.

Thursday 17 November 2011

PANAS !!! : Guru Besar Terlampau!

- Cikgu Halim dicabar membuktikan segala tuduhannya
SETIU - Cikgu Abd Halim bin Mohamad (gambar), Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap dekat sini, dianggap sebagai guru besar 'terlampau' apabila menuturkan kata-kata 'hodoh' dan membuat tuduhan melulu dihadapan khalayak ramai.

Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Dr. Azman Ibrahim mencabar cikgu Abd Halim supaya mengemukakan bukti atas tuduhan yang dilemparkannya terhadap para guru dan ustaz.

"Kita minta Cikgu halim kemukakan bukti kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu atau supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang,

"(yang dituduh) mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa,"ujarnya dalam satu kenyataan yang di e-melkan kepada Buletinonline.

Menurut Dr Azman yang juga Ahli Jawatankuasa badan Perhubungan PAS Terengganu, Cikgu Halim 'memaki hamun' ketika beliau menyampaikan ucapan pada Majlis Pengagihan Bantuan RM100 kepada murid-murid disekolah terbabit.

Katanya pada Rabu 16 November, Cikgu Halim teah menuturkan kata-kata 'nista' itu di hadapan ratusan ibu bapa yang hadir pada majlis berkenaan.

"Beliau (Cikgu Halim) juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.,"jelas Dr. Azman.

Beliau berkata antara kata-kata Cikgu Halim adalah; "kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Sehubungan itu, Dr Azman yang pernah berkhidmat sebagai doktor pergigian awam berkata, tuduhan cikgu Halim sangat serius memandangkan beliau seorang penjawat awam berjawatan sebagai anggota pentadbiran.

"tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan,

"apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan PAS adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam,"jelasnya.

Katanya, tindakan Cikgu Halim akan menjejaskan kepercayaan awam kepada penjawat awam dan memusnahkan kredibiliti profesion perguruan.

Justeru, beliau meminta pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tindakan terhadap Cikgu Halim sekiranya gagal mengemukan bukti terhadap segala tohmahannya itu.

"Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno.

"kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila turun ke medan politik,"tegas r Azman.

Ucapan cikgu Abdul Halim telh dirakam dan dapat diikuti melalui video klip dibawah.



14 comments:

  1. Setakat jadi CIKGU cap "AYAM" duk sembang geger....Cikgu ni pun rasa otak x la bijak sangat....Naik pangkat pun atas dasar kuat isap "KOTE" jer...LEBONG jer lebihhh

    ReplyDelete
  2. aku bukan nak ngata la....kata kata gbesar ni ade betulnye...tak caya tanya la guru sekolah....ustaz la yang biarkan anak murid tak reti agama tapi dlm report PBS nya Lulus baik...kalau nak sgt boleh gak aku tunjukkan...kot cikgu biase tu...memang biaseje'''biaseje...

    ReplyDelete
  3. DEMI PERIUK NASIK TANPA HARGA DIRI DAN MARUAH JADILAH DIA PECACAI@TUKANG KARUT UMPORNO !

    ReplyDelete
  4. nak tau cekgu ni pandai ketidak ,senang je ?
    pergi tengok anak-anak dia ,ada tak yang pereksa sentiasa dapat no satu ? jika tidak maka dia lagi bodoh ,sebab anak dia sendiri pun dia tak mampu nak ajo .. .. cekgu umno

    ha.ha. bapa cekgu anok tak lulus spm ?

    ReplyDelete
  5. Ustaz yang jadi begitu, ustaz umno....contohnya di suatu Pejabat Pendidikan Daerah.Adalah suatu ustaz yang kununnya jadi ketua unit Agama. PENGAMPU UMNO TOTOK.Boleh dia kata "masuk PAS bukan dapart apa". Bengong macam cikgu ini serta pencacai umno yang lain.

    ReplyDelete
  6. ni barua punya guru besor, dia ingat duit gaji dia umnooooo ke bagi. bodohhhh punya guru besoorr, aku rasa dia jadi guru besar bukan kerana kepandaian tapi kaki ampu ummmnnnnnoo.kalau pr perintah malaysia aku syorkan org macam ni htr jjeeee pedalaman sabah

    ReplyDelete
  7. ustaz ajar amar makruf nahi mungkar kat sekolah,
    budak-budak tak mau ikut,kerana ada cikgu-cikgu galakkan murid-murid masuk pertandingan nyanyian, tarian yang mendedahkan aurat,lagi best dari yang ustaz ajar.

    Ustaz-ustazah kata wajib sembahyang dalam apa keadaan sekalipun, cikgu-cikgu tarian pula jawab kat budak-budak,nak sembahyang macam mana,nanti abis makeup, tengok, cikgu pun tak sembahyang,nanti boleh juga qada.
    Ustaz ustazah buat program solat hajat PMR SPM STPM,ramai bebudak solat, cikgu-cikgu pula ramai melepak di kantin,konon alasan solat hajat berjemaah tu bida'ah.

    Bila budak-budak rosak akhlak,salahkan ustaz ustazah,amar makruf nahi mungkar tanggungjawab semua umat yang mengaku ISLAM dan BERIMAN, time nak baca doa cari juga ustaz, sepatutnya suruh cikgu tarian baca doa.....

    ReplyDelete
  8. Kita boleh nilai sendiri akhlak dan perangai GB ni dari kata2 dia. Dgn kata2 yg buruk, kotor, tuduhan yg tak berasas...
    Aku cgu gak. Asal Perak dan umno. Aku dapat posting kat Ganu tahun 2002 masa Pas memerintah. Alhamdulillah, bila aku dok sini baru nampak apa yg sebenarnya Pas perjuangkan. Selama ni aku silap terhadap Pas kerana termakan dgn dakyah UMNO.
    Mmg ternyata Pas lebih baik dari UMNO. Begitu juga org2nya. Jadi, mintalah petunjuk dari Allah yg Maha Agung wahai GB Langkap supaya diberikan hidayah ke jalan yg benar.

    ReplyDelete
  9. kalau setakat jadi cikgu ,setakat SPM, lepasan maktab, nak bodohkan orang, pi jalan la.. pi jilat bontot pemimpin umnoporno engkau sampai berkilat lagi bagus.

    ReplyDelete
  10. Jahanam sekolah ada guru bangang macam ni, tepat la kata perumpamaan guru kencing berdiri

    ReplyDelete
  11. sah GB ni puok2 umno yg bengong & cakap pung tak bulih pakai... lebong sokmo!

    ReplyDelete
  12. kalu 'cikgu umno' tinggal sekolah gi ngeping..depa kata bagus...ustaz umno kt sekolah memang kaki tido!!

    ReplyDelete
  13. Ginilah kalu GB berotak UMNO totok...tentu otaknya lebih bengong!!

    ReplyDelete
  14. orang macamni pun boleh jadi guru besar. soheh orang ni bodoh dan suka mengampu.kalau orang cerdik bukan begini cara nak kempen.ruginya umno punya ahli totok yg bodo ggini.pade muka umno

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist