Wednesday, 21 December 2011

Jangan bayar lagi cukai pintu, tunggu PAS menang

KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu telah pun melaksanakan janji manifesto ketika memerintah negeri Terengganu diantara tahun 1999 hingga tahun 2004.

Antaranya adalah menghapuskan bayaran TOL Jambatan Sultan Mahmud dan mengecualikan pembayaran cukai pintu rumah kediaman.


Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, PAS sudah pun menegaskan 'ikrarnya' akan terus membantu rakyat sekiranya diberi mandat selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

"konsep kita lain, kita sudah rangka (program) untuk (membantu) orang susah, kita tak beritahu (semua), kita dah siap manifesto kita, kita hanya beritahu 5 (perkara) dahulu,

"tak boleh beritahu semua, nanti umno ni tipu dan tiru. Dia tiru apa yang kita buat, mereka tak pandai pun,"ujarnya dalam Majlis Dailog bersama Warga Tionghua Kuala Terengganu pada 17 Disember lalu.

Menurutnya, PAS akan meneruskan dasar pengecualian cukai pintu rumah kediaman bagi membantu mengurangkan beban sara hidup penduduk bandar yang semakin meningkat.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mengesyorkan, kepada mana-mana warga bandar tidak perlu membayar cukai pintu sekarang dan tunggu sehingga PAS menang selepas PRU-13.

"antaranya kalau kita (PAS) menang, nak tolong rakyat, cukai pintu rumah kediaman, kita kecuali sementara ini, kalau ada yang tak bayar cukai pintu rumah, jangan bayar, tunggu kita menang,"ujarnya.

Menurutnya, hampir 80% warga bandar di seluruh negeri Terengganu tidak membayar cukai pintu kerana beberapa sebab termasuk tidak puas hati dengan khidmat yang diberikan oleh pihak Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya.

Beliau selaku bekas Exco kerajaan PAS Terengganu berkata, pemerintahan PAS tidak menekan rakyat bagi meningkatkan hasil negeri, kerana pandai mencari sumber-sumer pendapatan lain./buletinonline

1 comment:

  1. Pakcu Rantau Panjang21 December 2011 at 17:29

    Salam perkenalan dari Pakcu.

    Seronok juga baca catatan blog puan. Bagus juga ya di Trengganu tak kena cukai tapi di Kelantan , kerajaannya mencekik rakyat melalui cukai pintu. Kalau tempat Pakcu cukai pintu dibayar perkidmatan tak berjalan lancar. Kadar cukai melambung pulak tu...

    Longkang tak dibuat dengan sempurna , hasil mahshor di bawa ke Pasir Mas dan Pekan Rantau Panjang tertinggal dibelakang. Wal hal 80 % peniaga di disini adalah orang Melayu dan kutipan hasil lebih tinggi dari Bandar pasir Mas sendiri. Itulah yang di panggil Membangun Bersama Islam...

    Beruntung juga kedai-kedai China yang tak dikenakan cukai dengan janji manis PAS tuuuu... entahlah ..Labu

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)