.

Saturday 17 December 2011

Imej langsuir berjaya dirakam di Kulim Hi-Tech


HI-TECH - Misteri lembaga putih dipercayai langsuir yang dilaporkan sering bertenggek di atas paip air di jalan masuk ke Taman Kulim Perdana terjawab apabila imej objek putih yang sedang terbang berjaya dirakamkan Sinar Harian kira-kira jam 2.45 pagi semalam.


Sebelum ini, Sinar Harian dimaklumkan orang ramai mengenai kewujudan makhluk itu dan ia sering ditemui berterbangan sekitar kawasan ladang kelapa sawit berdekatan sebelum bertenggek di atas paip air.

Ketika imej berkenaan dirakam, keadaan di sekitar kawasan itu gelap dan hujan renyai.


Sebelum penggambaran dibuat, perkhidmatan pengamal perubatan tradisional terdiri dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina turut digunakan untuk memastikan lembaga yang selama ini menghantui tempat itu dirakamkan.

Selain kemenyan dan setanggi, beberapa peralatan lain turut digunakan. Malah, pengamal perubatan Cina yang hanya mahu dikenal sebagai Tan turut menjalankan upacara pemujaan di lokasi terbabit dan ini adalah hari ketiga cubaan untuk merakamkan imej lembaga itu.

Sebelum imej berjaya dirakamkan, terdapat beberapa gangguan berlaku seperti salakan anjing yang kuat dan sayup serta bau bunga kemboja yang sering ditemui di tanah perkuburan.

Perasaan seram sejuk semakin kuat dan menyebabkan dua daripada empat orang yang berada di lokasi mengambil keputusan untuk beredar dari kawasan itu.

Daripada pengamatan dibuat pada imej lembaga berkenaan, ia tidak bermata dan badannya putih seakan-akan dibalut dengan sesuatu.

Ketika rakaman dibuat, lembaga itu terbang dengan keadaan mukanya menghadap ke hadapan di belakang wartawan Sinar Harian yang sedang duduk di tepi pembahagi jalan.

Seorang pengamal perubatan tradisional Melayu yang dikenal dengan nama Rosli berkata, terdapat lima lembaga sekitar kawasan itu dan imej yang berjaya dirakamkan adalah yang ketiga.

Menurutnya, sebelum ini, pokok besar dan hutan tebal di sekitar kawasan itu menjadi tempat tinggal mereka, tetapi setelah ia diteroka bagi tujuan pembangunan, makhluk ini terus mendiami tapak lamanya.

“Makhluk halus, jin, iblis dan syaitan memang wujud dan kita harus mempercayainya. Mereka muncul setelah diseru dan dipuja.

“Kita boleh berkomunikasi dengan mereka jika kita mempelajari ilmu tertentu. Selain itu, makhluk ini turut mengenali dan akan membenci individu yang tahu asal-usul mereka,” katanya. - Sinar Harian

3 comments:

  1. Kembalikan cerita Hantu supaya masyarakat kembali mempercayai ,bagi mengubah pemikiran mereka daripada amalan agama.

    Bila ini semua berlaku.,mudahlah musuh musuh Islam mempengaruhi mereka.,sahingga merosakan aqidah kepercayaan bahawa yang lebih berkuasa itu hanya Allah s.w.t.dan Muhamad itu penghulu kita.

    Kemudian segala kepincagan, penipuan politik akan sendiri nya di lupakan.,di tambah pula dgn kehidupan yg.kian mencabar dgn pendapatan berkurangan apaila harga barangan melambung tinggi.

    Akhirnya setiap mereka akan mengundi pada siapa yg.bolh menabur wang walaupun nilai nya hanya dengan sekampit beras,sekilo gula,atau sebungkus nasik lemak dgn air kotak.

    Yahudi Nasrani tidak akan senang selagi melihat umat Islam itu masih percayakan Agama nya.

    Wanauzubillahiminzaliq.

    ReplyDelete
  2. media yang memandulkan fikiran rakyat

    ReplyDelete
  3. kah kah bodoh nya mahfus dan ahli PAS ni anwar memang la dah bodoh bangang 3dr class pengajian sjarah bukan bidang ekonomi pun....tuduh Tun minta bantuan IMF apasal tak kata terus tambatan ringgit bukan idea Tun Dr M ,tu idea dia yang buat kah kah kah...bodo bertingkat tingkat Bang Non ni.......

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist