Saudara Pengarang.
SURAT terbuka ini ditujukan kepada semua agensi penguatkuasa seperti PDRM, APMM, KDRM dan Jabatan IMIGRESEN yang semakin nyenyak tidur di bilik hawa dingin atau sedang sibuk meratah daging mentah yang diimport dari Filipina dan Indonesia?
Kami ingin tahu bla Polis Labuan mahu banteras semua kegiatan Judi haram termasuk Mesin Kuda yang sudah lama beroperasi di Labuan. Dua premis telah diserbu dan masih ada 7-8 premis masih beroperasi tanpa bimbang sedikitpun diserbu oleh IPK dan Bukit Aman.
Kenapa sindiket mesin judi begitu GAGAH dan adakah Menteri atau Pihak Polis atasan yang mendalangi semua kegiatan ini? Maklumat yang kami terima ramai pegawai kerajaan dan pegawai polis mengunjungi premis judi ini.
Bila Pihak Immigresen pula mahu bertindak membatalkan permit Pelacuran berlesen di Pusat hiburan dan Pusat Urut di Labuan kerana tauke karoke telah menyalahguna permit pelayan, tetapi bekerja sebagai pelacur.
Ops NODA di kedai kopi minggu lepas dibuat sekadar untuk tunjuk lagak kerana warga Labuan amat senang ditipu; jika ada operasi dilaksanakan oleh pegawai Imigresen Labuan, mereka akan berpuas hati.
Berapa buah Pusat Hiburan yang masih kebal di pekan Jati dan Pekan Lazenda yang mungkin setahun sekali akan diserbu secara olok-olok oleh pihak berkuasa kerana sebelum diserbu, polis sudah memaklumkan lebih awal kepada tauke atau bapa ayam agar mereka yang tidak mempunyai permit atau ‘Pas Telanjang’ tidak turun kerja pada malam operasi.
Kalau ada pun hanya Ops Tayang supaya kelihatan di mata penduduk Labuan bahawa pihak berkuasa sudah menyerbu untuk menangkap seorang dua kerana semua Pusat pelacuran lengang.
Taktik terbaru yang digunakan pusat hiburan, mereka menyuruh Pemandu Teksi hantar GRO ke Hotel dan ada pemandu teksi yang jadi bapa ayam hantar dari Karaoke/Pub ke hotel untuk memudahkan pelanggan memliih GRO di dalam bilik hotel.
Pusat Hiburan tersebut yang menjalankan kegiatan maksiat selama ini tanpa ketakutan. Adakah pihak Immigresen Labuan tahu kouta pelayan disalahgunakan oleh tauke karaoke utk kegiatan maksiat atau ada arahan daripada Menteri dan Pegawai atasan dari ibu pejabat supaya jangan kacau.
Setiap bulan mereka semua terima saham dari tauke pusat hiburan. Siapa sebenarnya yang mendalangi kegiatan pelacuran di Labuan ini? Imigresen atau Menteri yang luluskan kouta pelacuran berlesen?
Penyeludupan minuman dan rokok haram keluar dari Labuan telah terkawal oleh Pegawai KDRM Labuan, tetapi yang menghairankan kenapa banyak rokok murah, Carlsberg dan tiger yang dijual di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Keningau?
Di Sarawak seperti Kuching, Miri, Sibu, Bintulu lagi hebat, tetapi apa boleh buat hanya orang tertentu sahaja yang boleh buat, terutama yang menjadi Sarawak ‘fixed deposit’ kerana BN tidak berani sentuh. Siapa yang sebenarnya mendalangi ini semua?
Ketua Pengarah Kastam kami yakin 100% ada ‘Share’ dengan Sindiket. Kami hanya tunggu masa untuk bagi semua maklumat dan aktiviti beliau kepada SPRM walaupun beliau pencen tahun depan atau mungkin beliau akan disambung setahun lagi kerana beliau ada duit dan ‘cable’ Menteri.
Kalau PRU13, BN masih kekal jadi kerajaan, maka jawatan Ketua Pengarah Kastam akan dipegang oleh orang Sarawak dan Pengarah Semenanjung; jadi pegawai dari Sabah jangan mimpi mahu menjadi Ketua Pengarah KDRM.
Beliau telah sediakan orang Sarawak jadi KP apabila bersara supaya bisnis dia dengan kroni tidak lingkup selepas pencen. Bagi Penyeludupan Rokok dan Minuman, tidak payah tahu siapa yang dalangi kerana rakyat sudah tahu, cuma Menteri yang bersubahat dengan Ketua Pengarah Kastam kita belum 100% yakin.
Kami mendesak agar APMM memantau perairan Brunei dan Sipitang kerana Shell dan Petronas menghantar bot menjual minyak diesel subsidi kepada sindiket. Kegiatan ini telah berlaku sejak sekian lama tapi tiada tindakan dari KDRM, mungkin pegawai kastam tiada kuasa untuk menangkap penyeludupan diesel subsidi.
Kami desak APPM dan Marin Polis dapat tangkap kegiatan tersebut kerana telah merugikan kerajaan berjuta ringgit. Kapal yang ditangkap harus dirampas dan tauke Sindiket bersama Kapten Kapal harus disumbat ke dalam lokap dan denda setengah juta ke atas.
Yang menghairankan, kami sebagai orang awam boleh tahu kegiatan ini, kenapa pihak berkuasa tidak tahu? Kapal supply boat ada pasang GPS tapi yang jaga tak tahu. Siapa yang dalangi penyeludupan diesel subsidi di perairan Labuan? Kami juga Harap Tentera Luat boleh bantu APMM menangkap penyeludupan diesel yang berleluasa di perairan Labuan dan Sarawak. Sila tunjukkan kemahiran Tentera Laut kepada Pihak Berkuasa lain.
Kami juga berharap SPRM akan memantau Pelabuhan Kota Kinabalu dan Sandakan yang minuman Carlsberg dan Tiger dari Singapura masuk mengistiharkan barangan bercukai seperti contohnya perabot atau minyak masak; tetapi sebenarnya dalam kontena berisi minuman keras.
Sindiket bersubahat dengan kastam dan bayaran untuk sebiji kontena pada KDRM ialah RM16,000 hingga RM20,000. Gudang Bonded di Kudat yang masuk rokok pun sama dan lebih mahal bayaran kepada KDRM kerana minuman bir, rokok di Gudang bonded Kudat bukan untuk ekspot ke Indonesia tapi untuk pasaran di Sabah dan hanya hanya mengelirukan pihak berkuasa lain.
Kalau Surat terbuka kami disiarkan oleh Sabahkini.net dan masih tiada sebarang tindakan bereti Rakyat Malaysia yang Taat dan Sayang pada Kerajaan BN selama ini; harus mula bagi peluang 5 tahun kepada Pakatan Rakyat menjadi kerajaan dan mungkin Sabah dan Labuan akan seperti Pulau Pinang dan Selangor.
Salam hormat,
HJ BAKIR & MR PATRICK