juga diambilkira ke atas risiko apabila sesuatu kes itu mungkin disensasikan. Sbg contoh seorang penfitnah boleh mengeluarkan knyataan atau dakwaan yang lebih teruk dan dihebahkan dgn tujuan yang lebih busuk oleh media BN. Ia mungkin sengaja diatur dan diburukkan ketika PR13. Langkah bijak ialah cuba tutup sebarang ruang yang boleh memberi peluang manipulasi berlaku. Saya setuju dngn langkah DSAI meneruskan kazaf kerana ia saluran Islam.

    ReplyDelete
  2. DSA sudah belajar.......Tindakan melapur tetang kes 40 dalil membuka ruang utuk siasatan terperinci yang kemudia memerangkap diri sendiri.
    Tindakan melapur Dato T kepada polis menyemarakan lagi penyebaran video Cina Doll di Internet-banyak yang ternganga melihat nya.
    Kalau saman Saiful akan membuka ruang untuk siasatan lagi.........bicara lagi: BANYAK KERJA & BELANJA. Walaupun Saiful kalah berapa duit dia boleh bayar: dia kena bayar PTPTN dulu ha ha offer 20% discount!!!Kalau dia termenang macam mana? Kan susah.
    Tunku Abdul Rahman Putra bersara pada Umur 68 tahun semasa dia 64 dia dah di gugat 66 kuasa di sekat . DSA dah 64 walaupun masih power tapi sudah tua tidak boleh bertahan lama. Dia akan di gugat oleh generasi muda tidak lama lagi.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist