.

Wednesday, 14 December 2011

PEMUDA AKAN TENDANG UMNO/APCO-BN

ALHAMDULILLAH!!!

Orang mudalah yang akan turut bersama dengan rakyat Malaysia yang lain untuk menumbangkan Kerajaan UMNO/APCO-BN yang korup, salah guna kuasa, tiris, seleweng, dan menganiaya Melayu. Rakyat Malaysia akan lebih bahagia dan menikmati keadilan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Hal ini telah dibuktikan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, dan Perak (walaupun hanya 11 bulan).


Rakyat tidak akan lupa tentang kerakusan UMNO/APCO-BN merampas Perak melalui jalan belakang dan kemudian memperlembukan mahkamah untuk terus berkuasa. Rakyat Perak terutamanya masih terbayang peristiwa Speaker Sivakumar diusung keluar secara paksa bersama-sama kerusinya.


Mahkamah kata mereka tiada kuasa campur tangan dalam hal ehwal Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila Sivakumar membuat tuntutan. Merampas DUN melalui pintu belakang boleh pulak. Yalah itu bukan DUN punya hal. Itu UMNO/APCO-BN punya hal. UMNO/APCO-BN semua boleh.


Pakatan Rakyat bersidang di bawah pokok tak valid. Amalan double standardyang diamalkan oleh UMNO/APCO-BN itu akan diberi titik noktah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) nanti.


KITA LAWAN SAMPAI UMNO/APCO-BN KALAH!!!


SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist