.

Thursday 29 December 2011

SPBA -IDEAS Dakwa Kerajaan Kurang Tugas

KUALA LUMPUR – Institut bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) mendakwa kerajaan kurang tegas dengan aspek markah pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) yang dicadang di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

IDEAS melalui satu kenyataan media mendakwa, kurang ketegasan dalam soal tersebut sekadar menunjukkan bahawa tidak ada cara mudah untuk menghentikan penjawat awam yang gagal menunjukkan prestasi memuaskan.

“Mana logiknya jika mereka yang gaji dibayar oleh rakyat boleh kekal sehingga bertahun-tahun walaupun mereka jelas lemah.

“Adakah wang rakyat begitu murah dan boleh dipermainkan sebegitu sekali oleh para penjawat awam yang gagal,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Pada 27 Disember lalu media melaporkan perbincangan hampir lima jam antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membawa hasil apabila markah prestasi untuk markah pelaksanaan Dasar Pemisah diselaraskan serta-merta dalam mesyuarat itu.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman dipetik sebagai berkata, JPA bersetuju untuk menurunkan markah Dasar Pemisah daripada 70 kepada 60 yang bermakna penjawat awam hanya akan dimasukkan ke dalam Dasar Pemisah kalau gagal mencapai 60 markah.

Dalam pada itu, kata kenyataan itu, penstrukturan semula SBPA diharap tidak akan menjejaskan pertumbuhan sektor swasta yang memacu ekonomi negara.

Menurut kenyataan itu, hal itu akan memberi kesan kepada keseluruhan aspek ekonomi seperti pergerakan buruh dan modal, pendidikan, kadar inflasi, kitaran perniagaan, serta kadar gaji dan upah di sektor swasta.

Dakwa kenyataan itu lagi, kekayaan negara dijana oleh sektor swasta manakala sektor awam pula membelanjakan kekayaan tersebut.

“Sektor awam tidak menjana hasil manakala pendapatan sektor awam adalah diambil daripada kekayaan yang dijana oleh sektor swasta untuk dibelanjakan,” dakwa kenyataan itu.

Sehubungan itu, kata kenyataan itu, dalam usaha membangunkan ekonomi, negara mesti memastikan mereka yang berbelanja tidak melebihi mereka yang mencipta kekayaan. dan skim baru seperti SBPA perlu mengambil kira hal tersebut. – mynewshub.my

2 comments:

  1. sektor awam tak menjanakan hasil?...abis tu cukai(eksais & pendapatan) misalnya...sapa yg kutip?...walaupun x sebanyak cukai2 yg lain tapi masih juga sumbangan utk negara...selain dari tu hasil juga terdapat dlm pelbagai bentuk, cthnya rakyat yg berilmu pengetahuan hasil sumbangan para guru sekolah(k/tangan awam)...kalo rakyat malaysia x belajar menulis, membaca & mengira mampukah sektor swasta menjana hasil@kekayaan yg disebut tadi?...kpd ahli2 IDEAS, adakah anda belajar & berguru dgn dewa kayangan sehingga anda berasa terlalu bijak & angkuh utk mengiktiraf sumbangan pihak lain(sektor awam) dlm usaha memajukan negara malaysia tercinta?

    ReplyDelete
  2. “Sektor awam tidak menjana hasil manakala pendapatan sektor awam adalah diambil daripada kekayaan yang dijana oleh sektor swasta untuk dibelanjakan,” dakwa kenyataan itu.

    PERKHIDMATAN AWAM MEMANG SEKTOR YG TAK BUAT UNTUNG, SALAHKA? NAMA PUN PUBLIC SERVICE,,PENYUMBANG TERBESAR DARI SEKTOR SWASTA IALAH PETRONAS (40%?), APA PRODUK PETRONAS SELAIN HASIL BUMI? DAN APA PULAK PRODUK2 YG DIKELUARKAN OLEH SEKTOR SWASTA LAIN SPT PENGILANG2 YG MEMERLUKAN 'INPUT COMPONENTS'? SEMUA SEKTOR SWASTA DIMILIKI (OWNED) TERMASOKLAH PETRONAS (YG SEPATUTNYA HARTA NEGARA), AGAK2, SAPA LA TUAN PUNYA?

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist