.

Wednesday 14 December 2011

Tangga Gaji Baru 2012 SBPA. Pekeliling SBPA Telah Keluar Secara Rasmi!!!

Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi.

DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)
67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Link JPA:
SBPA UMUM : KLIK
SBPA GURU : KLIK
SBPA PDRM : KLIK

Jadual Pemindahan Gaji
PnP
Pelaksana Diploma
Pelaksana STPM
Pelaksana SPM
Pelaksana PMR
Skim Perkhidmatan Bersepadu
Skim bawah SPRM
Skim Bawah Maritim

Fail yang boleh di muat turun adalah seperti berikut:
Fail 1: Dasar Baru Perkhidmatan dan Opsyen SBPA
Fail 2: Persaraan dan Faedah Persaraan
Fail 3: Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Fail 4: Struktur Perkhidmatan

Antara Kandungan Pekeliling SBPA 2012 ini yang dianggap penting & menarik perhatian kami ialah :

STRUKTUR GAJI
Gaji Single Point
27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.
Gaji Minimum – Maksimum
28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris
29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.
30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.
31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.

Prinsip Pemindahan Gaji
32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.
Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.
36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.
37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8

Pergerakan Gaji Tahunan
40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang
41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.
Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)
44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.

Setakat ini antara tangga gaji SBPA 2012 yang berjaya diperolehi antara ialah :
Tangga Gaji Baru Guru
tangag gaji guru DG32
tangga gaji guru DG34
tangga gaji guru DG 44
tangga gaji guru DG 48
tangag gaji guru DG52
tangga gaji guru DG54




Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan):-
SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95) => SPM
SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 ==> SPM
SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) ==> SPM
SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150) ==> => Untuk sijil politeknik bertaraf STPM
SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)


Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)
Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)



Kakitangan awam hanya diberikan tempoh selama 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 bagi memilih samada SBPA atau kekal dalam sistem lama SSM.


P/S : Setakat ini kaedah perlaksanaan telah dikeluarkan secara rasmi. Tangga gaji SBPA masih belum dikeluarkan lagi buat masa ini…Ramai yang inginkan lampiran C, tetapi masih dimuat naik lagi. Sebenarnya inilah yang menjadi tanda tanya sebahagian besar kakitangan awam. Tangga gaji biasanya akan diedarkan oleh Jabatan masing-masing.



PP/S : Apa pandangan & pendapat anda selepas meneliti pekeliling SBPA tersebut?


Berita semasa

29 comments:

  1. Jika dilihat pada tangga gaji guru yg dipamerkan dan jika benarlah sebenar yg dipamerkan bermakna guru2 telah diperbodohkan oleh najib...tiada perubahan apa2 yg berlaku pd tangga gaji diawal perkhidmatan cuma diperpanjangkn tahun khidmat jer...bermakna guru2 dibodohkan skali lg oleh KERAjaan negara ini.Contohnya untuk gred dga32, tangga gaji permulaan sekarang(SSM)RM2416.06 manakala tangga gaji bg skim yg dihebohkan (SPBA) juga pd jumlah yg sama RM2416.06. Cuma dipanjangkan tahun khidmat yg mana jika dlm SSM skrg gaji maksima berada dlm baris kedua atau P2 dan sekarang dibuang P2 utk dijadikan 1 baris...begitu juga utk gred bg41 dan dg44...sifir yg sama dgn gred dga32 digunakan..memang gila dan memang nak bodohkan golongan guru jer ni...wahai guru2 adakah engkau sggup ditipu najib?

    ReplyDelete
  2. manjang x pandai bersyukur...ader je x x kena...

    ReplyDelete
  3. skim bodoh...mmg sesuai tuk org2 kerajaan yg sering dibodohkan....kehkehkeh

    ReplyDelete
  4. anonymous..klu tgk btol2 sifir gaji yg d post kt atas ni SSM pnya n bkn SBPA...kenyataannya sifir gaji sbnr blm kuar lg..klu tgk gaji DG48 kt Buletin utama 7/12 yg lepas gaji minimum gred 48 rm4520 n max rm8840..yg atas ni bukan SBPA..

    ReplyDelete
  5. Y ATAS TU SKIM SSM LA...SALAH TU,,,,,TULA TAKNAK BELAJO...BODOHKAN ORANG JE

    ReplyDelete
  6. Elaun pelapis kakitangan kerajaan tak naik ke? lama x nek ni.. huhu

    ReplyDelete
  7. saudara diatas berkata "jika" sahaja...maknanya dia sendiri blum yakin yg diatas tu tgga gaji yg telah disahkan...jd,jgnlah cpt kutuk dia awal sgt...dia buat ulasan berdasarkn apa yg di tgk kat atas jer...kita pn kena cerdik gak...klu terus kutuk kita jd mcm dia gak yg terus bg komen...sya x sokong dia cuma krna dia guna prkataan 'jika' shj sokong tlg bg ingatan pd saudara/ri agr jgn cpt bg komen buruk kt dia...biarkn dia tgk yg sbnar dulu..mgkin dia akn cerdik gak lps ni...

    ReplyDelete
  8. spba mendikriminasikan penjawat awam, apsal time based hanya untuk guru2 sahaja? tidak kepada semua penajwat awam lain? memnag sial kerajaan najib nie

    ReplyDelete
  9. JOM BERHENTI KEJA gomen.

    ReplyDelete
  10. Memang patut pun guru tak perlu naik gaji lagi...tiap2 tahun banyak kemudahan diberikan kepada guru2.Aku tengok kerja guru tak teruk mana pun.. berniaga MLM lagi kat sekolah. Bawa katalong jual direct selling kat sekolah lepas tu berbual2 kosong.

    ReplyDelete
  11. Anonymous 08.37 cer crita kemudahan apa yang diberi untuk guru..makin byk kerja adalah, kalau dulu2 guru hanya mengajar tp kini gurulah guru, kerani, jurulatih, jururawat dan yg paling best..basuh taik murid yg terberak dlm kelas..ha3x

    ReplyDelete
  12. apa nak hebohkan, semua tu daki dunia shj..alfulus fid dunia wal mampus fil akhirah...yg pasti haq rakyat wajib/patut sampai kpd rakyat..jgn berlegar pada golongan yg satu shj(pemimpin kaya raya)berbeza sungguh dgn TN Guru Nik Aziz

    ReplyDelete
  13. Itu gaji Guru, apakah kemudahan yang diperolehi oleh orang bekerja sendiri dan pekerja swasta ? sama-sama bayar macam-macam cukai dan mengundi kerajaan yang menjadi pemerintah hari ini. Tak ada apa-apa pembelaan , bekerja keras & kemudian terpaksa bayar cukai tapi segelintir golongan yang dapat faedah. Seruan kpd golongan yang dilupai oleh kerajaan jangan kita beri mandat kpd kerajaan BN & UMNO DLM PRU 13.Sudah tiba masanya golongan majority ini menyahkan kerjaan BN&umno dari tampuk pemerintahan negara.

    ReplyDelete
  14. Pesanan daripada Bah Saraan JPA semasa Taklimat SBPA 9 Dis lalu : jadual gaji memang tak akan diupload dalam laman web. Ini penting untuk menjadikan jadual gaji P&C untuk sektor awam dan juga mengelakkan pihak lain yang tak bertanggungjawab memanipulasikan kenaikan gaji dengan kenaikan harga barang yang melampau

    ReplyDelete
  15. Sudah la...semua mkn gaji..nak lebih kena usaha lebih la...skrg ni cikgu2 wat apa... dok bg tusyen je..duit pun masuk....semua kerja sama2 susah..x caye p la berhenti...ambik jadi cikgu swasta tengok....rasanya 10 % ja yg mampu bertahan....sudah la..belajar bersyukur.... cikgu yg x bersyukur mcm ni la x da keikhlasan...bukan zaman2 cikgu dulu...mengajar dengan ikhlas... kami yg j17 ni selama ni mkn gaji spm x kata apa pun..dpt rezeki...x dapat itu kerja tuhan... tp skrg najib dah bagi...bersyukur la... mana ada cikgu la..pakai wira je...70 % pakai vios siot....mana nak cukup pasni gaji naik dah pakai altis...duit belanja dok banyak 2 la.... memang x cukup...buku teks anak2 dpt lagi...kami kena beli sendiri la...x kan gaji kami ni j17 tinggi dari cikgu kot...

    ReplyDelete
  16. SSB
    SSM
    SBPA..

    aku tetap PKR

    ReplyDelete
  17. Jadual Gaji adalah dokumen TERHAD

    ReplyDelete
  18. kakitgn kerajaan lain lani semua tengah ke....cikgi la ni wat ape....melancong, lepak kedai kopi siang mlm, berkebun...maklumla cuti 1 bulan 1/2...yg paling membangkang golongan ni jugak, belajar2lah bersyukur...

    ReplyDelete
  19. cuba pi tengok qrts guru...keta apa yg dia org pakai....mewah beb...keja setengah hari...org lain keja setahun 12 bulan ...depa keja setahun 10 bulan ja....apa nak lg...

    ReplyDelete
  20. apasal gaji guru jer yg semua org pertikai...gaji tentera yg spm nya 3 tapi melebihi guru naper x nak pertikai...mcm2 elaun dapat...x der sapa pertikai pun....setiap sesuatu tu ada hikmahnya....kl nak pertikai lebih senang pertikai N...tgk2 ler sendiri....apa2 pun alhamdulillah...syukur...lebih baik naik sikit dr x naik langsung...kan...kan...kan

    ReplyDelete
  21. Klu x pernah jd cikgu jgn pertikai kerja guru.. Kamu tak tahu apa2... Bagi pendapat yg kamu betul2 tahu shj.. Jgn tunjuk sgt ke'pandai2'an kamu.. Buat malu jer...

    ReplyDelete
  22. Tahnye.. Blaja la bersyukur.. Idup kalu tak bersyukur tu yang x cukup memanjang.. orang tak bersyukur ni bagi la gaji RM10,000 pun memang tak cukup jugak.. kira bagus la time base pun dah 8 tahun. orang gomen lain kena tunggu 15 tahun... Kalu rasa beban sangat dan tak sesuai benti cari kije lain.. mungkin kije lain cikgu2 yang bijak pandai ni dapat lagi banyak. Tak guna cakap banyak..

    ReplyDelete
  23. terima kasih atas kepimpinan tn. hj. najib yang cekap dan cemerlang...dan juga atas keperihatinan beliau dalam melaksanakan skim baru ini yang dikatakan sangat efisyen.

    ReplyDelete
  24. iyela...blajar2 la bersyukur, cikgu2 dh boleh senyum balik sbb kerajaan dh hapuskan kerja 9 jam untuk cikgu...boleh la smbung wat part time balik lepas nie...gaji nk banyak...

    ReplyDelete
  25. nk mengata biarlah bertempat. napela korang ni busuk hati sgt dgn cikgu2... klau d jabatan kerajaan lain, gred 41 x yah tggu 8 thn utk naik pangkat... kalu korang nk wat MLM atau keja part time, x de org nk marah... nak gaji lebih usaha pn kena lebih. bersyukur atas nikmat rezeki yg ALLAH beri... ikhlaskn diri walau apapn jawatan korang... kalau rasa korang bagus sgt, amik diploma pendidikan dan tukarlah opsyen jadik cikgu pulak...

    ReplyDelete
  26. secara umumnya yang banyak mengutuk dan mengata gomen sume x betul pun golongan ni lah....yang x pernah rasa cukup pun golongan ni lah....dan yang paling mendapat perhatian dan dimanja dari gomen pun golongan nilah...sebabnya golongan guru adalah kumpulan pekerja terbesar di negara ini....itu sebabnya dia org mendapat perhatian yg lebih dari gomen dan agak besar kepala....inilah golongan yg mendapat gaji paling besar berbanding jumlah jam bekerja yg paling sedikit...so kasihanilah lain2 golongan pekerja di sektor awam yg lain...

    ReplyDelete
  27. ya la korang kutuk la golong pendidik, ilmu korang x kn berkat.. ckp org x bsyukur tp sdri x bsyukur dapat ilmu dr guru.. atau korang belajar dgn orang utan?? lenkali kalo x puas ati, aply la jd cikgu.. aku cabar spa yg kutuk guru2 !! berani??? pengecut, tau komen je...~ nama sya bukan anonymous, nama sya JAIZACK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brother sekelian.. Walau apa pun fahaman politik kita, tolonglah jangan di bawa seiring dengan kita kemana mana sahaja kita pergi. Kerna, nampaknya kita lebih cenderung membawa fahaman politik parti dari fahaman agama. Atau kita memang cetek tentang agama Islam dari segi feqah, tauhid, tassauf dsb.. Yang mana lebih kearah agenda politik parti yang suka menghina, menghentam dan dendam teramat, dari, ke arah wacana yang lebih sihat. Paling tidak pun, buka lah sedikit buku sains politik dan belajarlah undang undang untuk mudah bersaing di pentas yang lebih standart dan boleh menyaingi si india yang gemar putar belitkan kita..

      Delete
  28. ALhamdulillah...naik 5 ribu lebih...Amin, Syabas Najib! Two Thumbs Up!

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist