KUALA LUMPUR, 18 Dis ― Isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) turut menjadi perhatian perhimpunan membantah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) petang ini, dengan pemimpin kanan Cuepacs memberi kerajaan amaran - jangan mencetuskan “perang” membabitkan kakitangan awam yang rata-rata tidak puas hati dengan sistem gaji baru ini.
Pelaksanaan SBPA dilihat akan menjadi satu lagi ujian kepada pentadbiran Najib menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata, pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, sudah pun mencetuskan rasa tidak senang di semua lapisan perkhidmatan awam khususnya mereka dalam Kumpulan Pelaksana.
Kumpulan Pelaksana sebelum ini dikenali sebagai kakitangan Kumpulan Sokongan I dan II.
“Saya minta kerajaan jangan cetuskan perang, kakitangan awam ada 1.4 juta orang, saya berharap kerajaan jangan wujudkan pertikaian dengan melaksanakan SBPA,” kata beliau yang menimbulkan isu NFC, projek ternakan lembu yang dikaitkan dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno, dalam ucapannya.
Kemudian ketika ditemui The Malaysian Insider, Zainal yang juga pemimpin kanan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata, ramai beranggapan bahawa projek NFC yang menggunakan RM250 juta dana awam itu sebagai satu pembaziran.
“Mengapa RM250 juta boleh dibazirkan dalam projek lembu, kata nak keluarkan lembu dalam setahun dalam sekian-sekian jumlah, tetapi tak jadi, gagal,” soal beliau yang menyamakan mengapa kerajaan tidak boleh memberi manfaat lebih baik bagi kakitangan awam menerusi SBPA.
Masalah dan kegagalan projek NFC ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.
“Kerajaan kata gunakan hampir RM3 bilion untuk melaksanakan SBPA, siapa rasai jumlah yang besar? (Difahamkan) seramai 36 penjawat Kumpulan Premier dapat bahagian peruntukan (dalam bentuk perubahan gaji) hampir RM200 juta, hanya sekitar RM300 juta bagi Kumpulan Pelaksana,” katanya lagi.
Rata-rata kesemua pemimpin yang bercakap pada perhimpunan petang ini melahirkan rasa tidak puas hati yang timbul khususnya berkaitan perubahan gaji di bawah SBPA.
SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis sekarang.
Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perubahan gaji - kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus.
Ia sebahagian daripada langkah menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Cuepacs mendakwa kenaikan gaji bagi kebanyakan kakitangan awam khususnya Kumpulan Pelaksana adalah kurang daripada tujuh peratus, yang turut menjadi harapan.
Satu slaid yang ditunjukkan kepada lebih 2,000 orang yang menghadiri perhimpunan hari ini menunjukkan penjawat kategori JUSA C menerima kenaikan hampir 45 peratus di peringkat permulaan gaji berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).
SBPA akan menggantikan SSM.
Maklumat itu menunjukkan kategori Satu JUSA C menerima gaji permulaan RM$6,595 di bawah SSM dan akan dibayar RM$12,000 jika menerima SBPA, Kategori Dua (SSM RM$7,236; SBPA RM$12,645), Kategori Tiga (SSM RM$7,939; SBPA RM$13,345), Kategori Empat (SSM RM$8,710; SBPA RM$14,115) dan Kategori Lima (SSM RM$9,480; SBPA RM$14,885).
Cuepacs mahu membangkitkan lima poin komponen dalam SBPA semasa pertemuan dengan Najib minggu ini.
Dua poin utama ialah menangguhkan urusan penerimaan opsyen dan membatalkan dasar pemisah atau ‘exit policy’./TMI
Sunday, 18 December 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
biasalah che omar, belajar setakat PMR, SPM takkan nak gaji setaraf JUSA. sedarlah diri sikit.kerajaan tak usah dengar presiden kopek yg ngaji tak tinggi tu.
ReplyDeletesedar diri: usah menghina kerana diri kita sendiri pun entah dimana disisi Allah. Jangan bangga dengan apa yang ada didunia yang pasti ditinggalkan bila mati nanti.
ReplyDeleteWoi sedar diri jangan sombong, ditakdirkan Allah jadikan ANAK awak PAR ke PRA awak setuju ke dgn gaji mcm tu, lahabau...
ReplyDeleteklu gaji tinggi disebabkan pangkat tinggi buat ape..bkn ade buat keje sgt pn.asyik pergi taklimat,last2 abis semua claim perjalanan utk dia sorg jer.org lain xmerasa.elaun mcm2 dapat,elaun org bawahan ditarik.mane ada keadilan mcm ni.yg buat keje org bawah,yg beri arahan yg gaji tinggi.lain la swasta,org atas yg buat keje dan beri arahan kpd org bawah.
ReplyDeletenak sokong pun pada-padalah
ReplyDeletebukan gaji besar atau kecil yng diperjuangkan, tetapi keadilan untuk semua. sedar diri nampak angkuh dan bersikap pengampu. ingat yang besar/pandai takkan sempurna sendiri tanpa sokongan dan dokongan yang kecil/ bodoh. Allah jadikan ia saling lengkap melengkapi. sedar diri nama tak serupa dgn peribadi/akhlak.
ReplyDeletekpd encik sedar diri,
ReplyDeleteanda sebenarnya x paham situasi. bknnya org taraf rendah cam saya nk gaji tinggi cam jusa ke juba ke dsb....kami cuma sekadar mau keadilan...lagi pun duit @ harta @ pangkat yg besar x dapat nak bawak masuk lubang kubur & hanya kain kapan yg harganya x seberapa jd balutan tubuh/jasad kita d sana.
Cuepacs ni memang perjuang kumpulan pelaksana je....masa semakan semula gaji dulu Kumpulan sokongan dapat 25% senayap je...kumpulan pengrusan dapat sikit tak diperjuangkan pun...
ReplyDeleteNak tahu apa Cuepacs buat? Skim guru jadi cacamarba tapi Cuepacs diam saje...Search google tentang kumpulan guru dg2941...siapa yang perjuang nasib mereka?
Terimalah je SBPA...nampak sgt Cuepacs perjuang kumpulan pelaksana saja...padanlah dgn kelayakan...itulah hakikat skim gaji kita.
ayuh org2 gomen kita kasi tukar..tak mustahil perubahan akan lebih baik drpd yg kita kecapi hari ini, bertukarrr!!!
ReplyDeletesenang cerita...tukar je kerajaan....kita kitengok kerajaan baru mcam mn?
ReplyDeletebelum dapat dah kecoh apa cer......
ReplyDeletesyabas quepac..kuatkan hati ikut landasan..biar majupun negara tapi persatuan tetap tegas... hak rakyat hak kakitangan awam juga..bukan hak individu
ReplyDeleteCuepacs ni memang perjuang kumpulan pelaksana je....masa semakan semula gaji dulu Kumpulan sokongan dapat 25% senayap je...kumpulan pengrusan dapat sikit tak diperjuangkan pun...
ReplyDeleteNak tahu apa Cuepacs buat? Skim guru jadi cacamarba tapi Cuepacs diam saje...Search google tentang kumpulan guru dg2941...siapa yang perjuang nasib mereka?
Terimalah je SBPA...nampak sgt Cuepacs perjuang kumpulan pelaksana saja...padanlah dgn kelayakan...itulah hakikat skim gaji kita.
1.dulu masa zaman pak lah!puak pro dg 41 keatas dapat kenaikan 10% berbanding 15% dan 25% puak pekerja sokongan!ada cuepecs kisah!buat perhimpunan!
2.cuepacs ni dok perjuangankan puak kakitangan sokongan je!
3.yang dok pertikaikan gaji jusa tu!hangpa ingat senang kah nak dapat JUSA!
4.berapa elaun presiden cuepacs!dapat title datuk lagi!ada orang kisah!
5.yang dok rasa tak puas hari!sila berhenti!ramai lagi yang tak ada kerja ingin masuk dalam perkhidmatan awam ni!hangpa tenguk kerja macam guru,jururawat,polis,askar dll!berebut anak muda minta tiap-tiap tahun!malah tahun lepas dalam pemilihan konstabel polis!ada yang berijazah!master minta jawatan konstabel polis je!
6.kalau tak reti besyukur berhenti je lah atau kekal pasa sistem yang lama!
ABIS YG DOK BANDING GRED 32/36 TU DGN GRED 41 APE CITE? INGAT SENANG KE NK NAIK GRED DR 27 NI? 32 TU MAYBE SENANG TP 36? KO GRED 32 SAMBUNG BELAJAR DPT GRED 41.. MANA MANA PN KALO GRED 32 DPT 41 DULU BKN 44 TERUS.. KO PATUT PERJUANGKAN YG MANA GRED 32 SAMBUNG BELAJAR CAM CIKGU TU TERUS KE GRED 44 BKN NK BANDINGKN BRP % 2007 DULU..
MEH AKU WAT KIRA KIRA BRP GAJI DORANG DPT 2007 DULU.. TKYAH BANDING GRED NAIK PANGKAT..
AKU AMIK GRED LANTIKAN SKIM N P1T1, GRED LEN PN LEBIH KURANG JE
(GAJI SSM 2007 - GAJI SSM SBLM 2007)
GRED N1 35% KGT 40.84
649.15 - 480.85 = 168.30
GRED N11 35% KGT 40.84
709.59 - 525.62 = 183.99
GRED N17 25% KGT 49.91
820.38 -656.30 = 164.08
GRED N27 25% KGT 66.55
1204.55 - 963.64 = 240.91
GRED N41 15% KGT 90.47
1690.26 - 1469.81 = 220.45
KO NMPK TK GAJI KO LEBIH TINGGI DR GRED BAWAHAN?
TU PN NASIB BAIK KO TK DILETAKAN GAJI P1T1 BILA KO DPT GRED 41 DR GRED 32 KN?
kenaikan gaji ssm ke sbpa mesti percent yang sama.Contohnya kalau 7% beiah semua sama. Bukankah itu adil? kalau gaji permulaan T1 naik 7% dari ssm ke sbpa bermakna gaji T5 ssm ke sbpa pun mesti naik 7%. Jangan berat sebelah. kami semua kerja. Yang muda baru berkerja dan yang lama semua nak keadilan . Bukan takut exit polisy tetapi ketidak keadilan.
ReplyDeleteRasanya ini semua angkara Policy Maker, nak bagi untung kendiri menjelang PRU13, kerena mereka dah agak kerajaan BN akan tumbang, so sebelum tu kautlah keuntungan.
ReplyDeletegred bawahan yang tak bersykur...dulu mak bapak suruh belajar , dia malas...nak kerja terus..sekarang nak gaji tinggi
ReplyDeleteramai pekerja gred bawahan punyai kululusan dip. dan juga ijazah tapi terima gaji ikut jawatan bukan kelulusan, ada polis knstabel lulusan u tapi terima gaji spm, bukan malas belajar
Deletesupreme hoodie
ReplyDeletepalm angels clothing
goyard bag
jordan shoes
supreme t shirt
supreme outlet
Golden Goose Deluxe Brand
fear of god essentials hoodie
yeezy boost 350
bape