.

Thursday 10 November 2011

Penjelasan Jamil Khir tentang Isu "Najib Selesai Haji Lebih Awal"

[Bernama] SEPANG: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.

Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.

"Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.

"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.

"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.

"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau


P/s: Kah kah kah!!! Salah tafsir atau jahil atau teruja melampau???

Kredit : DCM

4 comments:

  1. Apa yang melalut orang tua ni... Anak muda tak paham la...

    ReplyDelete
  2. huhu Najib ni pergi Kursus Haji ke tak? Kalau kurang ilmu jangan main post kat twitter, ngaku je senyap2 sudey, kalau dah settle pun senyap lag bagus, dah macam riak kalau kita heboh2 1 dunia bagitau kita baru selesai buat ibadat tu ibadat ni , heh, tu pun nak orang bgtau ke, sendiri mau ingat la..bodoh nye PM .. opss sorry tapi aku memang dah bengang ngn kebodohan kau la Najib. :D


    - Zaty.H

    ReplyDelete
  3. diA INGAT KITA BODOH MACAM DIA!!

    ReplyDelete
  4. Kenapa tak disempurnakan haji tu seperti rakyat jelata yg lain..adakah kerana sibuk sangat nak balik Malaysia..adakah kerja lebih penting dari ibadah haji. Nampak sangat kehadiran najib di tanah suci bukan datang dari hati yg ikhlas kerana Allah.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist