.

Friday 4 November 2011

PROJEK KOMA, MENTERI PELAJARAN LEPAS BEBAS?

Oleh : CHANG SHAK HUNG

LAPORAN Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan baru-baru ini, telah menampakkan laporan yang mantap dan hampir merangkumi kesemua aspek di dalam kerajaan, tidak kira di peringkat kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri, serta anak-anak syarikat di bawah kerajaan.

Namun yang demikian, terdapat laporan yang tidak sedap didengar iaitu berkenaan dengan ‘Projek Makmal Komputer Di Sekolah’ yang memakan kos sebanyak RM302.14 juta di seluruh negara.

Walaupun projek gagal, tetapi mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien lepas bebas tanpa sebarang tindakan; sekalipun terlibat dengan salah laku dan salah urus kementerian Pelajaran sehingga membazirkan dana awam.

Apa yang memeritkan lagi kerana projek berkenaan yang dijalankan di Sabah telah diperuntukan sebanyak RM160.73 juta yang melibatkan pembinaan 300 makmal komputer di Sekolah Rendah dan Menengah di Sabah.

Menurut laporan berkenaan, projek berkenaan yang hanya diberikan kepada sebuah kontraktor, TimeCom Holdings Sdn Bhd yang dilantik secara rundingan terus, telah membelanjakan RM131.89 juta iaitu 82.7% untuk projek berkenaan.

Kontrak ini adalah untuk merekabentuk, membina dan menyiapkan serta membekal peralatan ICT untuk 300 makmal komputer. Apa yang menghairankan sekali, adalah daripada 300 makmal komputer yang dirancang, cuma 2 buah makmal komputer yang dapat disiapkan sehingga akhir tahun 2010. Jabatan Kerja Raya Negeri bertindak sebagai Pengurus Projek.

Kemushykilan yang perlu dititkberatkan adalah syarikat ini yang sepatutnya menyiapkan kesemua projek pada 30 April 2008, namun hanya mampu menyerahkan 2 buah makmal komputer sahaja?

Melalui Arahan Perbendaharaan 184.1 (d), jabatan mempelawa hanya kontraktor kerja am DAN kerja elektrik YANG BERDAFTAR dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) layak untuk memohon sebagai kontraktor pelaksaan. Tetapi anehnya, kontraktor dipilih TIDAK BERDAFTAR dengan PKK! Di manakah salah silapnya?

Yang kedua, kontrak perlu ditandatangani SELEWAT-LEAWATNYA 4 bulan selepas Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan; namun SST telah dikeluarkan pada 20 Oktober 2006 dan dipersetujui pada 30 Oktober 2006 dan ia HANYA DITANDATANGANI SELEPAS 8 BULAN SST DIKELUARKAN yakni pada 15 Jun 2007!

Sepatutnya, paling lewat kontrak perlu ditandatangani pada 19 Februari 2007! Kontrak ini adalah antara Kementerian Pelajaran dengan pihak kontraktor. Di manakah silapnya?

Namun yang demikian, kontrak tersebut telah ditamatkan pada Mac 2010 dan sebanyak 46 buah projek yang mempunyai peratus siap fizikal kurang daripada 50%, dihentikan memandangkan kos kerja-kerja penyiapan akan memakan belanja yang tinggi.

Bukan itu sahaja, peralatan ICT yang telah dibeli sejak 3 tahun yang lalu, masih di dalam kotak asal dan tidak dapat diagehkan memandangkan 99.3% makmal komputer yang dibina, gagal disiapkan dan diserahkan mengikut jadual.

Terdapat sebahagiannya telah mengalami kerosakan fizikal akibat daripada serangan anai-anai. Berapakah duit rakyat yang telah rugi akibat daripada tindakan kerajaan Barisan Nasional?

Pada tiga tahun yang lalu, komputer menggunakan Window XP dan Vista. Sekarang kita menggunakan Window 7. Adakah ia masih relevan sedangkan wang yang telah dibazirkan tiga tahun yang lalu akibat daripada ketidakcekapan pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, masih nak membuat publisiti secara meluas kononnya rakyat Malaysia harus mempersiapkan diri dengan kecanggihan teknologi seiring dengan perkembangan zaman teknologi moden?

Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib menyarankan agar kita mencontohi ‘Steve Job’, pengasas Iphone, Apple dalam teknologi ICT, namun pada masa yang sama, ia hanyalah permainan politik semata-mata kerana makmal komputer di sekolah hanya menggunakan perisian outdated iaitu perisian tiga tahun yang lalu!/sabahkini.net


3 comments:

  1. mereka akan lepas bebas sampai bila2.. sehinggalah kerajaan korup yg ada sekarang diganti...

    ReplyDelete
  2. mari sama2 kita membenteras PERASUAH NEGARA ini dengan mempastikan kerajaan korap diganti dengan PAkatan rakyat.takbir......

    ReplyDelete
  3. Allahu Akbar!!!

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist